Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Sunday, June 27, 2010

Kaedah Mandian - Garam

Puan N juga dimandikan dengan kaedah mandian air garam.

Perkara-perkara yang diperlukan:
1) Garam kasar 5-10 kilogram.
2) Air mineral yang telah diruqyahkan.
3) Kolam/basin besar/bath tub.

Cara-caranya:

1) Gaulkan atau mesrakan air ruqyah dengan garam kasar.


2) Masukkan garam kasar dan penuhkan air paip ke dalam kolam/basin/bath tub sekadar untuk pesakit boleh berendam di dalamnya.


3) Pesakit masuk dan berendam di dalam bekas tersebut sambil menggosok-gosok keseluruhan tubuhnya terutamanya bahagian-bahagian yang bermasalah.

Puan N mendapati buih-buih muncul cuma pada bahagian-bahagian yang bermasalah. Katanya, kelihatan juga buih yang keluar dari badan seperti buih oksigen yang dipasang pada akuarium.

Gambar di bawah adalah gambar buih yang masih kelihatan selepas mandian tersebut.


Hasilnya:
Setelah kedua kaedah mandian serta makanan sunnah yang dilakukan ke atas Puan N, beliau pulih sepenuhnya, sudah boleh bangun dan berjalan serta boleh menikmati makanan. Alhamdulillah.

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Friday, June 25, 2010

Kaedah Mandian - Limau Purut DIY

Sepanjang hampir seminggu Puan N di kuarantin di rumah saya, tidak ada sebarang rawatan formal yang saya lakukan ke atas beliau. Saya memberi sepenuh fokus kepada kaedah mandian dan juga makanan sunnah.

Kebetulan pula Encik KS dari Subang Jaya amat bermurah hati memberikan saya sejumlah limau purut yang dipetik dari kebunnya, saya telah mencuba kaedah penyediaan mandian limau purut seperti berikut:

Bahan-bahan:
1) 9 biji limau purut.
2) 1.5 liter air mineral water yang telah diruqyah.

Kaedah:
1) Limau purut dipotong dan dibuang bijinya.


2) Limau purut (tanpa biji) di kisar menggunakan air mineral yang telah diruqyah.


3) Limau purut yang telah dikisar ditapis bagi mendapatkan airnya.


4) Air perahan limau purut + air mineral (ruqyah) dibotolkan.


Tatacara:
1) Waktu mandi: selepas Asar dan sebelum Maghrib.

Kaedah mandian:
1) Bersihkan badan seperti mandian harian.
2) Ambil sedikit ekstrak limau purut dicampurkan dengan air biasa.
3) Jadikan ia bilasan terakhir (badan tidak dilap).

Sebotol 1.5 liter ekstrak limau purut DIY ini boleh digunakan selama 7-9 kali/hari mandian.

Selamat mencuba!

Wednesday, June 23, 2010

Pengalaman Muallij 33 - Tetamu Tak Diundang

Seperti biasa saya melaksanakan 3 tugasan khidmat rawatan di sebelah paginya sehinggalah ke waktu Zohor. Pulang ke rumah saya makan tengahari dan kami sekeluarga bersiap-siap untuk mengambil Puan N (sedara saya sebagaimana diceritakan dalam tulisan lepas, "PM32 - Cedera") di KL. Beliau diserang lagi malam tadi sehingga keadaan dirinya amat-amat teruk.

Sedang kami sibuk bersiap-siap, tiba-tiba kedengaran suara pesakit yang saya ceritakan dalam tulisan lepas, "botolku pecah lagi" memanggil-manggil nama isteri saya. Saya buka pintu, dia terus bergegas masuk dan duduk di ruang tamu rumah saya sambil menangis teresak-esak. Bila saya lihat dia dalam keadaan begitu, tahulah saya bahawa dia sedang kerasukan.

Saya: "Kenapa ni?"
Jin: "Suami dia nak bunuh saya ustaz, dia bawak orang jahat nak bunuh saya."
Saya: "Habis tu engkau campur tangan urusan manusia, memang la engkau patut menerima balasannya."
Jin: "Saya memang nak keluar ustaz, tapi bukan dengan cara ni. Tadi dia (Puan A) dah lafaz putuskan hubungan dengan saya dan saya dah janji akan keluar dan tak akan campur tangan lagi urusan manusia. Betul ustaz...saya tak tipu. Ustaz pun kenal saya kan? Demi Allah saya akan keluar."

