Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Sabtu, 19 Jun 2010

Botolku Pecah Lagi


Petang ini satu lagi botol yang digunakan dalam rawatan dipecahkan jin. Kali ini disebabkan oleh jin saka si isteri yang amat-amat bengang dengan si suaminya.
Apa sahaja barang yang ada berdekatan beliau dicapai dan dibaling kepada si suami, termasuklah botol ini. Nasib baik tiada siapa yang cedera dalam kejadian tersebut.
Saya yang berada di bahagian kepalanya pula langsung tidak dimarahi walaupun pada ketika itu saya sedang khusyuk membacakan ayat-ayat ruqyah. Dan sebenarnya diketahui jin ini amat-amat mengenali dan menghormati saya tetapi amat beremosi apabila berdepan dengan si suami.
Ada lagi satu kejadian botol pecah yang berlaku tahun lepas, sehingga menyebabkan saya cedera akibat jin sihir. InsyaAllah akan saya ceritakan sedikit masa lagi.

6 ulasan:

Urban Muallij berkata...

Kepada rakan-rakan sahabat perawat:
Berhati-hati lah bila menggunakan botol. "Safety First!"

zt berkata...

subhanaAllah..apa khbar sekarang?masih terasa sakit dan kebas? smga beroleh kesejahteraan dan kembali seperti sediakala..mudah2an Allah mmpermudahkan segalanya..

Urban Muallij berkata...

Alhamdulillah semuanya ok.
Terima kasih, zt.

zt berkata...

sama2...

Tanpa Nama berkata...

So sorry...nnti cari botol tuk ganti tp tk jumpa lage...
Hanya percaya pd Utz UM, Zed & Hj Mahin...Good luck to all of u...

Urban Muallij berkata...

Terima kasih.