Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Wednesday, August 18, 2010

Pengalaman Muallij 41 - Keluar Bilik Tak Tutup Lampu

Akmal seringkali tidak dapat mengawal dirinya, memberontak setiap kali disuruh ibunya untuk ke sekolah agama. Akmal akan bertindak ganas dan mengamuk jika dirinya dipaksa berbuat demikian.

Akmal berupaya melihat alam ghaib. Setiap kali sesi rawatan, bila jin-jin dikeluarkan dari tubuh Akmal, 'visual' alam ghaibnya akan secara automatik tertutup dan beliau akan pulih seperti sediakala. Rawatan kali pertama menyelesaikan masalah puluhan jin kanak-kanak yang mendiami tubuhnya. Rawatan kali kedua pula menyelesaikan masalah perpindahan perkampungan jin berhampiran rumahnya ke Darul Islah.

Rawatan kali ini menemukan saya dengan jin (Jin A) yang menjadi kawan rapat Akmal yang melarikan diri dalam rawatan-rawatan sebelumnya. Rupanya Jin A lah yang memainkan peranan mengajak mana-mana jin yang berkeliaran untuk mendiami tubuh Akmal. Tetapi dalam sesi ini saya agak terkejut kerana walaupun kesemua jin telah dikeluarkan tetapi 'visual' alam ghaib Akmal masih aktif seperti biasa.

Jin A adalah yang terakhir saya tarik masuk botol;

Akmal: "Dah keluar ustaz."
Saya: "Aik? Macamana kamu tahu?"
Akmal: "Tu, (tunding jari ke botol) saya nampak dia (Jin A) dalam botol."
Saya: "Mana boleh macam tu Akmal. Sepatutnya Akmal dah tak mampu melihat jin sebab dia (Jin A) adalah yang terakhir saya tarik keluar."
Akmal: "Mana la saya tahu ustaz...saya masih dapat lihat dia."
Saya: "Bangun jap. (Saya suruh Akmal bangun dan menghadapkan mukanya ke tingkap bilik rawatan supaya dia dapat melihat ke luar). Nampak jin kat luar tak?"
Akmal: (Mengangguk-angguk...tandanya 'visual' alam ghaibnya masih terbuka).
Saya: "Ok kalau macam tu, sekarang saya hantar Jin A ke Darul Islah." (Bimbang mungkin dengan kehadiran Jin A berhampiran Akmal telah menyebabkan 'visual' alam ghaibnya masih terbuka.)
Akmal: (Masih mengangguk-angguk)

Akmal yang masih dalam posisi yang sama. Saya menyuruhnya menutup mata sambil saya membacakan surah Yaasin:9 kemudian dihembuskan ke telapak tangan saya lalu ditekup ke mata, telinga dan dada beliau. Kemudian saya bacakan surah al-An'am:103 dan ditiupkan ke ubun-ubun kepalanya.

Saya: "Akmal, sekarang buka mata."
Akmal: (Terpinga-pinga melihat ke kiri dan kanan). "Dah tak nampak..."

Ibubapa Akmal sibuk bertanya saya, "ustaz, kenapa boleh jadi macam tu...?".

Saya: "Hmmm...Jin tu masuk badan Akmal dan buka lampu, pastu dia keluar tanpa tutup lampu. Saya dah tolong tutup lampu tu..."

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Pengalaman Muallij 40 - Inai Merah Di Jari

Puan Y datang bersama rakan-rakannya. Puan Y 'volunteer' untuk dirawat dahulu kerana katanya dia bermasalah. Bila dirawat, saya dapati dia 'clean'. Tetapi saya perhatikan raut wajahnya menunjukkan ekspresi tidak puas hati.

Saya: "Kamu 'clean'. Tapi saya rasa kamu macam nak beritahu saya sesuatu."
Puan Y: "Ya, ustaz."
Saya: "Ok, tunggu saya selesaikan rawatan untuk rakan-rakan kamu dulu pastu baru kita bincang.
Puan Y: "Ok."

Setelah rawatan untuk rakan-rakannya selesai, Puan Y dipanggil untuk sesi perbincangan.

