Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Rabu, 18 Ogos 2010

Pengalaman Muallij 40 - Inai Merah Di Jari

Puan Y datang bersama rakan-rakannya. Puan Y 'volunteer' untuk dirawat dahulu kerana katanya dia bermasalah. Bila dirawat, saya dapati dia 'clean'. Tetapi saya perhatikan raut wajahnya menunjukkan ekspresi tidak puas hati.

Saya: "Kamu 'clean'. Tapi saya rasa kamu macam nak beritahu saya sesuatu."
Puan Y: "Ya, ustaz."
Saya: "Ok, tunggu saya selesaikan rawatan untuk rakan-rakan kamu dulu pastu baru kita bincang.
Puan Y: "Ok."

Setelah rawatan untuk rakan-rakannya selesai, Puan Y dipanggil untuk sesi perbincangan.

Puan Y rupanya baru beberapa minggu berkahwin. Tetapi yang mengejutkan saya ialah mereka sudah tinggal berasingan setelah di akad nikahkan.

Puan Y sebenarnya hairan kenapa sebenarnya dia diheret sehingga ke alam perkahwinan padahal dia memang membenci suaminya sejak awal mereka mula-mula berkawan dahulu. Sepanjang perkenalan dia dengan suaminya, dia dapat merasakan seperti 'lembu dicucuk hidung' tetapi seperti tidak ada upaya untuk mengawal keadaan tersebut.

Pernah suatu ketika dulu, Puan Y dengan nekadnya cuba memutuskan pertunangan mereka tetapi tidak berjaya. Ibubapanya sendiri seperti dipukau dan diam seribu bahasa. Sehinggalah dia dan ibubapanya dengan rela hati memaafkan segala perbuatan buruk tunangnya walaupun sebenarnya ianya adalah sukar diterima oleh sesiapa sahaja yang berfikiran waras.

Allah Maha Penyayang segalanya terbongkar sebaik sahaja akad nikah berlangsung. Puan Y menemui beberapa azimat di dalam dompet suaminya. Tidak tahan dengan desakan Puan Y menyebabkan suaminya mengaku tentang permainan kotor yang dilakukan ke atas Puan Y dan ibubapanya. Alasan yang diberikan suaminya ialah dia mahu semahunya memiliki Puan Y dengan apa cara sekali pun.

Puan Y akhirnya nekad meninggalkan suaminya dalam keadaan inai masih merah di jari jemarinya.

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Tiada ulasan: