Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Wednesday, August 18, 2010

Pengalaman Muallij 41 - Keluar Bilik Tak Tutup Lampu

Akmal seringkali tidak dapat mengawal dirinya, memberontak setiap kali disuruh ibunya untuk ke sekolah agama. Akmal akan bertindak ganas dan mengamuk jika dirinya dipaksa berbuat demikian.

Akmal berupaya melihat alam ghaib. Setiap kali sesi rawatan, bila jin-jin dikeluarkan dari tubuh Akmal, 'visual' alam ghaibnya akan secara automatik tertutup dan beliau akan pulih seperti sediakala. Rawatan kali pertama menyelesaikan masalah puluhan jin kanak-kanak yang mendiami tubuhnya. Rawatan kali kedua pula menyelesaikan masalah perpindahan perkampungan jin berhampiran rumahnya ke Darul Islah.

Rawatan kali ini menemukan saya dengan jin (Jin A) yang menjadi kawan rapat Akmal yang melarikan diri dalam rawatan-rawatan sebelumnya. Rupanya Jin A lah yang memainkan peranan mengajak mana-mana jin yang berkeliaran untuk mendiami tubuh Akmal. Tetapi dalam sesi ini saya agak terkejut kerana walaupun kesemua jin telah dikeluarkan tetapi 'visual' alam ghaib Akmal masih aktif seperti biasa.

Jin A adalah yang terakhir saya tarik masuk botol;

Akmal: "Dah keluar ustaz."
Saya: "Aik? Macamana kamu tahu?"
Akmal: "Tu, (tunding jari ke botol) saya nampak dia (Jin A) dalam botol."
Saya: "Mana boleh macam tu Akmal. Sepatutnya Akmal dah tak mampu melihat jin sebab dia (Jin A) adalah yang terakhir saya tarik keluar."
Akmal: "Mana la saya tahu ustaz...saya masih dapat lihat dia."
Saya: "Bangun jap. (Saya suruh Akmal bangun dan menghadapkan mukanya ke tingkap bilik rawatan supaya dia dapat melihat ke luar). Nampak jin kat luar tak?"
Akmal: (Mengangguk-angguk...tandanya 'visual' alam ghaibnya masih terbuka).
Saya: "Ok kalau macam tu, sekarang saya hantar Jin A ke Darul Islah." (Bimbang mungkin dengan kehadiran Jin A berhampiran Akmal telah menyebabkan 'visual' alam ghaibnya masih terbuka.)
Akmal: (Masih mengangguk-angguk)

Akmal yang masih dalam posisi yang sama. Saya menyuruhnya menutup mata sambil saya membacakan surah Yaasin:9 kemudian dihembuskan ke telapak tangan saya lalu ditekup ke mata, telinga dan dada beliau. Kemudian saya bacakan surah al-An'am:103 dan ditiupkan ke ubun-ubun kepalanya.

Saya: "Akmal, sekarang buka mata."
Akmal: (Terpinga-pinga melihat ke kiri dan kanan). "Dah tak nampak..."

Ibubapa Akmal sibuk bertanya saya, "ustaz, kenapa boleh jadi macam tu...?".

Saya: "Hmmm...Jin tu masuk badan Akmal dan buka lampu, pastu dia keluar tanpa tutup lampu. Saya dah tolong tutup lampu tu..."

*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

No comments: