Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Saturday, July 24, 2010

Pengalaman Muallij 38 - Luka


Puan J datang bersama suami dan anak-anaknya. Puan J pernah dirawat oleh seorang perawat lain. Katanya masalah saka adalah yang paling jelas mengganggu kesihatan Puan J. Bila saya rawat, saya mendapati bahawa bukan hanya saka, tapi punca sebenar masalah kesihatan Puan J adalah sihir.

Malam tadi adalah rawatan kali yang kedua. Apabila saya mendapati bahawa sihir adalah punca permasalahan tersebut, maka keutamaan dalam rawatan adalah mencari barang sihir.

Saya telah mengarahkan kesemua jin-jin sihir supaya berkumpul di tangan kanan Puan J. Pada mulanya pergerakan tangan menjadi susah sebab tangannya menjadi terlalu berat. Saya kemudiannya mengarahkan cuma 1 jin sahaja berada di tangan dan yang lain turun ke kaki.

Tangan Puan J mula bergerak-gerak mencari dan mengutip barang sihir yang kemudiannya dipindah dan dibakar pada tangan kiri. Apabila Puan J agak keletihan saya mula menolong untuk mengumpulkan barang sihir ke tangan kanan Puan J. Tiba-tiba Puan J seperti terkejut dan mula merenung pada pergelangan tangan kirinya. Kelihatan luka kecil, 2 titik dan 1 garis memanjang. Darah mula keluar perlahan-lahan.

Apabila darah yang keluar itu agak reda. Saya suruh Puan J menggantung kedua tangannya ke depan dan mengarahkan supaya kesemua jin sihir berada di tangan kanan dan kesemua jin saka berada di tangan kiri. Apabila saya doa, "Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami dengan memberi bebanan kepada mana-mana tangan, angkara perbuatan siapakah luka ini?". Kelihatan tangan kanan mula memberat dan jatuh ke bawah.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

3 comments:

Anonymous said...

ini rawatan yang ke berapa dengan ustaz?

Anonymous said...

alhamdulillah semuanya dengan izin Allah, yang mengurniakan kasih dan sayangnya ke atas hamba manusia..berkat tidak akan berputus asa saya dan keluarga akan terus serius menentang makhluk yang terkutuk ini iaitu syaitan yang durjana yang telah memporakperandakan keluarga saya..mudah-mudahan Allah memberi kerahmatan & kesihatan yang baik buat Ustaz Marzuki dan keluarga serta seluruh warga Darul Tahfiz Ummul Qura semoga kasih sayang antara sesama kita sentiasa berada di dalam naungan Allah..

Urban Muallij said...

Ini rawatan ke-2.