Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Khamis, 30 Disember 2010

Pengalaman Muallij 50 - Kembara Seorang Pelukis

Pesakit merupakan seorang pelukis. Beliau telah melakukan TKR (Teknik Kembara dan Rawat). Visual kembara yang dilihatnya telah dilakarkan kembali di atas kertas dan beginilah hasilnya...

Jin Mata Merah - Menangis kerana kematian anak dan isteri

Jin Mata Merah membina perisai api setelah teruk dibelasah

Jin Ular - Musuh kepada Jin Mata Merah

Kepala ular sawa tetapi ekornya lain, dikeluarkan dari bahagian kemaluan

Tengkorak diambil di bahagian atas kepala

Jin Bertanduk 3

Cicak berbadan tenggiling - Konco kepada Jin Mata Merah

Babi - Konco kepada Jin Mata Merah


Semoga Allah bersama-sama kalian sekeluarga dalam menyelesaikan permasalahan ini. Terima kasih kerana memberi kebenaran kepada Urban Muallij untuk menyiarkan lakaran lukisan ini.

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Isnin, 27 Disember 2010

Pengalaman Muallij 49 - Dilema Bau

Senario 1

"Wah, manyak wangi wo!", begitulah tegur seorang kontraktor paip berbangsa Cina apabila saya memulakan pemagaran ke atas sebuah rumah yang masih dalam pembinaan. Teguran itu menyebabkan saya tercengang sebentar.

Saya: "Wangi?"

Kontraktor: "Wah, manyak bagus wo…"

Saya: "Ye ke tauke?"

Kontraktor: "Ya la. Wah, lu selalu bikin ini macam ka?"

Saya: "Sekali sekala saya ada datang bikin ini (pemagaran)."

Kontraktor: "Bagus lo. Nanti kita bikin kerja pun manyak senang. Tada masalah."

Saya: (senyum)

Apabila agak terselindung dari kelibat kontraktor itu saya mula mencari-cari bau wangi yang didakwanya. Malangnya tidak ada bau wangi pun yang dapat saya hidu. Yang pasti, saya tidak memakai sebarang wangi-wangian atau pun sebarang minyak atar dan air yang digunakan untuk spray dinding rumah itu cuma air 'mineral water' yang telah diruqyahkan.

Senario 2

"Wangi…", tegur kanak-kanak yang sedang sibuk belajar. "Minyak wangi ke ustaz?", tegur rakannya pula apabila saya memulakan pemagaran di sebuah tadika.

Saya: "Wangi ke?"

Kanak-kanak: "Mmm…wangi…"

Pening saya memikirkan dari mana datangnya bau wangi yang didakwa mereka kerana ianya juga cuma air 'mineral water' yang telah diruqyah.

Senario 3

"Habis hancing semua bahagian dapur.", kata seorang pengusaha tadika yang mendakwa ada orang telah menyimbah air kencing di kawasan dapur tadikanya.

Saya: "Tak bau pun." Dakwa saya semasa mencuci kawasan tersebut apabila 'bibik' tidak mahu melakukannya kerana bimbang ianya merupakan salah satu daripada kaedah penyihiran terhadap tadika itu.

Puan X: "Kuat betul bau dia kan ustaz?"

Saya: "Apasal saya tak bau apa-apa pun?"

Puan X: "Bau la ustaz. Bukan saya seorang, 'bibik' pun tak tahan dengan bau hancing ni."

Saya: "Oh, ye ke…"

Saya pening memikirkan tentang ketiga-tiga senario 'bau' yang berlaku. Sehingga kini masih belum ada jawapannya.

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Selasa, 21 Disember 2010

Pengalaman Muallij 48 – Ular atau Jin?

Mudir menelefon saya sebaik saja saya sampai ke rumah selepas solat Asar di madrasah:

Mudir: "Dimana?"

Saya: "Baru aje jejak kaki di rumah ni."

Mudir: "Boleh pergi balik ke madrasah? Ada budak kena patuk ular la. Aku kat luar ni."

Saya: "Oh ye ke. Jap, saya ke sana sekarang."

Setibanya saya di madrasah, kelihatan beberapa orang pelajar mengerumuni seorang pelajar yang bernama Ali. Kelihatan tangannya dijerut dengan tali.

Saya: "Masuk." (memberi arahan supaya dia cepat-cepat masuk ke kereta)

Kawan Ali: "Ni ha ustaz…" (menyerahkan kepada saya botol plastic yang berisi seekor anak ular yang masih hidup).

Kami bergegas ke sebuah klinik berdekatan, namun doctor klinik itu terus menyuruh kami ke hospital kerana patukan ular (tedung) itu amat merbahaya. Tanpa membuang masa kami terus meredah kesibukan jalanraya menuju ke hospital yang mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan.

Setibanya di hospital, Ali terus diletakkan di bahagian kecemasan kritikal. Pekerja hospital termasuklah para doktor mengerumuni ular itu kerana katanya baru pertama kali pesakit datang ke hospital membawa ular hidup. Kebiasaannya pesakit membawa ular yang dah mati.

Ali diberi suntikan anti-venom setelah mendapat persetujuan ibubapa Ali yang tiba sejam kemudian. Ali kelihatan tenang walaupun dia mula merasai kebas dan pening.

Ali ditempatkan di wad selama beberapa hari sebelum dia dibawa pulang oleh ibubapanya ke rumah.

Hampir 2 minggu saya tidak menemui Ali. Setelah dia pulih, ibubapanya menghantar dia kembali ke madrasah.

Saya: "Ha, Ali. Apa khabar?"

Ali: "Baik…dah baik dah."

Saya: "Alhamdulillah syukurlah kamu selamat."

Sebenarnya sebelum Ali dipatuk ular, dia pernah beberapa kali mendesak saya merawatnya kerana katanya dia menghadapi masalah gangguan. Cuma pada ketika itu saya tidak ada peluang masa yang sesuai untuk merawatnya.

Kali ini Ali mengemukakan permintaan yang sama, lalu saya terpaksa menunaikannya dengan kadar segera.

Teknik gantung tangan jelas membuktikan bahawa beliau bersaka.

Saya: "Kamu ada saka?"

Ali: "Ya. Saya memang tahu pasal tu."

Saya: "Habis tu tak pergi berubat ke?"

Ali: "Tak. Kami buat tak endah aje."

Teknik gantung tangan juga menunjukkan ada jin-jin lain selain saka.

Saya: "Aik? Jin apa pulak ni?"

Ali: "Entahlah ustaz."

Saya menggunakan pergerakan jari telunjuk untuk mengetahui latar belakang jin-jin tersebut. Jari telunjuk akan diangkat dan jika jin itu menjawab persoalan yang diajukan kepada mereka, maka jari tersebut akan dijatuhkan.

Saya: "Adakah kamu jin sihir?"

Jin: (Jari diam) – "Tidak."

Saya: "Adakah kamu jin yang suka dengan dia (Ali)?"

Jin: (Jari diam) – "Tidak."

Saya: "Adakah kamu jin yang marah dengan dia (Ali)?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Saya: "Kamu bukan jin saka, bukan jin sihir, bukan jin asyik. Tapi kamu adalah jin yang marah dengan dia (Ali)?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Saya: "Adakah kamu marah sebab dia pernah menyakiti kamu atau ahli keluarga kamu?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Melihatkan gerak jari yang agak melilau-lilau seperti pergerakan ular, saya mula menyoal:

Saya: "Adakah kamu binatang?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Saya: "Adakah kamu ular?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Teringat kembali kisah Ali dipatuk ular saya terus menyoal:

Saya: "Adakah kamu marah sebab anak kamu dibunuh?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Saya: "Adakah jin yang mematuk dia (Ali) adalah anak kamu?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Saya: "Anak kamu dibunuh? Kamu pasti?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Dialog gerak jari itu kemudiannya telah menjelaskan kedudukan sebenar antara Ali dan jin ular tersebut. Di dalam tubuh Ali didiami oleh ibubapa kepada ular yang mematuk Ali. Pasangan ini (jin) memiliki 6 ekor anak yang tinggal bersama-sama mereka dan mereka masuk ke dalam tubuh Ali demi untuk menuntut bela atas kematian anaknya yang sebenarnya telah dibunuh oleh Jabatan Perhilitan (setelah diserahkan hidup-hidup kepada pihak hospital).