Kemudian kelihatan suaminya bersama seorang lelaki (perawat) datang ke rumah saya.

Suaminya mula memberi penjelasan. Katanya dia bersama Puan A bermalam di sebuah hotel kerana mereka tidak boleh pulang ke rumah sebab Puan A ketakutan dan sering kerasukan. Sebelah paginya dia mengundang seorang perawat untuk merawat Puan A di hotel tersebut. Selepas sesi rawatan di hotel tersebut, perawat tersebut bersetuju untuk membawa Puan A pulang ke rumah bagi menyelesaikan masalah di rumahnya. Semasa perjalanan menghampiri rumahnya, Puan A tiba-tiba terjun dari kenderaan dan terus bergegas ke rumah saya.

Disebabkan Puan A (jin), suaminya dan perawat tersebut berada di rumah saya, jadi saya lah orang yang lebih layak untuk membuat keputusan. Akhirnya kami bersetuju yang perawat tersebut akan menghentikan rawatannya dan menyerahkan Puan A (jin) itu kepada saya.

Saya: "Ok jin, kau dah dengar dan faham kan? Disebabkan kami tak mahu Puan A dimalukan oleh kamu di kampung ni, sekarang engkau tidak akan dibawa pulang ke rumahnya. Besok saya akan ikhtiar untuk lakukan pembersihan di rumah Puan A. Malam esok engkau kena balik rumah."
Jin: "Ok saya faham ustaz."
Saya: "Lepas ni kamu kena kotakan janji kamu tu."
Jin: "Baik ustaz. Saya faham, demi Allah saya akan kotakan janji saya."

Apabila Jin yang tegar macam ni ketakutan, memang amat sukar untuk kita sedarkan pesakit. Bila saya kata, kami dah kesuntukan masa sebab nak ke KL, jin itu masih tidak mahu berganjak dari rumah saya. Akhirnya suaminya memberi pinjam kereta MPV nya supaya kami sekeluarga dapat bawa Puan A (jin) bersama-sama kami ke KL.

Di dalam perjalanan kami banyak mendengar celoteh rintihan jin tersebut. Tiba di KL Puan A (jin) mula memberikan pendapat tentang keadaan rumah Puan N dan apa sahaja pandangan alam ghaib yang dilihatnya. Melihatkan keadaan Puan N yang agak kritikal, saya kemudiannya membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah saya.

Kami bergegas pulang dan tiba di rumah pada waktu maghrib. Puan A agak ok selepas solat maghrib, dia menelefon suaminya yang kemudian datang untuk mengambilnya pulang.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

Saturday, June 19, 2010

Pengalaman Muallij 32 - Cedera


Puan N mempunyai pertalian persaudaraan dengan saya. Entah macam mana, ditakdirkan Allah, beliau yang saya rawat berdasarkan hanya simtom seperti lebam-lebam serta rasa lenguh-lenguh di bahagian kaki akhirnya mengesahkan bahawa beliau telah sekian lama disihir.

Puan N tidak langsung mengesyaki apa-apa walaupun bisnes yang beliau bina sejak beberapa tahun yang lalu telah jatuh menyembah bumi dalam sekelip mata.

Kelahiran dua anak lelaki kembarnya telah sedikit sebanyak menambah kesulitan yang dialaminya akibat gangguan sihir ini. Serangan sihir yang bertalu-talu dilakukan oleh tetangga terdekat telah menyebabkan beliau hidup merana.

Pada suatu hari saya diminta untuk merawat di rumahnya. Teknik dan cara rawatan adalah seperti biasa cuma malam ini saya diuji dengan kecederaan. Dialog melalui kaki telah memperlihatkan bahawa jin-jin setuju untuk dikeluarkan dan memasuki botol, tapi sebenarnya ianya adalah muslihat untuk mencederakan saya.

Saya memegang botol menggunakan tangan kiri sambil tangan kanan saya melakukan gaya tari dari atas ke bawah kaki. Tidak semena-mena kaki tersebut diangkat tinggi dan menghempas botol tersebut dan mencederakan jari hantu saya. Darah menitis dengan lajunya...seperti air paip. Beliau merasuk dan jin-jin mula mengetawakan saya.

