Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Saturday, June 12, 2010

Pengalaman Muallij 31 - Jin pun Ponteng

"Faizal mana?" saya bertanya kepada salah seorang rakannya apabila saya tidak menemuinya sejak 2 - 3 hari kebelakangan ini.

"Dia balik kampung la ustaz." Jawab Hafiz. "Apasal tetiba dia balik kampung?" tanya saya balik.

"Entah la ustaz. Katanya ibunya mahu bawa dia pergi berubat."

Jawapan itu membuatkan saya mendiamkan diri kerana saya amat-amat mengenali dan mengetahui masalah Faizal. Beliau 'bersaka' dan memiliki kemampuan melihat alam jin.

Setelah 1 minggu berlalu, saya kemudian bertemu Faizal.

Faizal: "Assalamualaikum ustaz."
Saya: "Waalaikumsalam. Ha, kemana kamu seminggu ni?"
Faizal: "Ibu bawa saya berubat."
Saya: "Habis macamana kamu lepas pergi berubat? Masih nampak jin?"
Faizal: (Mengangguk-angguk kepala)
Saya: "La, saya ingatkan semua saka kamu dah dikeluarkan."
Faizal: "Tak ustaz...tak dikeluarkan pun."
Saya: "Abis tu buat apa pergi berubat?"
Faizal: (Mengangkat kedua-dua bahu tanda 'tidak tahu')
Saya: "Apa yang orang tu buat?"
Faizal: "Dia bagi benang, saya pakai kat pinggang."
Saya: "Ini perbuatan syirik. Lebih baik kamu tanggalkan benang tu segera."
Faizal: (Kelihatan bingung)

Saya meninggalkannya kerana saya pasti dia agak tertekan dengan arahan tersebut, iaitu arahan yang datang dari ustaznya dan juga arahan dari ibunya. Dia dilema.

Selang beberapa hari selepas itu saya menemuinya kembali.

Saya: "Masih pakai tangkal?"
Faizal: "Dah buang ustaz, saya potong sendiri."
Saya: "Kenapa?"
Faizal: "Saya nampak jin benang tu datang jenguk saya."
Saya: "Maknanya kalau kamu dah tanggalkan benda tu, jin benang tu dah tak ikut la?"
Faizal: "Tak."
Saya: "Selalu ke dia ikut kamu?"
Faizal: "Tak. Dia datang jenguk sekejap je. Rasanya baru 3 kali.
Saya: "Hish, teruk betul jin tu. Tuan dia suruh dia jaga betul-betul tapi dia asyik ponteng je. Apa punya jin daa..."
Faizal: (Senyum dan ketawa)

2 comments:

Anonymous said...

Salam.. Apa seterusnya blaku pada Faizal? Ustaz sudah merawatnya?

Urban Muallij said...

Waalaikumsalam,
Faizal masih dapat melihat alam ghaib. Sehingga kini saya tidak merawatnya melainkan ibubapanya menyuruh saya berbuat demikian.