Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~

~.~

~.~

Saturday, June 19, 2010

Pengalaman Muallij 32 - Cedera


Puan N mempunyai pertalian persaudaraan dengan saya. Entah macam mana, ditakdirkan Allah, beliau yang saya rawat berdasarkan hanya simtom seperti lebam-lebam serta rasa lenguh-lenguh di bahagian kaki akhirnya mengesahkan bahawa beliau telah sekian lama disihir.

Puan N tidak langsung mengesyaki apa-apa walaupun bisnes yang beliau bina sejak beberapa tahun yang lalu telah jatuh menyembah bumi dalam sekelip mata.

Kelahiran dua anak lelaki kembarnya telah sedikit sebanyak menambah kesulitan yang dialaminya akibat gangguan sihir ini. Serangan sihir yang bertalu-talu dilakukan oleh tetangga terdekat telah menyebabkan beliau hidup merana.

Pada suatu hari saya diminta untuk merawat di rumahnya. Teknik dan cara rawatan adalah seperti biasa cuma malam ini saya diuji dengan kecederaan. Dialog melalui kaki telah memperlihatkan bahawa jin-jin setuju untuk dikeluarkan dan memasuki botol, tapi sebenarnya ianya adalah muslihat untuk mencederakan saya.

Saya memegang botol menggunakan tangan kiri sambil tangan kanan saya melakukan gaya tari dari atas ke bawah kaki. Tidak semena-mena kaki tersebut diangkat tinggi dan menghempas botol tersebut dan mencederakan jari hantu saya. Darah menitis dengan lajunya...seperti air paip. Beliau merasuk dan jin-jin mula mengetawakan saya.

Anak Puan N memberikan saya kain napkin untuk membalut luka tersebut. Saya meneruskan rawatan dengan menggunakan sebelah tangan menyembelih jin-jin tersebut, tapi apakan daya, mereka (jin-jin) adalah dalam kuantiti yang sangat ramai. Saya menelefon Ustaz Zed bagi mendapatkan sedikit nasihat. Saya masih mengingati kata-kata beliau menyuruh saya menghentikan rawatan..."Marzuki, berhenti...tamatkan rawatan, tamatkan rawatan...". Beliau mengulangi perkataan itu beberapa kali sehinggalah saya akur dan menamatkan rawatan tersebut.

Saya kemudiannya bergegas ke klinik dan doktor mengatakan bahawa luka itu agak dalam dan serius tapi dia tidak menjahitnya dan cuma meletakkan bandage. Saya kemudian dikehendaki datang semula ke klinik untuk follow up.

Sehingga kini, luka tersebut meninggalkan kesan parut dan sedikit rasa kebas.

No comments: