Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~

~.~

~.~

Monday, July 19, 2010

Pengalaman Muallij 37 - Sihir Auto-Reload

Encik MRR cuma menyedari bahawa dia bersaka. Dan dia juga mengetahui bahawa jin sakanya telah menjadi jin asyik yang mencintai dia dan telah mengganggu rumahtangganya. Tetapi rawatan kali ini telah menemui sesuatu yang belum beliau ketahui...beliau juga disihir.

Sihir ini bukan sahaja ditujukan kepada Encik MRR, malah kesemua adik beradiknya telah dikenakan dengan sihir yang sama.

Walaupun sihir ini bersifat 'auto reload', namun jin-jin sihir ini adalah kesemuanya jin-jin yang dipaksa dan diikat. Jika jin-jin adalah kategori 'dipaksa', maka rawatan akan jadi mudah sebab kita cuma perlu bukakan ikatan dan mereka akan bertempiaran lari menyelamatkan diri. Malah mereka juga berterima kasih sebab kita melepaskan mereka dari diperhambakan tukang sihir.

Apa yang dipaparkan dalam video adalah kaedah dialog pergerakan kaki. Di sebelah kaki kanan adalah merupakan 'jin saka cum jin asyik' dan di sebelah kaki kiri adalah jin-jin sihir. Encik MRR saban hari mendapati kakinya bergerak sendiri sehinggalah beliau menghantar SMS berikut:

"Assalamualaikum sahabat! Syukran dah tak ada auto refill@top-up jin sihir rasanya, tunggu perubahan kaki kakak dan abang nanti saya info, dah ajak abang untuk jumpa sahabat tapi dia tak mahu lagi!"

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah swt*

video

6 comments:

Anonymous said...

Salam,
Knp saya x leh nak dengar suara Ustaz yek?? saya jd berdebar2....
saya x sker ngan keadaan mcmni...

syafiqah said...

masa rawatan ni pesakit sedar ke?

syafiqah said...

anonymous..awak betul2 berdebar atau awak yg mencipta debaran tu dlm fikiran awk?

Urban Muallij said...

Syafiqah,
Pesakit sedar semasa rawatan.

Anonymous said...

Salam Syafiqah...
Saya mmg betul2 berdebar.. & buat ape saya nak mencipta debaran tu dlm fikiran saya?? ader faedahnyer ker??
Tp itulah hakikatnyer...bile saya dgr suara ustaz saya trus berdebar & takut...

syafiqah said...

maaf ye anonymous..

apabila sesuatu perkara tu berlaku ia adalah apa yg manusia itu fikirkan..

contohnya, awak takut dgn ular, awak akan mencipta ketakutan itu dlm diri awk n bila ternampak ular atau gmbar atau apa2 je yg berkaitan ular awak akan takut kerana itu yg awak simpan dlm minda awk..

mungkin!

tp sy pun berdebar2 jgk masa tgk video ni..hahaha..=P