Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Khamis, 29 Julai 2010

Pengalaman Muallij 39 - Bibik Berisi


Pada mulanya saya tidak begitu endah tentang isu ‘bibik berisi’ ni. Tapi setelah saya sendiri telah menerima serangan dari jin yang berasal dari negara jiran ni, saya rasa ada baiknya saya menulis serba sedikit tentang isu ini.

Salah seorang pesakit saya (Encik B) mengadu masalah anaknya (Ali) memberontak dan tidak mahu ke sekolah. Bila dirawat, selain dari masalah saka saya dapati ada sihir yang dikenakan oleh suami kepada bekas bibiknya (Alia). Menurut Encik B, Alia mempunyai perwatakan yang sangat baik. Tetapi mungkin semuanya disebabkan suami Alia tak tahan mendengar pengaduan isterinya tentang sikap ‘membuli’ Ali.

Satu lagi kes lain melibatkan rakan saya sendiri (Halim). Semuanya bermula apabila Halim mula mengalami pelbagai masalah dalam rumahtangganya sejak kebelakangan ini. Masalah sakit-sakit badan dan rasa kurang selesa apabila berada di rumah adalah perkara biasa yang dialaminya saban hari. Cuma dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak baik berlaku dalam keluarganya apabila berlaku perubahan yang amat ketara terhadap perangai anak-anaknya. Anak lelakinya mula tidak mendengar kata dan anak kecilnya sering kemalangan.

Apa yang berlaku kepada anak kecilnya (Hafiz) amat-amat membimbangkan kerana setiap kali kemalangan, ianya akan melibatkan luka pada bahagian muka sahaja.

Pada suatu hari ketika Halim masih di pejabat, isterinya menelefon kerana ingin memberitahunya tentang kemalangan yang berlaku kepada Hafiz. Isterinya mengambil beberapa photo untuk ditunjukkan kepada Halim setelah dia pulang kerja nanti. Si isteri mula hairan kerana setiap kali dia ‘snap’ muka Hafiz, photo akan bertukar jadi putih. Dia mencuba beberapa kali tetapi tidak berjaya, sehinggalah dia putus asa.

(Di bawah adalah beberapa photo yang diberikan kepada saya)

Suatu hari Halim dan isteri telah datang untuk rawatan. Hasil dari ‘dialog kaki’ menunjukkan bahawa apa yang berlaku ada kaitan dengan bibik. Apabila mereka ‘flashback’, barulah mereka teringat yang Hafiz sering dihembus-hembus oleh bibik pada bahagian muka jika dia menangis bagi meredakan tangisannya.

‘Dialog kaki’ juga mengatakan bahawa sakit-sakit di bahagian belakang isterinya berpunca dari salah seorang bibik jirannya yang selalu ditumpang di rumah mereka bila jirannya ‘outstation’.

Hasil dari kajian yang dilakukan terdapat beberapa factor yang menyumbang kepada permasalahan ini:

1) Bibik ber’saka’/ber’asyik’. Jin saka/asyik bibik buat hal.

2) Bibik menggunakan ‘mentera’ bagi memudahkan urusan.

3) Bibik ‘clean’ tetapi dibekalkan jin oleh orang kampong tanpa disedarinya.

4) Bibik ‘bermasalah’ kerana disihir seseorang.

5) Bibik ‘tidak bermasalah’ tetapi orang lain campur tangan seperti cerita di atas.

6) Bibik dendam kerana majikan KEJAM.

Perlu saya tekankan di sini bahawa tidak semua bibik bermasalah. Ada kalanya majikan yang menjadi punca segala permasalahan. Kepada semua majikan, berhemahlah dalam hal pentadbiran rumahtangga anda. Jika anda mendapati permasalahan yang timbul berpunca dari kehadiran bibik di rumah anda, maka bawalah dia untuk dirawat.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Imej belakang (kakak Hafiz) nampak jelas.

Imej belakang juga nampak jelas.

Ada sesuatu yang menghalang wajah Hafiz.

Apakah yang menghalang?

Gambar darah. Nampak?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat malam..salam

saya sudah beberapa kali mendengar masalah bibik seperti ini dikalangan rakan sekerja.terutama bibik dr negera seberang..alhamdulillah buat masa ini saya belum memerlukan khidmat bibik ..buat sekadar yang termampu tugas2 di rumah..

anak2 ni, orang yang menjaga mereka tu pun sudah dikira sebagai rezeki mereka juga...jika baik , baik lah dijaganya...jika sebaliknya....seperti inilah...mudah2an , keadaan mereka sekeluarga dapat dipulihkan.

zt berkata...

salam...

memang benar ada antara majikan yg tidak serasi dgn pembantu rumah dan sebaliknya. moga2 dijauhkan sifat yang tidak sepatutnya di kalangan majikan dan pembantu rumah seperti menyisihkan pembantu kerana sombong, kikir dalam hal kebajikan dan makan minum, dan mengkhianati pembantu dalam apa jua bentuk.

perlu ada keserasian antara kedua mereka dan keselesaan hidup dan dihindarkan dari mana-mana pihak yang khianat dan mengkhianati. Lapangkan dada semua supaya urusan dipermudahkan...takut pun ada bila lihat photos ni..


ada terbaca : Rasulullah SAW, memberi contoh bagaimana berperilaku terhadap pembantu rumah tangga. Anas bin Malik menceritakan, selama sepuluh tahun menjadi pembantu di rumah Rasulullah SAW belum pernah dikasari. Apakah itu dengan perkataan ataupun tindakan. Bahkan, ia belum pernah mendengar Rasulullah SAW menegurnya, ''Mengapa kamu melakukan ini?'' (HR Muslim).

Tanpa Nama berkata...

pengalaman saya ketika ada bibik dulu. saya pernah terserempak bibik mengambil sesudu gula, kemudian dia bakar gula bersama sudu tu atas api (dapur gas) dgn letak gambar suami dia atas sudu tu pula..spt gambar tu rasa bahang gula tu. saya pelik sb tegh2 mlm buat mcm tu. terus saya tegur..dan stopkan perbuatannya tu.
saya ingin bertanya satu kemusykilan..adakah ubat pengasih yg sesetengah wanita gunakan utk memikat supaya semua orang sukakan dia tak kira lelaki atau perempuan tu boleh beri kesan bahaya pd orang yang terkena, walaupun org tu juga wanita...saya pernah alaminya..bila baca tanda2 dlm jaga dan tidur, saya ada..malah terjaga tgh malm pun terasa rindu amat sgt...walhal dia wanita saya juga wanita. selain dr solat2 dan doa, saya juga jauhkan diri dan elak dr bertemu muka dgnnya, Alhamdulillah..kesan tu semakin berkurang dan berkurang..saya tau ada waniat gunakan ubat oengasih agar bisnes berjalan lancar, tp saya pelik kesannya adakah sampai menjadikan wanita lain terindu2kannya..

Urban Muallij berkata...

Salam,
Jika anda ada tanda-tanda gangguan (masa tidur dan jaga), anda perlu dirawat.

Jika pengasih itu bermaksud supaya "semua orang suka" kepadanya maka ia akan melibatkan semua orang samada lelaki ataupun perempuan.

Neeza Shahril berkata...

Gangguan was2 tu datang dari jin juga ke?

Marzuki Ismail berkata...

Gangguan was was memang berkaitan dengan gangguan makhluk halus sebagaimana yang diceritakan dalam surah An-Nas.