Isnin, 20 Disember 2010

Pengalaman Muallij 47 - Wind Chime?

Puan F menegur jirannya:

Puan F: “Assalamualaikum kak.”

Jiran: “Waalaikumsalam…”

Puan F: “Minta maaf nak tegur sikit pasal ‘wind chime’ tu.” (menunding jari ke arah salah satu dari ‘wind chime’ yang bergantungan di hadapan rumah jirannya)

Jiran: “Ha, tak ada masalah…saya ok aje.”

Puan F: “Ustaz saya beritahu bunyian-bunyian seperti ‘wind chime’ ni akan menarik perhatian jin-jin.”

Jiran: “Oh ye ke…maafkan saya. Tak apa, nanti saya suruh suami saya tanggalkan semuanya.”

“Aduh!” kata hati Puan F. Tiba-tiba kaki kirinya terasa sakit sebaik meninggalkan jirannya.

Keadaan sakit itu berlarutan sehinggalah beliau datang mendapatkan rawatan.

“Ustaz, kaki kiri saya rasa agak tidak selesa. Tak tahulah kenapa. Dah cuba macam-macam tapi sakitnya tak reda-reda.” Puan F mengadu kepada saya.

Agak mengejutkan saya, apabila dilakukan rawatan ianya mengesahkan bahawa kesakitan yang dialami Puan F berpunca dari ‘wind chime’. Jin-jin itu agak marah kepada Puan F kerana menegur jirannya tentang ‘wind chime’ tersebut.

Hari ini saya menerima SMS dari Puan F berbunyi:

“Salam Ustaz, syukur ke hadrat Allah, lepas buat rawatan semalam saya dah segar semula, sebab dah seminggu penat badan dan asyik nak tidur aje. Tapi yang hairannya ‘wind chime’ kat rumah jiran saya tu dah tak menggila bunyinya…kalau tak riuh rendah. Tu aje nak beritahu…terima kasih.”

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Selasa, 23 November 2010

Pengalaman Muallij 46 - Tangkal Internal


Pesakit ini gundah gelana dan sedikit beresmosi bila saya menanyakan kepada beliau tentang masalah gangguan yang dialaminya. Beliau mula menitiskan air mata bila menyebut tentang kematian bapanya yang dikaitkan dengan sihir.

Saya: “Betul ke ayah kamu kena sihir?”
Ayu: “Ya ustaz. Kematian dia sangat misteri.”
Saya: “Siapa sihir dia?”
Ayu: “Orang dekat ***** kami. Saya pun kena jugak.”
Saya: “Ye ke? Mana kamu tahu?”
Ayu: “Bomoh yang bagitahu saya.”
Saya: “Jadi, kamu percaya?”
Ayu: (diam)

Sungguh menghairankan kerana kaedah gantung tangan tidak menunjukkan sebarang petanda-petanda sihir. Kaedah ini cuma menunjukkan kehadiran saka sebelah mak dan sebelah ayahnya. Kaedah gerak jari juga merungkaikan dengan lebih jelas perihal saka-saka tersebut.

Saya: “Tak de sihir pun?”
Ayu: (diam)
Saya: “Yang pastinya kamu ada saka. Saka sebelah mak dan ayah. Dan yang pastinya kedua-dua saka ini bergaduh antara satu sama lain. Mereka dari spesis binatang. Harimau dan saka satu lagi adalah mawas.”
Ayu: “Habis tu macamana dengan sihir, ustaz?”
Saya: “Itulah yang saya hairan tu. Sekarang kamu pakai tangkal ke?”
Ayu: “Tak. Saya tak pakai apa-apa tangkal.”
Saya: “Kamu memang pernah jumpa ramai bomoh ke?”
Ayu: “Memang pun. Kat tempat saya memang tak ada perawat Islam.”

Saya kemudiannya memanggil kesemua jin-jin bomoh yang berada dalam tubuh Ayu untuk berkumpul di kaki kiri dan diasingkan dari campur tangan dalam urusan rawatan.

Saya: “Ha, sekarang tengok…baru muncul jin-jin sihir.”
Ayu: “Ooo ye la ustaz.” (melihat kepada hasil dari kaedah gantung tangan)
Saya: “Nampaknya kehadiran jin-jin tok bomoh telah menghalang jin-jin sihir untuk muncul.”
Ayu: “Kenapa boleh jadi macam tu ye, ustaz?”
Saya: “Cuba lihat atas borang rawatan yang kamu isi tadi. Cuba baca ayat ni (menunding kepada ayat yang tertera di bahagian atas borang rawatan)”.
Ayu: (membaca dengan suara yang kuat) “TANGGALKAN SEBARANG TANGKAL/AZIMAT/PENDINDING (JIKA ADA)”.
Saya: “Ianya (jin-jin bomoh dalam badan) ibarat seperti kamu memakai tangkal, tetapi ianya berbentuk tangkal ‘INTERNAL’.”
Ayu: (mengangguk-angguk)
Saya: “Dan kamu kena ingat ye cik Ayu, jangan mudah untuk tuduh sana sini yang buat sihir ni, sebab dari dialog jari tadi dan ujian-ujian yang kita buat ianya merupakan sihir keturunan dan bukannya seperti yang kamu dakwa.”
Ayu: “Baik, ustaz.”
Saya: “So lepas ni nak pergi jumpa bomoh lagi?”
Ayu: “Uh, tak mau dah. Taubat…tak nak dah…”

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Khamis, 28 Oktober 2010

Pengalaman Muallij 45 - Akhirnya Percaya

Suami pesakit berterus-terang kepada saya:

Ramli: “Ustaz, saya datang ni sebenarnya sebab saya tidak ada pilihan lain setelah 3 pakar hospital gagal menyelesaikan masalah pendarahan isteri saya. Mereka juga gagal memberitahu saya punca sebenar penyakit itu. Maafkan saya ustaz, saya sebenarnya tidak berapa gemar untuk datang bertemu orang-orang macam ustaz ni.”

Saya: “Tak pe. Kita cuma ikhtiar, Allah yang memberi kesembuhan.”

Rawatan yang dilakukan terhadap Khadijah, isteri kepada Ramli membuktikan bahawa beliau telah disihir. Sihir tersebut telah dikenakan terus kepadanya Khadijah oleh seseorang yang cemburu dengan kecemerlangan kerjayanya.

Hasil siasatan juga mendapati bahawa sihir ini adalah sihir yang kedua. Sihir yang pertama adalah sihir yang dikenakan ke atas suaminya (Ramli). Gabungan kedua-dua sihir ini telah menyebabkan Khadijah mengalami pendarahan yang kronik.

Walaupun hasil rawatan terhadap Khadijah membuktikan bahawa Ramli juga telah disihir, namun Ramli masih dengan selambanya cuba menafikan perkara tersebut.

Apabila mereka datang untuk rawatan kali kedua, saya bertanya:

Saya: “Macamana Puan Khadijah?”

Khadijah: “Masih ada sikit-sikit (darah).”

Saya: “Kalau Puan kata masih ada sikit-sikit, maknanya keseluruhan sihir ni belum selesai. Sepatutnya pendarahan itu MESTI berhenti serta-merta.”

Khadijah: “Habis tu macamana ustaz?”

Saya: (memandang kepada suaminya) “Encik Ramli…boleh tak bagi kerjasama? Kalau tidak, sampai bila-bila pun masalah ni tak akan selesai.”

Ramli: (dengan berat hati) “Baiklah ustaz.”

Rawatan yang dilakukan terhadap Ramli telah mencungkil satu penemuan yang amat-amat mengejutkan. Ramli memiliki 3 sihir yang berbeza dan 2 saka (sebelah ibu dan ayah). Beliau tercengang dan terkejut.

Ramli: “Ya Allah. Saya sungguh tak sangka. Selama ni saya cuma buat tak tahu aje terhadap simtom-simtom gangguan yang ada pada saya. Bila sakit, telan ubat pastu kalau tak baik pergi hospital.”

Saya: “Itu Encik Ramli bercakap pasal sakit. Padahal dah macam-macam kacau bilau yang lain yang sihir ni dah buat terhadap keluarga Encik Ramli.”

