Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Ahad, 27 Jun 2010

Kaedah Mandian - Garam

Puan N juga dimandikan dengan kaedah mandian air garam.

Perkara-perkara yang diperlukan:
1) Garam kasar 5-10 kilogram.
2) Air mineral yang telah diruqyahkan.
3) Kolam/basin besar/bath tub.

Cara-caranya:

1) Gaulkan atau mesrakan air ruqyah dengan garam kasar.


2) Masukkan garam kasar dan penuhkan air paip ke dalam kolam/basin/bath tub sekadar untuk pesakit boleh berendam di dalamnya.


3) Pesakit masuk dan berendam di dalam bekas tersebut sambil menggosok-gosok keseluruhan tubuhnya terutamanya bahagian-bahagian yang bermasalah.

Puan N mendapati buih-buih muncul cuma pada bahagian-bahagian yang bermasalah. Katanya, kelihatan juga buih yang keluar dari badan seperti buih oksigen yang dipasang pada akuarium.

Gambar di bawah adalah gambar buih yang masih kelihatan selepas mandian tersebut.


Hasilnya:
Setelah kedua kaedah mandian serta makanan sunnah yang dilakukan ke atas Puan N, beliau pulih sepenuhnya, sudah boleh bangun dan berjalan serta boleh menikmati makanan. Alhamdulillah.

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah boleh dijadikan panduan untuk amalan sendiri...

Tanpa Nama berkata...

kena masuk dalam besen tu ke? kalu curah terus ke badan?

Urban Muallij berkata...

Kena berendam dan guna gayung untuk siram air kat kepala. Jangan lupa gosok-gosok keseluruhan anggota badan.