Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Sabtu, 10 Julai 2010

Pengalaman Muallij 35 - Atuk dan Nenek

Disebalik tingkap bilik rawatan saya sentiasa tidak sabar menunggu ketibaan atuk dan nenek. Langsir tingkap saya selak beberapa kali apabila terdengar bunyi kenderaan. Yang pastinya apabila kedengaran bunyi enjin yang jelas berdekatan pintu rawatan, itulah tanda hadirnya pasangan ini. Dan sudah pasti akan kedengaran suara lelaki muda, cucu nenek dan atuk, Syam namanya mengetuk pintu dan memberi salam.

Beberapa minit kemudian akan muncul kelibat nenek dan atuk masing-masing menggunakan tongkat, berjalan perlahan-lahan memasuki bilik rawatan.

Suatu masa dulu nenek merupakan seorang wanita cantik yang digilai ramai jejaka. Nenek akhirnya memilih atuk untuk dikahwini semasa nenek berusia 15 tahun dan atuk berusia 20 tahun. Masa berlalu begitu pantas dan kini nenek berusia 83 tahun sedangkan atuk berusia 88 tahun.

Saya sedih bila melihat nenek. Keluh sakit dan resah bagaikan seiring dengan hembusan nafasnya semenjak hari perkahwinannya lagi. Nenek disihir sekian lama. Majlis perkahwinan nenek dan atuk huru hara akibat permainan sihir jejaka-jejaka yang cemburu dengan perkahwinan tersebut. Walaupun masakan kenduri tidak mendidih, nenek berguling-guling kesakitan, pasangan ini tabah mengharunginya dan akhirnya mereka berjaya diijabkabulkan.

Permainan sihir tidak berakhir pada hari perkahwinan sahaja. Pasangan ini membawa sihir ini kemana-mana mereka pergi. Katanya, kalau ziarah rumah orang, pasti air minuman yang nak dijamu kepada mereka tidak akan mendidih dan pelbagai masalah timbul kepada tuan rumah.

Semasa rawatan, nenek mudah kerasukan. Disebabkan fizikalnya yang lemah, beliau terpaksa didokong dan diusung oleh cucunya Syam apabila tamat rawatan. Pernah suatu ketika, nenek seperti tidak bernyawa selama 30 saat yang menyebabkan kami panik dan gelabah sehingggakan Syam terpaksa memeriksa nadi dan nafasnya yang terhenti.

Sihir hari perkahwinan ini berlanjutan sekian lama. Nenek pernah mengeluh tentang nasib para jejaka penyihir yang katanya semuanya sudah meninggal dunia. Sebaliknya dia, mangsa sihir masih hidup, dipanjangkan umurnya...walaupun dalam derita.

Atuk amat-amat menyayangi nenek. Saya amati beliau sering dilihat memegang erat tangan nenek apabila nenek mengerang kesakitan ketika rawatan. Sering juga kedengaran doa-doa yang dibacakan secara perlahan yang khususnya ditujukan kepada nenek. Pandangan matanya tidak pernah beralih arah daripada menatapi wajah nenek.

Atuk susah payah mencari perawat. Katanya dah ramai bomoh yang dia dah jumpa dan dia tak pernah mendatangi perawat Islam seperti saya. Saya cuba sedaya upaya mengalihkan percakapan tentang perawat Islam kerana seringkali isu ini disentuh, saya lihat riak wajah atuk berubah. Dia kesal dengan kesilapan lalu.

Saya sedih melihat mereka. Saya telah mencuba sedaya upaya. Allah belum memakbulkan doa kami. Saya harap atuk dan nenek akan terus tabah meneruskan sisa-sisa kehidupan ini.


*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

7 ulasan:

syafiqah berkata...

touchingnya story ni...

Schanizan berkata...

Ya. Saya pun cukup tersentuh membaca kisah ini. Semoga Allah mengurniakan pertolonganNya.

zt berkata...

Penulisan yang puitis, linguistik dan wacana bahasa yang berseni...sangat memberikan kesan ditambah pula dengan keadaan sepasang suami isteri yang boleh saya labelkan sebagai pasangan tanah kubur atau dapat tua bersama...

sampai ke hujung nyawa nenek ini, itulah penderitaan yang terpaksa dilalui bsama suami tercinta..smga mereka di tempatkan dikalangan mereka yang dibawah rahmat Allah swt..

muallij masih melakukan rutin rawatan dengan nenek ni ? berapa kerap? agaknya, apa yang berlaku ke atasnya seolah dendam pelaku hingga ke akhir nyawa nenek ni...subhanaAllah...

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz, imej di bahgian kiri semua kecik(thumbnail) sahaja. macammana nak besarkan?

Tanpa Nama berkata...

MasyaALLAH. Moga2 atuk dan nenek dimasukkan ke dalam golongan orang2yang diDEKATkan.

Didoakan semoga ustaz dikurniakan kekuatan utk merawat atuk dan nenek.

Urban Muallij berkata...

Imej-imej tersebut telah diletakkan di google docs. Sekarang anda cuma perlu click untuk besarkan dan print.

syafiqah berkata...

alaaaaa...bila nk update..xsabar nk baca lg..