Ramli: “Memang betul pun ustaz. Selama kahwin, wife saya (Khadijah) memang asyik baran aje dengan saya. Tapi nasib baik saya ni penyabar orangnya.”

Saya: “Tak apa lah. Sekarang kita dah tahu, jadi kita cuba selesaikan kesemua masalah gangguan tu.”

Ramli lebih yakin tentang gangguan terhadap dirinya apabila saya menggunakan kaedah gerak tangan untuk mencari dan memusnahkan barang-barang sihir.

Ramli: “SubhanAllah…macam tak percaya…tangan saya tak boleh dikawal…bergerak sendiri.”

Saya: “Sabar ya Encik Ramli, bila kita dapat kutip dan bakar semua barang-barang sihir ni, insyaAllah jin-jin sihir akan mudah dikeluarkan.”

Setelah selesai rawatan, saya beritahu mereka:

Saya: “Ok, alhamdulillah kita dah dapat selesaikan kesemua barang-barang sihir tu. Jin-jin sihir juga mudah dikeluarkan malahan jin-jin saka pun dah dikeluarkan.”

Ramli: “Terima kasih ustaz. Lepas ni macamana, perlu ke kami datang lagi.”

Saya: “Terpulang kepada Encik Ramli. Indikator yang terbaik adalah pendarahan tu. Selepas rawatan ni sepatutnya pendarahan berhenti serta merta. Simple aje, kalau dah tak ada pendarahan dan period dah normal tak perlulah datang untuk rawatan lagi.”

Ramli: “Baiklah ustaz. Terima kasih banyak-banyak.”

Ramli pulang dengan azam untuk membawa kesemua adik beradiknya yang bermasalah. Malahan dari soal-siasat yang dilakukan dalam rawatan terhadapnya menunjukkan bahawa salah satu dari 3 sihir yang dikenakan terhadapnya adalah sihir yang dikenakan terhadap dia dan adik beradiknya.

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Ahad, 24 Oktober 2010

Pengalaman Muallij 44 - Tahu Tak Pe

"Wah, banyaknya tanda-tanda gangguan". Itulah kata-kata saya bila melihat kepada borang yang telah diisi oleh pesakit. Dia hanya tersenyum.

Saya: "Saya rasa kamu mudah kerasukan, betul tak?"
Pesakit: (mengangguk)
Saya: "Saya tidak suka kerasukan dan saya tak mahu kamu kerasukan dalam rawatan ni."
Pesakit: "Boleh ke macam tu ustaz. Selama saya dirawat di pusat-pusat rawatan lain, saya mesti kerasukan."
Saya: "Boleh, insyaAllah."

Saya kemudian memulakan rawatan dengan meminimakan bacaan ruqyah sekadar tubuh pesakit memberi respon kepada bacaan tersebut. Saya juga melakukan blok kepada bahagian dada dan kepala pesakit.

Saya: "Wahai sekelian makhluk halus. Sila taat, patuh, tunduk akan semua arahan yang saya akan berikan. Saya tidak mahu kamu menguasai dia (pesakit) dan tidak akan ada sebarang kerasukan pada rawatan kali ni. Saya arahkan kesemua jin-jin sihir, sila berkumpul di tangan kanan dan kesemua jin-jin saka, keturunan, warisan sila berkumpul di tangan kiri."

Kesemua makhluk halus menurut semua arahan tersebut. Kedua-dua tangan digunakan dalam dialog pergerakan jari dan juga proses pencarian dan pemusnahan barang sihir. Ianya dapat dilakukan dengan mudah kerana kesemua jin-jin sihir memberi sepenuh kerjasama disebabkan mereka tidak lagi suka untuk terus menjadi hamba kepada manusia (tukang sihir).

Barang-barang sihir dikesan berada di luar dan juga di beberapa bahagian pada badan pesakit. Terdapat juga beberapa barang sihir yang diletakkan pada suaminya.

Rawatan diakhiri dengan keghairahan jin sihir dan saka keluar meninggalkan pesakit.

Pesakit: "Ustaz, saya rasa macam nyawa saya pun nak ikut keluar sekali la."
Saya: "Mana ada lah. Mengarut aje. Saya cuma mengeluarkan jin dengan kaedah tarik serban ni, nyawa kamu tak akan ikut keluar sekali. Kamu rasa begitu mungkin juga disebabkan mereka (jin-jin) begitu sebati dengan tubuh badan kamu."

Setelah kesemua jin-jin dikeluarkan;

Pesakit: "Ajaib la ustaz."
Saya: "Apa yang ajaib."
Pesakit: "Saya tak pernah melalui cara rawatan sebegini. Saya seronok sebab saya dalam keadaan sedar dan melihat serta mendengar segala-galanya."
Saya: "Ala, itu biasa la."
Pesakit: "Tak biasa ustaz. Saya dah banyak kali pergi rawatan, semuanya ruqyah...ruqyah...pastu dialog...pastu pukul dan macam-macam lagi. Sakit hilang sekejap, pastu datang lagi. Baru saya faham..."
Saya: "Apa yang kamu faham."
Pesakit: "Barang sihir perlu dicari dan dimusnahkan, barulah jin-jin boleh dikeluarkan dengan mudah."
Saya: "Tahu tak pe..."

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Rabu, 6 Oktober 2010

Pengalaman Muallij 43 - Don't Play Play

Tiba-tiba kedengaran pintu rumah saya diketuk seseorang. Saya terus melihat jam dinding yang menunjukkan jam 11 malam. Kedengaran suara yang agak jelas dan lantang. Saya menjawab salam tu sambil membuka pintu.
Di hadapan saya kelihatan 7 orang pelajar belasan tahun. Kelihatan 2 orang pelajar madrasah yang tidak tinggal di asrama, bersama-sama dengan mereka.
Saya: "Ha, apahal malam-malam ni."
Ahmad: "Ustaz kena tolong kami."
Saya: "Tolong apa? Emergency ke?"
Ahmad: "Kami nak lawan dengan hantu."
Saya: "Lawan dengan hantu? (tersenyum) Siapa yang nak lawan dengan hantu?"
Ahmad: "Saya, dia dan dia..." (menunding jari ke arah kedua rakannya)
Saya: "Kenapa nak lawan dengan hantu?"
Ahmad: "Dia dah ganggu keluarga kawan saya."
Saya: "Okay...apa rancangan kamu sebenarnya."
Ahmad: "Macam ni...kita pergi ke tempat tu, pastu kami bertiga berada di depan dan ustaz tolong cover kami kat belakang."
Saya mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh Ahmad dan rakan-rakannya tentang rancangan 'lawan hantu'.
Saya: "Hmmm...macam mana kita nak lawan? Kamu nampak dia ke?"
Ahmad: "Kami tak nampak tapi kami tahu dia ada kat situ."
Saya: "Habis, kalau tak nampak macamana nak lawan?"
Ahmad dan rakan-rakan mula terkebil-kebil bila pelbagai penerangan yang saya berikan tentang alam ghaib serta risiko-risiko yang akan kita hadapi. Saya juga menceritakan tentang adanya pelbagai cara mudah dalam rawatan berkenaan makhluk halus.
Saya: "Ok, kalau dah bersedia jom kita pergi lawan sekarang. Kalau kamu sanggup terima risiko serang balas mereka terhadap ahli keluarga kamu...jom."
Mereka semua mula rasa takut dan membatalkan hasrat mereka.
Saya: "Kalau kawan kamu tu bermasalah, ajak dia jumpa saya di madrasah untuk rawatan. Kamu semua tak payah campur urusan keluarga mereka. Don't play play dengan jin."
Ahmad: "Ok nanti kami bawa kawan kami tu jumpa ustaz."
Saya: "Ok, dah lewat malam ni, sekarang terus balik rumah. Jangan buat hal lagi. Banyak jin-jin kat sekitar kita tengah marah dengan kesombongan korang ni."
Mereka bersalaman dengan saya dan beredar dengan wajah kecewa.
Tidak berapa lama kemudian, pintu rumah saya diketuk lagi. Laungan salam yang saya kenali. Mata saya terus menoleh ke dinding melihat jam.
Saya: "Huh, 11.30 malam." (bisik hati saya sambil membuka pintu)
Kelihatan Ahmad dan seorang rakannya dalam keadaan gelabah.
Ahmad: "Ustaz...tolong saya..."
Saya: "Apahal?"
Ahmad: "Masa kami balik rumah tadi, kami dapat tahu yang mak dan adik perempuan kawan saya (yang volunteer nak lawan hantu tadi) terus meracau-racau."
Saya: "Apa yang korang buat...tadi kan saya suruh terus balik rumah, jangan pergi tempat tu."
Ahmad: "Kita orang pergi lepak sekejap aje kat tempat tu."
Saya: "Hish...tu la tak dengar cakap saya."
Ahmad: "Ustaz boleh tolong kami tak?"
Saya: "Tolong apa, dah lewat malam ni."
Ahmad: "Kami berdua risau. Kot-kot kami balik nanti, keluarga kami pulak yang kena."
Saya: "Hmm...tunggu sekejap."
Saya masuk ke rumah mengambil kasturi kijang dan membawanya kepada mereka.
Saya: "Nah, tadah tangan. (menyapu kasturi kijang ke tapak tangan mereka). Sapu seluruh badan."
Ahmad: "Ini aje ke ustaz?"
Saya: "Ya. Satu lagi pesan saya, balik rumah terus ke bilik air. Mandi dan salin pakaian."
Ahmad: "Ok ustaz...terima kasih banyak-banyak. Maaf sebab ganggu ustaz."
Saya: "Tak pe...saya dah biasa."