Anak Puan N memberikan saya kain napkin untuk membalut luka tersebut. Saya meneruskan rawatan dengan menggunakan sebelah tangan menyembelih jin-jin tersebut, tapi apakan daya, mereka (jin-jin) adalah dalam kuantiti yang sangat ramai. Saya menelefon Ustaz Zed bagi mendapatkan sedikit nasihat. Saya masih mengingati kata-kata beliau menyuruh saya menghentikan rawatan..."Marzuki, berhenti...tamatkan rawatan, tamatkan rawatan...". Beliau mengulangi perkataan itu beberapa kali sehinggalah saya akur dan menamatkan rawatan tersebut.

Saya kemudiannya bergegas ke klinik dan doktor mengatakan bahawa luka itu agak dalam dan serius tapi dia tidak menjahitnya dan cuma meletakkan bandage. Saya kemudian dikehendaki datang semula ke klinik untuk follow up.

Sehingga kini, luka tersebut meninggalkan kesan parut dan sedikit rasa kebas.

Botolku Pecah Lagi


Petang ini satu lagi botol yang digunakan dalam rawatan dipecahkan jin. Kali ini disebabkan oleh jin saka si isteri yang amat-amat bengang dengan si suaminya.
Apa sahaja barang yang ada berdekatan beliau dicapai dan dibaling kepada si suami, termasuklah botol ini. Nasib baik tiada siapa yang cedera dalam kejadian tersebut.
Saya yang berada di bahagian kepalanya pula langsung tidak dimarahi walaupun pada ketika itu saya sedang khusyuk membacakan ayat-ayat ruqyah. Dan sebenarnya diketahui jin ini amat-amat mengenali dan menghormati saya tetapi amat beremosi apabila berdepan dengan si suami.
Ada lagi satu kejadian botol pecah yang berlaku tahun lepas, sehingga menyebabkan saya cedera akibat jin sihir. InsyaAllah akan saya ceritakan sedikit masa lagi.

Saturday, June 12, 2010

Pengalaman Muallij 31 - Jin pun Ponteng

"Faizal mana?" saya bertanya kepada salah seorang rakannya apabila saya tidak menemuinya sejak 2 - 3 hari kebelakangan ini.

"Dia balik kampung la ustaz." Jawab Hafiz. "Apasal tetiba dia balik kampung?" tanya saya balik.

"Entah la ustaz. Katanya ibunya mahu bawa dia pergi berubat."

Jawapan itu membuatkan saya mendiamkan diri kerana saya amat-amat mengenali dan mengetahui masalah Faizal. Beliau 'bersaka' dan memiliki kemampuan melihat alam jin.

Setelah 1 minggu berlalu, saya kemudian bertemu Faizal.

Faizal: "Assalamualaikum ustaz."
Saya: "Waalaikumsalam. Ha, kemana kamu seminggu ni?"
Faizal: "Ibu bawa saya berubat."
Saya: "Habis macamana kamu lepas pergi berubat? Masih nampak jin?"
Faizal: (Mengangguk-angguk kepala)
Saya: "La, saya ingatkan semua saka kamu dah dikeluarkan."
Faizal: "Tak ustaz...tak dikeluarkan pun."
Saya: "Abis tu buat apa pergi berubat?"
Faizal: (Mengangkat kedua-dua bahu tanda 'tidak tahu')
Saya: "Apa yang orang tu buat?"
Faizal: "Dia bagi benang, saya pakai kat pinggang."
Saya: "Ini perbuatan syirik. Lebih baik kamu tanggalkan benang tu segera."
Faizal: (Kelihatan bingung)

Saya meninggalkannya kerana saya pasti dia agak tertekan dengan arahan tersebut, iaitu arahan yang datang dari ustaznya dan juga arahan dari ibunya. Dia dilema.

Selang beberapa hari selepas itu saya menemuinya kembali.

Saya: "Masih pakai tangkal?"
Faizal: "Dah buang ustaz, saya potong sendiri."
Saya: "Kenapa?"
Faizal: "Saya nampak jin benang tu datang jenguk saya."
Saya: "Maknanya kalau kamu dah tanggalkan benda tu, jin benang tu dah tak ikut la?"
Faizal: "Tak."
Saya: "Selalu ke dia ikut kamu?"
Faizal: "Tak. Dia datang jenguk sekejap je. Rasanya baru 3 kali.
Saya: "Hish, teruk betul jin tu. Tuan dia suruh dia jaga betul-betul tapi dia asyik ponteng je. Apa punya jin daa..."
Faizal: (Senyum dan ketawa)

Saturday, June 5, 2010

Siri Pengalaman Merawat

Berikut adalah senarai tulisan-tulisan saya yang lepas yang dimuatkan dalam blog guru saya, Ust Abd Majid Hasan.

