Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Jumaat, 25 Jun 2010

Kaedah Mandian - Limau Purut DIY

Sepanjang hampir seminggu Puan N di kuarantin di rumah saya, tidak ada sebarang rawatan formal yang saya lakukan ke atas beliau. Saya memberi sepenuh fokus kepada kaedah mandian dan juga makanan sunnah.

Kebetulan pula Encik KS dari Subang Jaya amat bermurah hati memberikan saya sejumlah limau purut yang dipetik dari kebunnya, saya telah mencuba kaedah penyediaan mandian limau purut seperti berikut:

Bahan-bahan:
1) 9 biji limau purut.
2) 1.5 liter air mineral water yang telah diruqyah.

Kaedah:
1) Limau purut dipotong dan dibuang bijinya.


2) Limau purut (tanpa biji) di kisar menggunakan air mineral yang telah diruqyah.


3) Limau purut yang telah dikisar ditapis bagi mendapatkan airnya.


4) Air perahan limau purut + air mineral (ruqyah) dibotolkan.


Tatacara:
1) Waktu mandi: selepas Asar dan sebelum Maghrib.

Kaedah mandian:
1) Bersihkan badan seperti mandian harian.
2) Ambil sedikit ekstrak limau purut dicampurkan dengan air biasa.
3) Jadikan ia bilasan terakhir (badan tidak dilap).

Sebotol 1.5 liter ekstrak limau purut DIY ini boleh digunakan selama 7-9 kali/hari mandian.

Selamat mencuba!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mandi kan saya ehhhh!!!

zt berkata...

nampak mudah..
boleh ustaz paparkan nanti ayat rukyah tu utk kami pelajari dan amalkan..
terima kasih atas sharing ilmu yang ada...

Urban Muallij berkata...

Penyediaan mandian adalah secara DIY, mandi pun DIY la ye.

Urban Muallij berkata...

ZT sila email saya dan nanti saya emailkan permintaan itu insyaAllah.

Urban Muallij berkata...

Lupa nak infokan kepada pembaca:
Sila simpan ekstrak limau purut tu dalam peti ais dan labelkan. Kalau tidak dilabelkan takut nanti ada orang terminum :)