*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Isnin, 4 Oktober 2010

Pengalaman Muallij 42 (Part 8) - Kembara Saka dan Ilmu Salah

Fikri dan Fazilah hadir untuk rawatan susulan. Kali ni mereka mengadu baby tak boleh tidur dari malam hingga ke pagi. Malahan setiap malam baby juga kelihatan seperti bermain dengan sesuatu.

Fikri memulakan TKR seperti biasa...
Fikri: "Tak nampak apa-apa...gelap, tapi kadang-kadang kelihatan seperti benda bergerak ke sana-sini."
Saya: "Seperti ada halangan. Ok, sekarang saya akan tarik ke depan kesemua gangguan tu." (mendepa kedua belah tangan dan menolak ke depan Fikri)
Fikri: "Ha, sekarang ada beberapa jin di depan saya. Salah satu dari mereka, berpakaian putih."
Saya: "Yang berpakaian putih, sila ke depan. Kamu siapa?"
Fikri: "Katanya dia datang dari Darul Islah sebagai pemerhati sahaja."
Saya: "Ok, terima kasih. Sila tinggalkan tempat ni."
Fikri: "Dia dah hilang..."
Saya: "Fikri, sekarang ikat kesemua mereka yang lain dan hantar ke Darul Islah."
Fikri: (melakukan gaya tangkap, ikat dan baling). "Ok, sekarang baru saya nampak baby. Dekat tepi dia ada 6 jin. 2 dari mereka macam monyet"
Saya: "Jin, kamu siapa?"
Fikri: "Katanya mereka adalah musuh kepada ayah Fazilah...datang untuk balas dendam."
Saya: "Fikri, nampaknya bila kita dah selesaikan ilmu-ilmu salah, sekarang muncul pula banyak jin-jin yang balas dendam. Tak pe, pindahkan mereka."
Fikri: (melakukan gaya tangkap, ikat dan baling). "Sekarang kat tepi baby ada 1 jin muka macam Fazilah. Sama...sebijik macam Fazilah."
Saya: "Saya rasa dia lah yang selalu ganggu tidur baby kot. Jadi mungkin baby ingat jin ni adalah Fazilah."
Fikri: "Dia angguk."
Saya: "Jin, apa masalah kamu ni."
Fikri: "Katanya dia suka sangat kat baby. Dia pun suka kat saya jugak."
Saya: "Jin, tak payah la ganggu rumah tangga orang."
Fikri: "Dia menangis, katanya dia sayang sangat kat baby. Tak nak lepas."
Saya: "Jin, kamu kahwin la...nanti kamu akan ada anak sendiri."
Fikri: "Dia kata, tak ada orang nak kat dia."
Saya: "Ok, kalau macam tu apa kata saya panggil 'abang' Darul Islah tadi."
Fikri: "Jin tadi (dari Darul Islah) dah sampai la ustaz."
Saya: "Tuan, saya ada satu tugasan penting ni. Adakah kamu bersedia untuk ambil wanita ni jadi isteri kamu? Atau kamu boleh sediakan jin lain untuk dijodohkan kepada wanita ni?"
Fikri: "Dia kata, dia sudi terima wanita ni, tetapi katanya eloklah dia bawa wanita ni ke Darul Islah dulu untuk perbincangan."
Saya: "Silakan."
Fikri: "Ustaz, dia tak bawa wanita tu."
Saya: "Ye la, bukan muhrim...Maknanya kamu la yang kena hantar dia ke sana."
Fikri: (melakukan gaya ambil dan baling)
Setelah selesai scan, baby kemudiannya di blok dengan 'peti besi'. Fikri mula mengalihkan fokus kepada Fazilah.
Fikri: "Ada kambing hitam dalam badan Fazilah!"
Saya: "Kambing hitam? Dalam badan?"
Fikri: "Ya."
Saya: "Keluarkan."
Fikri: (melakukan gaya tarik dan menggenggam tangannya ke atas). "Sekarang saya tengah pegang tanduknya."
Saya: "Kambing, kamu ni kenapa?"
Fikri: "Katanya dia adalah sihir."
Saya: "Sihir? Dari manusia?"
Fikri: "Dia tak tahu."
Saya: (membacakan doa, melakukan gaya tarik)
Fikri: "Ustaz, sekarang kat depan saya ada 1 jin."
Saya: "Jin, adakah kamu telah di upah."
Fikri: "Dia kata, 'tak'. Katanya dia adalah tukang sihir."
Saya: "Kamu adalah tukang sihir? Maknanya ada jin-jin lain datang kepada kamu dan mengupah kamu untuk menyihir?"
Fikri: "Dia angguk. Katanya dia telah diupah oleh jin-jin yang dendam dengan ayah Fazilah."
Saya: "Jin, rasanya kerjaya kamu dah berakhir hari ni. Mungkin ilmu yang ada pada kamu dapat memberi manafaat kepada Darul Islah."
Fikri: "Dia tunduk aje."
Fikri kemudiannya memindahkan kambing dan tukang sihir itu ke Darul Islah.
Fikri: "Aduh...ada orang tampar saya. Aduh...sakitnya (memegang belakang bahu dan bahagian dada)
Saya: (melakukan gaya tarik pada bahu dan dada Fikri dan campak ke depan)
Fikri: "Ada anak panah depan saya."
Saya: (melakukan gaya depa tangan dan tarik ke depan Fikri)
Fikri: "Sekarang ada 6 jin dan salah satu dari mereka memegang busar panah."
Saya: "Mereka ni lah yang tampar dan panah kamu tadi."
Fikri: (tanpa membuang masa, terus melakukan gaya ikat dan baling)
Fikri terus melakukan scan kepada Fazilah dan setelah berpuas hati, beliau melakukan blok 'peti besi'.
Fikri: "Ustaz. Jin perempuan yang berwajah Fazilah tu muncul lagi. Tersipu-sipu."
Saya: "Ha, bila nak nikah?
Fikri: "Katanya malam ni. Dia nak jemput ustaz datang."
Saya: "Terima kasih la sebab sudi jemput saya. Maaf ya, saya tak dapat hadir majlis perkahwinan kamu."
Fikri: "Hmm...dia ucap terima kasih pada ustaz."
Saya: "Sama-sama. Eh, lupa nak tanya, kamu nikah dengan siapa ya?"
Fikri: "Ustaz, lelaki dari Darul Islah tu dah muncul."
Saya: "Ooo...saya doakan kamu berdua berbahagia."
Fikri: "Dia orang dah hilang ustaz."
Semasa Fikri scan dirinya sendiri, dia melihat banyak api mengelilinginya. Kami menganggap bahawa Fikri telah terkena banyak serangan dari jin-jin yang cuba menghalang kembara nya.
Fikri: "Ustaz, dalam bilik ni bersepah la ustaz."
Saya: "Maksud kamu bilik rawatan ni?"
Fikri: "Ya. Bersepah. Macam-macam...ada najis, air kencing, kasut, selipar, bulu-bulu dan macam-macam la...hish."
Saya: "Kenapa boleh jadi macam tu ya?"
Fikri: "Semasa ustaz kumpulkan jin-jin tadi, macam-macam mereka tinggalkan. Tak pe ustaz, biar saya bersihkan." (melakukan gaya kaut dan baling)
Saya: "Terima kasih."
*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Ahad, 3 Oktober 2010

