Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Rabu, 23 Jun 2010

Pengalaman Muallij 33 - Tetamu Tak Diundang

Seperti biasa saya melaksanakan 3 tugasan khidmat rawatan di sebelah paginya sehinggalah ke waktu Zohor. Pulang ke rumah saya makan tengahari dan kami sekeluarga bersiap-siap untuk mengambil Puan N (sedara saya sebagaimana diceritakan dalam tulisan lepas, "PM32 - Cedera") di KL. Beliau diserang lagi malam tadi sehingga keadaan dirinya amat-amat teruk.

Sedang kami sibuk bersiap-siap, tiba-tiba kedengaran suara pesakit yang saya ceritakan dalam tulisan lepas, "botolku pecah lagi" memanggil-manggil nama isteri saya. Saya buka pintu, dia terus bergegas masuk dan duduk di ruang tamu rumah saya sambil menangis teresak-esak. Bila saya lihat dia dalam keadaan begitu, tahulah saya bahawa dia sedang kerasukan.

Saya: "Kenapa ni?"
Jin: "Suami dia nak bunuh saya ustaz, dia bawak orang jahat nak bunuh saya."
Saya: "Habis tu engkau campur tangan urusan manusia, memang la engkau patut menerima balasannya."
Jin: "Saya memang nak keluar ustaz, tapi bukan dengan cara ni. Tadi dia (Puan A) dah lafaz putuskan hubungan dengan saya dan saya dah janji akan keluar dan tak akan campur tangan lagi urusan manusia. Betul ustaz...saya tak tipu. Ustaz pun kenal saya kan? Demi Allah saya akan keluar."

Kemudian kelihatan suaminya bersama seorang lelaki (perawat) datang ke rumah saya.

Suaminya mula memberi penjelasan. Katanya dia bersama Puan A bermalam di sebuah hotel kerana mereka tidak boleh pulang ke rumah sebab Puan A ketakutan dan sering kerasukan. Sebelah paginya dia mengundang seorang perawat untuk merawat Puan A di hotel tersebut. Selepas sesi rawatan di hotel tersebut, perawat tersebut bersetuju untuk membawa Puan A pulang ke rumah bagi menyelesaikan masalah di rumahnya. Semasa perjalanan menghampiri rumahnya, Puan A tiba-tiba terjun dari kenderaan dan terus bergegas ke rumah saya.

Disebabkan Puan A (jin), suaminya dan perawat tersebut berada di rumah saya, jadi saya lah orang yang lebih layak untuk membuat keputusan. Akhirnya kami bersetuju yang perawat tersebut akan menghentikan rawatannya dan menyerahkan Puan A (jin) itu kepada saya.

Saya: "Ok jin, kau dah dengar dan faham kan? Disebabkan kami tak mahu Puan A dimalukan oleh kamu di kampung ni, sekarang engkau tidak akan dibawa pulang ke rumahnya. Besok saya akan ikhtiar untuk lakukan pembersihan di rumah Puan A. Malam esok engkau kena balik rumah."
Jin: "Ok saya faham ustaz."
Saya: "Lepas ni kamu kena kotakan janji kamu tu."
Jin: "Baik ustaz. Saya faham, demi Allah saya akan kotakan janji saya."

Apabila Jin yang tegar macam ni ketakutan, memang amat sukar untuk kita sedarkan pesakit. Bila saya kata, kami dah kesuntukan masa sebab nak ke KL, jin itu masih tidak mahu berganjak dari rumah saya. Akhirnya suaminya memberi pinjam kereta MPV nya supaya kami sekeluarga dapat bawa Puan A (jin) bersama-sama kami ke KL.

Di dalam perjalanan kami banyak mendengar celoteh rintihan jin tersebut. Tiba di KL Puan A (jin) mula memberikan pendapat tentang keadaan rumah Puan N dan apa sahaja pandangan alam ghaib yang dilihatnya. Melihatkan keadaan Puan N yang agak kritikal, saya kemudiannya membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah saya.

Kami bergegas pulang dan tiba di rumah pada waktu maghrib. Puan A agak ok selepas solat maghrib, dia menelefon suaminya yang kemudian datang untuk mengambilnya pulang.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

2 ulasan:

jakionline inc berkata...

mudah2an ALLAH mmpermudahkan segala kerja rawatan ust ..
doakan juga untuk anak2 saya ust.

Urban Muallij berkata...

Terima kasih jakionline inc.
InsyaAllah saya doakan. Amin.