Puan Y rupanya baru beberapa minggu berkahwin. Tetapi yang mengejutkan saya ialah mereka sudah tinggal berasingan setelah di akad nikahkan.

Puan Y sebenarnya hairan kenapa sebenarnya dia diheret sehingga ke alam perkahwinan padahal dia memang membenci suaminya sejak awal mereka mula-mula berkawan dahulu. Sepanjang perkenalan dia dengan suaminya, dia dapat merasakan seperti 'lembu dicucuk hidung' tetapi seperti tidak ada upaya untuk mengawal keadaan tersebut.

Pernah suatu ketika dulu, Puan Y dengan nekadnya cuba memutuskan pertunangan mereka tetapi tidak berjaya. Ibubapanya sendiri seperti dipukau dan diam seribu bahasa. Sehinggalah dia dan ibubapanya dengan rela hati memaafkan segala perbuatan buruk tunangnya walaupun sebenarnya ianya adalah sukar diterima oleh sesiapa sahaja yang berfikiran waras.

Allah Maha Penyayang segalanya terbongkar sebaik sahaja akad nikah berlangsung. Puan Y menemui beberapa azimat di dalam dompet suaminya. Tidak tahan dengan desakan Puan Y menyebabkan suaminya mengaku tentang permainan kotor yang dilakukan ke atas Puan Y dan ibubapanya. Alasan yang diberikan suaminya ialah dia mahu semahunya memiliki Puan Y dengan apa cara sekali pun.

Puan Y akhirnya nekad meninggalkan suaminya dalam keadaan inai masih merah di jari jemarinya.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Thursday, August 5, 2010

Email Pesakit 1 : Mambang Miang


Assalamualaikum Ustaz Marzuki,

Nama saya xxxxxx, kita ada jumpa hari Isnin, dalam pukul 10 PM. Saya ada bawa kawan saya 2 orang dengan segerombolan jin dan saka. Saya berterima kasih dengan ustaz sebab tolong saya malam tu. Saya rasa lebih tenang.

Saya taktau berapa ramai jin dan saka yang sudah keluar tapi malam yang sama bila balik ke rumah saya tak boleh tidur, macam ada orang yang perhatikan saya sepanjang malam. Saya rasa sunyi sangat. Di kedua-dua kaki saya ada rasa macam ada benda meronta-ronta nak keluar, sama macam keadaan masa ustaz ada baca ayat Quran di depan saya. Saya kebas dan sengal sampai hari ini.

Saya ada mimpi tapi sangat kabur. Saya tak ingat mimpi apa.

Malam tadi, saya kurang takut dari malam pertama balik. Tak banyak bunyi yang menakutkan dan saya boleh tidur nyenyak. Pukul 4 lebih saya terjaga. Saya selawat dan cuba tidur dan masa ni saya mimpi jumpa lelaki comel dari pejabat saya. Lelaki yang sama saya selalu mimpi sebelum-sebelum ni. Encik Mambang tu nampaknya tak keluar pun.

Dalam mimpi dia berjalan ikut saya dari belakang. Saya pusing, nampak dia dan berbual-bual dengan mesra padahal saya tau itu bukan lelaki comel tu. Kami nak ke satu masjid yang bertingkat-tingkat. Yang peliknya di dalam lif masjid tu setiap tingkat ada surau. Agak pelik bagi sebuah masjid. Saya tak ingat apa yang kami bualkan tapi kemudiannya ada babak dia keluar lif dengan kerusi roda. Dia tak boleh gerakkan kaki dia. Kemudian dah tak ada. Ada babak saya tengok gambar keluarga saya. Banyak babak di lif. Saya dah tak ingat sebijik-sebijik apa yang jadi. Rumusannya yang saya tulis ni.

Saya pelik kenapa dia boleh muncul balik dalam mimpi saya. Adakah dia menyorok? Bahayakah? Adakah saya kena datang jumpa ustaz balik? Adakah dia seorang saja atau ada lagi ramai, saya taktau.

Apa pendapat ustaz?

Apa-apa komen ustaz sangat saya hargai. Terima kasih.