Pengalaman Muallij 42 (Part 7) - Kembara Saka dan Ilmu Salah

Fazilah dan Fikri datang untuk rawatan susulan. Kini mereka mengadu, tangan baby ada kesan gigitan.
Kembara bermula...
Fikri: "Sekarang di hadapan saya ada 3 peti besi...yang saya punya, Fazilah dan baby."
Saya: "Ada apa-apa di luar peti besi?"
Fikri: "Tak ada apa-apa. Aman aje."
Saya: "Sila masuk ke dalam peti besi baby."
Fikri: (terdiam seketika). "Ada 2 jin dalam peti besi baby."
Saya: "Aik? Macamana mereka masuk."
Fikri: "Mereka kata, mereka boleh tembus besi."
Saya: "Ok jin, antara kamu berdua, siapa yang gigit baby?"
Fikri: "Mereka buat muka tak bersalah, pandang satu sama lain."
Saya: (membaca selawat tarfijiah)"
Fikri: "Sekarang salah satu dari mereka menggigil-gigil."
Saya: "Ha, sekarang ngaku aje la."
Fikri: "Dia angguk, katanya bos dalam badan mak baby(Fazilah) yang suruh."
Saya: "Ok sekarang ikat dan pindahkan dia."
Fikri: "Baik." (melakukan gaya ikat, angkat dan baling)"

Fikri kemudiannya beralih ke peti besi Fazilah."

Fikri: "Tak ada apa-apa makhluk. Tapi ada beberapa tompok najis."
Saya: "Maknanya dah berlaku pencerobohan. Cuba compress."
Fikri: (melakukan gaya compress dari arah kaki ke kepala) "Ada keluar asap kat mulut."
Fazilah: "Ustaz, saya rasa macam nak muntah." (Fazilah tiba-tiba mencelah)
Saya: "Asap, adakah kamu jin?"
Asap (melalui Fikri): "Ya, aku adalah jin asap. Aku telah digunakan dalam ritual asap keris, pedang dan lain-lain."
Saya: "Ok, Fikri sekarang pindahkan dia."
Fikri kemudiannya minta kebenaran untuk kembara ke dalam badan Fazilah.
Fikri: "Ustaz, boleh saya masuk dalam badan Fazilah."
Saya: "Silakan."
Di dalam badan Fazilah...
Fikri: "Ustaz, saya nampak banyak bekas-bekas luka dan darah di kebanyakan bahagian di kawasan dada. Kat jantung ada darah hitam. Katanya ianya adalah darah kebanyakan jin-jin yang telah ditewaskan oleh bapa fazilah."
Saya: "Lakukan pembersihan."
Fikri: (melakukan gaya sapu, ambil dan buang)
Saya: "Cuba 'explore' tempat lain."
Fikri: "Dekat bahagian belakang Fazilah ada 2 ekor lipan, siap ada sarangnya sekali."
Fazilah: "Ustaz, sebenarnya memang dari tadi saya rasa macam ada benda gerak-gerak kat bahagian belakang ni." (Fazilah tiba-tiba mencelah)
Saya: "Hey lipan, engkau siapa?"
Lipan (melalui Fikri): "Aku lah yang suruh jin tadi gigit baby."
Saya: "Ooo...engkau punya angkara la ya."
Fikri: "Mereka gelak la ustaz."
Saya: "Apa kena mengena engkau dengan wanita ni?"
Lipan: "Aku adalah 'ilmu bisa' ayah dia."
Saya: "Dah la Fikri, tak payah layan dia. Tangkap dan buang aje."
Fikri: "Diaorang ketawa besar, katanya bukannya senang nak merawat Fazilah." (melakukan gaya tangkap dan buang)
Fikri kemudiannya mengalihkan fokusnya ke tempat lain dalam badan Fazilah.
Fikri: "Sekarang saya nampak ada ular melilit-lilit kat bahagian kepala. Ekor dia panjang ke bawah, sampai ke peranakan Fazilah."
Saya: "Ok apa Fikri nak buat dengan ular ni."
Fikri: (melakukan gaya tarik dan tikam) "Saya dah cuba tarik tapi tak boleh. Akhirnya saya tikam barulah ular tu menggelupur. Pastu saya dah bakar dia sebab degil tak nak tinggalkan tempat tu."
Fazilah: "Aduh...sakitnya leher saya." (tiba-tiba Fazilah merungut)
Fikri: "Jap saya keluar (dari dalam badan)."
Saya: "Ada apa kat leher?"
Fikri: "Ada seekor beruk tengah cekik leher Fazilah." (melakukan gaya tarik dan baling)
Fikri kemudiannya masuk kembali ke dalam tubuh Fazilah. Beliau lihat pelbagai kerosakan dan kecederaan anggota dalaman Fazilah. Fikri mengambil inisiatif sendiri bagi memulihkan keadaan tersebut.
Saya: "Fikri, kamu dah jelajah semua tempat?"
Fikri: "Dah. Cuma ada satu tempat di belakang yang tak boleh di explore, gelap."
Saya: "Cuba bakar tempat tu."
Fikri: (melakukan gaya hembus) "Sekarang saya lihat ada kain kuning."
Saya: "Kain kuning, apa kegunaan kamu?"
Kain Kuning (melalui Fikri): "Kebal!"
Saya: "Fikri, pindahkan kain kuning tu."
Fikri: (melakukan gaya ambil dan buang)
Sebelum saya menamatkan sesi kembara tersebut, saya lihat Fikri melakukan suatu gaya yang jarang saya lihat.
Saya: "Buat apa tu?"
Fikri: "Vacuum..."
Saya: "Ooo...ingatkan buat apa tadi."
Setelah beberapa minit...
Fikri: "Ok, saya dah vacuum semuanya. Dah bersih. Tadi pada awalnya bunyi vacuum cleaner tu kuat sangat. Lepas tu semakin perlahan dan perlahan bunyinya. Saya dah campak vacuum cleaner tu ke Darul Islah."
...bersambung...
*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Selasa, 28 September 2010

Pengalaman Muallij 42 (Part 6) - Kembara Saka dan Ilmu Salah

Fazilah pula meminta suaminya Fikri untuk scan mak (kepada Fazilah).

Fazilah: "Abang, tolong scan mak."
Fikri: "Ok."

Fikri terdiam untuk beberapa ketika, mungkin bertungkus-lumus membina fokus kepada apa yang dilihatnya.

Fikri: "Ustaz, saya lihat 2 makhluk di hadapan saya, seorang wanita berpakaian hitam dan seorang lagi berpakaian putih."
Saya: "Saya mengagak yang berpakaian hitam itu adalah ilmu suaminya (ayah Fazilah) dan yang berpakaian putih adalah saka keturunannya."
Fikri: "Hmmm...mereka angguk la ustaz." (tanda setuju)
Saya: "Fikri, pindahkan kedua mereka."
Fikri: (melakukan gaya tangkap dan baling). "Yang putih tu saya dah pindahkan, tapi yang hitam ni macam marah aje. Dia tak nak pindah. Sekarang dia tabur minyak dan nyalakan api keliling dia. Dia duduk di tengah-tengah."
Saya: "Ooo...nak main api ya. Jom main api. (membacakan doa dan hembus pada tangan Fikri). Fikri, di tangan Fikri ada api. Sila baling api ni pada dia."
Fikri: "Allahuakbar! (gaya membaling). Sekarang api besar la ustaz. Dia masih di dalam tu."
Saya: "Kita tengok berapa lama dia boleh bertahan."
Fikri: "Aik? Tak sampai seminit dia dah keluar la ustaz. Badan berasap-asap."