2008:
1) August-"Kongsi Pengalaman - Perawat Akrine" - link
2) September-"Pengalaman Merawat 2-Pelatih Akrine (sambungan)" - link
3) October-"Pengalaman Merawat 3" - link
4) October-"Pengalaman Merawat 4 - Pelatih Akrine (sambungan)" - link
5) November-"Pengalaman Merawat 5 - link
6) November-"Pengalaman Merawat 6 - Jin Tabligh" - link
7) December-"Pengalaman Merawat 7 - Jin Tabligh 2" - link
8) December-"Pengalaman Merawat 8" - link

2009:
1) January-"Pengalaman Merawat 9 - Menutup Pandangan" - link
2) February-"Pengalaman Merawat 10 - Isu Sulit" - link
3) February-"Pengalaman Merawat 11 - Jin Tak Berkaki" - link
4) February-"Pengalaman Merawat 12 - Kuda Terbang" - link
5) February-"Pengalaman Merawat 13 - Teknik Pancing" - link
6) March-"Pengalaman Merawat 14 - Fisabilillah" - link
7) March-"Pengalaman Merawat 15 - Jin Semut" - link
8) April-"Pengalaman Merawat 16 - Anak Degil" - link
9) April-"Pengalaman Merawat 17 - Sakit Kepala" - link
10) April-"Pengalaman Merawat 18 - Berlembutlah" - link
11) May-"Pengalaman Merawat 19 - Koma" - link
12) June-"Pengalaman Merawat 20 - Jin Sihir Kena Paksa" - link
13) June-"Pengalaman Merawat 21 - Merawat Migraine Dengan TB3" - link
14) June-"Pengalaman Merawat 22 - Jin Saka Tukang Urut 1" - link
15) June-"Pengalaman Merawat 23 - Jin-jin Saka Tukang Urut 2" - link
16) July-"Pengalaman Merawat 24 - Jin Resdung" - link
17) August-"Pengalaman Merawat 25 - Jin Barah" - link
18) September-"Pengalaman Merawat 26 - Makanan Sunnah" - link
19) October-"PM 27 - Sila Pindah Tuanku" - link

2010
1) January-"Pengalaman Merawat 28 - Lesbian" - link
2) May-"Pengalaman Merawat 29" - link
3) May-"Pengalaman Merawat 30 - Isu Boleh Nampak Jin" - link

InsyaAllah, para pembaca bolehlah membaca siri tulisan "Pengalaman Merawat" di website Akrine Kuang (www.akrine.blogspot.com). Kesemua siri 1 hingga 30 ini saya hadiahkan khusus buat guru saya dan siri berikutnya akan terus bersambung di blog ini dengan tajuk "Pengalaman Muallij".

Friday, June 4, 2010

Renungan - Nikmat

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. memberi orang-orang tertentu dengan nikmat-nikmat, supaya mereka dapat memberi manafaat kepada orang lain dan Allah s.w.t. mengekalkan nikmat tersebut selagimana mereka memberi manafaat kepada orang lain, tetapi apabila mereka berhenti daripada memberi manafaat kepada orang, Allah s.w.t. akan menarik nikmat-nikmat itu kembali dan memberikannya kepada orang lain. (HR Tabrani, Hulyatul Auliya dan Jamius Saghir)

Allah s.w.t. berfirman:
Dan sesungguhnya, Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman. (An Naml ayat 15)

Thursday, June 3, 2010

Assalamualaikum Semua...

Siang tadi saya ke SSM untuk pendaftaran Urban Muallij.

Pada mulanya kesemua nama-nama yang dicadangkan ditolak, katanya tidak boleh ada combination of bahasa yang tidak difahami. Saya kata apasal nama seperti Genius Aulad atau Little Khalifah boleh? Lepas tu barulah mereka question apa makna 'Muallij'. Penjelasan yang saya buat diterima baik oleh Pegawai Khidmat Pelanggan dengan syarat saya meletakkan perkataan 'enterprise' di akhirnya.

Syukur...akhirnya nama 'Urban Muallij Enterprise' didaftarkan.

Semoga semuanya merupakan permulaan yang baik buat saya.