Fikri kemudiannya memindahkan jin itu ke Darul Islah.

Saya: "Sekarang sila lihat dengan teliti fizikal mak Fazilah."
Fikri: "Saya nampak ada tangan tengah 'grip' perut mak Fazilah dari belakang."
Saya: "Fikri, pergi ke belakang dan lihat, siapakah gerangannya makhluk itu."
Fikri: "Cis, monyet!"
Fazilah: "Ustaz, patut la mak selalu sakit kat bahagian perut." (celah Fazilah)
Saya: "Fikri, pindahkan dia."
Fikri: (terkial-kial) "Tak boleh buka la ustaz, dia 'grip' kuat sangat."
Saya: "Ok Fikri, kamu tarik dan cuba buka 'grip' tu, saya akan cucuh tangan dia dengan api 'lighter'."
Fikri: "Ha ha...dia tak tahan kena api 'lighter' tu. Sekarang dah buka tangan (grip)." (melakukan gaya tangkap, rantai dan baling)

Walaupun dah selesai, Fikri masih tersenyum.

Saya: "Kenapa masih tersenyum?"
Fikri: "Saya gelihati tengok monyet tu tadi. Sekarang kat Darul Islah dia diletakkan kat sebuah padang yang luas."
Saya: "Mungkin itu adalah penempatan yang paling sesuai untuk jin-jin binatang seperti dia."

...bersambung...

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Sabtu, 25 September 2010

Pengalaman Muallij 42 (Part 5) - Kembara Saka dan Ilmu Salah

Kali ini Fikri meminta untuk scan dirinya sendiri.

Fikri: "Ustaz, boleh ke saya kembara dan scan diri saya sendiri."

Saya: "Boleh, apa salahnya."

Fikri terus melakukan 'compress' ke atas gambaran objek dirinya.

Fikri: "Ada bayang hitam. Katanya dia adalah pengacau." (terus melakukan gaya tangkap, ikat dan baling)

Saya: "Cuba perhatikan dengan teliti."

Fikri: "A'ah...ada pontianak la kat bahu kanan saya."

Saya: "Dalam keluarga ada tak yang kena stroke?"

Fikri: "Arwah mak meninggal sebab stroke."

Saya: "Kamu cekik pontianak tu dan tanya dia, adakah dia saka ataupun dia sihir."

Fikri: "Katanya...sihir."

Saya: "Fikri, dalam keluarga kamu siapa yang kena sihir?"

Fikri: "Saya tak pasti."

Saya: "Pindahkan aje pontianak tu."

Fikri: "Dia degil la ustaz."

Saya: "Pontianak, kamu nak saya 'paku' kamu? Atau kamu nak saya masukkan garam dalam mulut kamu."

Fikri: "Dia takut...serah diri."

Saya: "Ok, sekarang pindahkan dia."

Setelah Fikri memindahkan pontianak itu, scene terus berubah ke satu tanah perkuburan.

Fikri: "Ustaz, sekarang saya di tanah perkuburan. Ada pontianak sedang menggali (guna tangan)...rasanya ini kubur mak saya. Kurang asam punya pontianak." (terus menangkap, ikat dan baling)

Saya: "Fikri, saya rasa sihir ni serius. Rasanya kamu sekeluarga telah disihir. Biasanya jika jin jenis pontianak, kemungkinan untuk kena stroke adalah tinggi."

Fikri: "Maknanya saya pun akan kena stroke ke ustaz?"

Saya: "Mungkin...dan inilah yang selalu dikatakan 'penyakit keturunan'. Tapi sebenarnya ia adalah 'sihir keturunan'."

Fikri: "Saya nak tengok ayah saya."

Saya: "Silakan."

Fikri mengalihkan fokus kepada ayahnya.

Fikri: "Saya nampak ada 2 pontianak di bahu kanan dan kiri ayah saya. Kurang ajar pontianak ni."

Saya: "Aik, marah nampak."

Fikri: "Ye la. Dia main-main dengan kepala dan kopiah ayah saya."

Saya: "Persoalannya kenapa pada ayah ada 2 pontianak?"

Fikri: "Biar saya cekik salah satu jin ni, saya tanya dia."

Saya: "Silakan."

Fikri: "Katanya, sihir sebenarnya ditujukan kepada ayah, untuk menyusahkan ayah. Tapi katanya amalan ayah kuat, jadi sihir ini cuma dapat mengalahkan mak."

Saya: "Pindahkan aje kedua-dua pontianak tu."

Fikri: "Baik ustaz."

Fikri kemudian seperti terpinga-pinga melihat sesuatu.

Saya: "Kenapa."

Fikri: "Saya nampak ayah dikelilingi ayat-ayat Al-Quran yang bercahaya-cahaya."

Saya: (membacakan doa) "Ya Allah, jika apa yang disaksikan ini batil, maka musnahkanlah ia ya Allah."

Fikri: "Dia masih kekal seperti biasa."

Saya: "Mungkin itu amalan-amalan ayah kamu."

Fikri: "Ayah memang kuat ibadat."

Saya: "Ok, tinggalkan dia."

...bersambung...

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Jumaat, 24 September 2010

Pengalaman Muallij 42 (Part 4) - Kembara Saka dan Ilmu Salah

Fikri dan Fazilah datang untuk rawatan susulan.

Saya: "Macamana?"
Fazilah: "Baby masih tak boleh tidur, tapi bila nak datang jumpa ustaz, malam tadi dia dah boleh tidur dah. Saya pulak rasa semacam aje, rasa macam diperhatikan."
Fikri: "Saya pun rasa macam diperhatikan. Pastu ada suatu masa saya bau benda busuk dalam rumah saya."
Saya: "So macamana? Ingin mengembara?"
Fikri: "Jom...(menunjukkan respon yang bersemangat)."

Pengembaraan TKR bermula...

Saya: "Sekarang Fikri lihat baby dan lakukan scan."
Fikri: "Baby nampak ok. (Melakukan gaya scan dan melakukan gaya buang beberapa spot panas pada badan baby)."
Saya: "Ok sekarang sila blok baby."
Fikri: "Ok dah. Sekarang baby duduk dalam belon."
Saya: "Sekarang sila lihat Fazilah."
Fikri: "Fazilah nampak ok. Tak ada apa-apa disekitar dia. Tapi...belon dia macam dah tembus, berlubang-lubang."
Saya: "Cuba tepuk belakang Fazilah."
Fikri: "Ok. (Menepuk dengan kedua tangan)."
Saya: "Ada apa-apa yang keluar?"
Fikri: "Tak ada apa-apa. Saya cuba scan...ha, macam panas kat tulang rusuk kanan. (Fikri terus melakukan gaya tarik dan buang.)"
Saya: "Sekarang kamu cuba lakukan 'compress'."
Fikri: "Baik. (Melakukan gaya 'compress'). Ha, keluar lembaga hitam. Macam kenal lah lembaga ni."
Saya: "Tanya dia."
Fikri: "Kamu siapa?"
Lembaga hitam(melalui Fikri): "Aku adalah keberanian dan kemarahan."
Saya: "Aik? Kamu bolos dari Darul Islah?"
Lembaga hitam: (Mengangguk-angguk)
Saya: "Sekarang di tangan Fikri ada rantai...sila rantai dia dan campakkan dia ke Darul Islah."
Fikri: "Baik ustaz. (Melakukan gaya rantai, angkat dan baling)."
Saya: "Dah hantar ke Darul Islah?"
Fikri: "Dah...tapi saya nampak tompok darah pada tempat dia (lembaga hitam) berdiri tadi."
Saya: "Tanya darah tu."
Fikri: "Kamu siapa?"
Darah(melalui Fikri): "Aku adalah 'darah yang terdahulu'."
Saya: "Apa kegunaan kamu?"
Darah: "...Perjanjian...(terhadap) kesemua ilmu-ilmu yang dipelajari."
Saya: "Adakah kamu darah manusia?"
Darah: "Ya. Aku adalah darah ayah kepada wanita ini (Fazilah)."
Saya: "Saya menganggap kamu sebagai yang terakhir yang mengikat perjanjian ini."
Darah: "....Mungkin juga yang terakhir...atau mungkin suatu permulaan..."

Saya kemudiannya membacakan ayat-ayat pemutus dan menyuruh Fikri menghembus kepada darah itu dengan niat 'putus ikatan (perjanjian)'.

Fikri: "Darah tu bertukar menjadi air."
Saya: "Sekarang kaut air tu dan hantar ke Darul Islah."
Fikri: "Baik, ustaz."

Saya: "Sekarang lakukan 'compress' kepada Fazilah."
Fikri: "Ustaz, saya nampak air jernih bersemburan keluar dari kedua-dua tangan Fazilah."
Saya: "Air, kamu siapa?" (Soalan saya ajukan kepada air)
Air (melalui Fikri): "Aku adalah air yang diberikan oleh bomoh-bomoh yang telah diminum oleh wanita ini (Fazilah)."

Air ini kemudiannya terpaksa ditukar menjadi ais dan kemudiannya dicampakkan ke Darul Islah.

Fikri: "Eeee...sejuknya ustaz." (Fikri merasakan kesejukan ketulan-ketulan ais yang diangkatnya)

Fazilah kemudiannya di 'blok' dalam peti besi dan Fikri juga kembali kepada babynya bagi menukarkan blok 'belon' kepada blok 'peti besi'.

*Saya meninggalkan Fikri seketika kerana ada seseorang datang mengetuk pintu bilik rawatan. Selepas urusan itu, saya kembali kepada Fikri.

Saya: "Ok, macamana sekarang?"
Fikri: "Tadi masa ustaz tinggalkan saya, tiba-tiba ada bau busuk la."
Saya: "Bau tu sama tak macam yang kamu hidu dekat rumah kamu dulu?"
Fikri: "Ya. Tapi sekarang bila ustaz datang, bau tu dah hilang."
Saya: "Cepat, sekarang tengok peti besi baby dan Fazilah."
Fikri: "Ada makhluk macam kelawar tengah mengetuk-ngetuk (guna kedua-dua tangan) peti besi Fazilah."
Saya: "Hoi jin! Kamu suka kat Fazilah ke?"
Fikri: "Dia angguk la ustaz."
Saya: "Dah la busuk, pastu berangan nak rampas isteri orang."
Fikri: "Ya la, dah la kurus keding, badan tak tough langsung!" (Saya dan Fikri tersenyum sambil Fazilah ketawa).

Jin kelawar itu kemudiannya dirantai dan dihantar ke Darul Islah.

Saya: "Cuba Fikri tengok nasib jin kelawar tu kat Darul Islah."
Fikri: "Saya nampak ada ramai orang berbaris dan ada macam kaunter-kaunter pendaftaran."
Saya: "Wah...nak masuk Darul Islah kena ikut prosedur pendaftaran dulu..."
(Kami semua tersenyum)

...bersambung...

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Pengalaman Muallij 42 (Part 3) - Kembara Saka dan Ilmu Salah

...sambungan part 2...

Fikri: "Sekarang muncul cermin. Katanya dia merupakan 'alamat tentang perkara akan datang'. Cermin ni pecah tapi pada masa yang sama dia bercantum semula."
Saya: "Masa dia bercantum tu, kamu tangkap dan hantar dia ke Darul Islah."
Fikri: "Baik. Dah hantar."

Fikri: "Sekarang depan saya ada hati, macam jantung. Dia kata, dia merupakan 'bisikan-bisikan dalam hati'."
Saya: "Tangkap aje dan hantar ke Darul Islah."
Fikri: "Ok."

Fikri: "Sekarang ni ada sepasang mata la pulak. Hmm...katanya dia adalah 'kebolehan melihat alam ghaib'." (terus menangkap dan menghantar ke Darul Islah)

Fikri: "Aik? Sekarang ada 2 tangan, kiri dan kanan."
Saya: "Tangan? Untuk apa?"
Fikri: "Katanya, kebolehan 'mengurut dan seni persilatan'. Ish...berat sungguh tangan kanan ni, tak mampu saya nak angkat."

'Tangan kanan' memerlukan bantuan saya kerana ianya lebih berat dari tangan kiri.

Setelah tangan, muncul 2 benda yang tidak dikenali.

Fikri: "Kamu ni apa?"
Saya: "Apa dia kata."
Fikri: "Katanya dia adalah tali pinggang hitam dan merah."
Saya: "Apa kegunaannya?"
Fikri: "Katanya dia ada kaitan dengan pedang tadi. Kalau dipakai, akan menyebabkan pedang tu boleh terbang dengan sendirinya."
Saya: "Ish...macam-macam..."
Fikri: "Ye la ustaz." (sambil melakukan gaya ambil dan buang)

Setelah tali pinggang itu dibuang, muncul sesuatu seperti keris.

Fikri: "Nampak macam keris...tapi keris ni dibuat dari buluh, dibalut kain kuning."
Saya: "Keris, adakah kamu diperbuat dari buluh betong?"
Keris (melalui Fikri): "Ya."
Saya: "Adakah kamu digunakan untuk menangkis ilmu kebal?"
Keris: "Ya, saya digunakan untuk halau, tikam dan bunuh jin-jin kebal."
Saya: "Sekebal mana pun kamu, semua tak dapat menandingi kuasa Allah swt."
Fikri: "Dia diam la ustaz."
Saya: "Fikri, sekarang pindahkan dia."
Fikri: "Baiklah."

Selepas keris tidak ada apa-apa lagi yang muncul.

Saya: "Sekarang Fikri tepuk belakang Fazilah."
Fikri: (melakukan gaya tepuk). "Dari badan Fazilah keluar cincin, rantai leher, batu-batu permata, gelang kaki dan kain batik."
Saya: "Kaut dan hantar ke Darul Islah."
Fikri: "Ok". (melakukan gaya kaut dan baling)

Fikri kemudiannya meneruskan tepukan.

Fikri: "Dah tak ada apa-apa lagi yang keluar. Tapi sekarang saya nampak macam ada satu makhluk macam cahaya sebesar penumbuk, bergerak laju pada badan Fazilah."
Saya: "Wahai cahaya, siapa kamu?"
Cahaya (melalui Fikri): "Aku adalah ilmu kepantasan."
Saya: "Fikri, cuba tangkap dia."
Fikri: (melakukan gaya menangkap). "Tak boleh ustaz, dia mengelak-ngelak dan memang laju pergerakan dia. Dia beritahu saya, kalau nak perlahankan dia, baca bismillah 6."
Saya: "Tak payah bismillah 6. Itu adalah perangkap supaya kamu (Fikri) terima dia."
Fikri: "Habis tu macamana ustaz?"
Saya: (membacakan doa)
Fikri: "Sekarang cahaya tu berhenti bergerak dan jatuh kat hati (jantung), tergantung kat situ."
Saya: "Ambil dan pindahkan dia."

Selepas 'cahaya' itu dihantar ke Darul Islah, muncul pula "bayang-bayang".

Fikri: "Ada banyak bayang-bayang Fazilah. Semuanya macam 'duplicate'. Sama macam Fazilah."
Saya: "Bayang, kamu ni siapa."
Bayang (melalui Fikri): "Aku digunakan untuk mengelirukan musuh. Aku juga menjadi penjaga sesuatu tempat."
Saya: "Maknanya kamu menjaga harta benda pemiliknya. Kalau ada orang nak ceroboh, kamu akan menyerupai pemiliknya. Jadi si pencuri akan cabut lari. Betul tak?"
Bayang: "Ya. Ketua bayang akan menjaga rumah, ladang, sawah dan lain-lain dari kecurian."
Saya: "Oklah Fikri. Tangkap dan pindahkan mereka."

Setelah bayang, tidak ada apa-apa lagi yang muncul. Fikri melakukan tepukan demi tepukan tetapi tidak ada apa-apa yang muncul. Semasa Fikri hendak melakukan blok kepada Fazilah, tiba-tiba muncul makhluk bengis.

Fikri: "Dia kata dia adalah 'keberanian dan kemarahan'."
Saya: "Tangkap dan pindahkan dia."
Fikri: "Dia hunus pedang ajak lawan."
Saya: "Jin...pergaduhan tak akan dapat menyelesaikan masalah." (membacakan doa)
Fikri: "Lepas ustaz baca doa tu, dia tunduk dan tenang. Pedangnya pun dimasukkan kembali ke sarungnya."
Saya: "Sekarang pindahkan dia."
Fikri: (melakukan gaya tangkap, ikat dan baling)

Selepas itu tidak ada apa-apa lagi yang dapat dikesan. TKR dihentikan.

Fazilah: "Kenapa ye ustaz?"
Saya: "Heran?"
Fazilah: "Ye la. Saya memang hairan. Macamana suami saya (Fikri) boleh tahu semua tu. Saya tak pernah cerita pun pada dia pasal ayah saya (arwah). Memang saya mengaku arwah ayah saya semasa mudanya, menuntut pelbagai ilmu. Saya memang pernah dengar cerita tentang semua benda yang Fikri jumpa dalam kembaranya tadi dari mak dan adik beradik saya."
Saya: "Entah, saya pun tak tahu nak explain."

...bersambung lagi...

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t

Pengalaman Muallij 42 (Part 2) - Kembara Saka dan Ilmu Salah

Bagi mengelakkan campurtangan makhluk halus dalam kaedah TKR ini, saya telah menyuruh Fikri supaya memulakan TKR dengan membaca kalimah syahadah dan istighfar. Beliau juga membaca Al-fatihah, Ayatul Kursi dan 3 Qul yang kemudiannya dihembus pada kedua telapak tangan dan disapu ke keseluruhan badannya.

Beberapa ayat-ayat yang digunakan di dalam TKR dibaca dan dihembus ke ubun-ubun kepala Fikri.

Saya mengarahkan Fikri supaya membayangkan baby dihadapannya dan kemudian melakukan scan.

Fikri: "Macam tak ada spot yang panas. Saya cuma nampak muka baby saya ada bintik-bintik macam dakwat yang dititik dikeseluruhan mukanya."
Saya: "Gunakan tangan kamu untuk sapu bintik-bintik tu."
Fikri: (melakukan gaya membersihkan bintik-bintik itu di muka baby). "Ok, dah ustaz."
Saya: "Ok sekarang blok baby."
Fikri: "Ok, saya dah buat belon. Baby ada dalam 'belon' tu."
Saya: "Sekarang tugas kamu untuk bayangkan Fazilah."

Fikri seperti terdiam untuk beberapa ketika.

Saya: "Kenapa diam? Pelik?"
Fikri: "Hmm...saya nampak Fazilah. Cantik...pakai kain batik, baju kebaya, pakai tudung."
Saya: "Itu adalah saka Fazilah. Sila pujuk dia supaya dia pindah."
Fikri: "Dia angguk la ustaz." (tanda setuju)

Fikri kemudiannya memindahkan saka itu ke Darul Islah.

Fikri: "Sekarang di belakang saka tadi muncul makhluk berjubah hitam, ada pedang. Jubah dia compang-camping, koyak sana-sini. Hmm...katanya pakaian dia jadi macam tu sebab ustaz rotan dia."
Saya: "Ha, dah kena belasah teruk pun masih nak bertahan?"
Fikri: "Dia marah la ustaz. Sekarang dia dah keluarkan pedangnya."

Saya cuba kaedah dakwah menenangkan jin itu dengan memujuknya supaya meninggalkan Fazilah. Akhirnya beliau bersetuju.

Fikri: "Dia setuju, tapi dia angkat tangan dan kaki menunjukkan ada rantai yang mengikatnya."
Saya: "Sekarang Fikri potong rantai-rantai tu dan hantar dia ke Darul Islah."
Fikri: "Ok, jap saya potong (menunjukkan aksi potong). Ok, saya dah hantar."

Sekali lagi Fikri terdiam.

Saya: "Kenapa Fikri?"
Fikri: "Pedangnya tertinggal. Berdiri tegak. Saya dah cuba bakar, tapi tak jadi apa-apa. Hmm...macam boleh berkata-kata la ustaz.
Saya: "Wahai pedang, kamu siapa."
Fikri: "Dia kata dia adalah penjaga (Fazilah) dan adalah antara pedang-pedang yang mulia."
Saya: "Fikri pindahkan aje ke Darul Islah."
Fikri: "Dia tak mahu la ustaz. Dia siap 'offer' supaya saya terima dia."
Saya: "Ha, pedang tak payah ngada-ngada. Dekat Darul Islah ada tempat khusus bagi menyimpan 'barang-barang peninggalan'."

Fikri kemudiannya memindahkan pedang itu ke Darul Islah.

Fikri: "Ustaz, sekarang muncul selendang merah, terapung-apung depan saya. Katanya dia adalah penjaga dan pemelihara."
Saya: "Hantar aje ke Darul Islah."
Fikri: "Alahai...dia belit tangan saya la ustaz."(terkial-kial seperti kena gari)
Saya: "Takpe saya tolong bukakan."(membacakan doa)
Fikri: "Ok dah boleh. Ok, dah hantar ke Darul Islah."

...bersambung...

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Pengalaman Muallij 42 (Part 1) - Kembara Saka dan Ilmu Salah

Ketika menerima panggilan telefon dari Fazilah, saya beranggapan ianya adalah permasalahan biasa yang dihadapi oleh setiap ibubapa yang baru mendapat cahaya mata.

Saya: “Masalah apa?”

Fazilah: “Baby menangis la ustaz…”

Saya: “Oh, ok. Nanti datang la madrasah, kita cuba ikhtiarkan.”

Fazilah: “Baik ustaz.”

Semasa dipertemukan dengan baby kepada pasangan Fikri dan Fazilah, saya mula menegur,

Saya: “Siapa bagi benang hitam ni?” (Kelihatan benang hitam dipakai pada kedua-dua pergelangan tangan baby)

Fazilah: (Sambil tersenyum) “Entah la ustaz, dah macam-macam kami cuba. Macam-macam orang kami jumpa. Yang terakhir kami jumpa, dia beri benang ni.”

Saya: “Salah ni.”

Fikri: “Kami tahu ustaz. Tapi susah la…bila orang tua suruh itu dan ini.” (Dengan nada kecewa, terpaksa mengikut kehendak ahli keluarga)

Saya: “Ok, takpe…” (Dalam hati menyimpan niat membuktikan kepada mereka tentang kesalahan tersebut)

Setelah berbincang dengan pasangan ini tentang apa yang telah mereka lakukan serta mendengar pandangan dan pendapat perawat-perawat yang mereka temui, saya lantas menyuruh supaya Fazilah dan Fikri dirawat.

Rawatan terhadap Fikri menunjukkan bahawa dia ‘clean’, sedangkan Fazilah merasuk semasa dirawat. Jin yang muncul seolah-olah seperti jin asyik kerana sering menangis. Jin ini juga mengakui bahawa pemakaian 2 benang hitam tersebut telah mengundang jin-jin pendamping. Pengakuan ini menyebabkan Fikri dengan tergesa-gesa memotong benang tersebut, yang kemudiannya dibakar.

Jin ini tidak mahu meninggalkan Fazilah sehinggalah saya terpaksa mengambil tindakan kasar dengan menyembelihnya. Fazilah akhirnya sedar dan mereka pulang membawa baby yang sedang nyenyak tidur.

Kesan dari rawatan ini dan seterusnya hanya bertahan semaksima 2 hari sahaja. Fazilah akan mula SMS saya mohon appointment rawatan baru kerana baby mula gelisah dan tidak dapat tidur. Fazilah sendiri mula merasakan badannya sakit-sakit dan kurang selesa bila berada di rumahnya.

Saya mula keliru tentang kerumitan dalam rawatan kali ini. Saya berkunjung ke rumah mereka dan mendapati bahawa kediaman mereka tidak bermasalah sehinggalah saya membuat keputusan supaya TKR (Teknik Kembara dan Rawat) dilakukan.

TKR yang dilakukan ke atas Fazilah hanya dapat dilakukan sebanyak 2 kali kerana beliau ‘phobia’ terhadap ‘visual nyata’ yang dilihatnya semasa proses kembara tersebut. Fikri kemudiannya mengambil alih peranan kembara itu dan ianya merupakan satu pengembaraan yang amat-amat menakjubkan.

...bersambung...

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.