
Jumaat, 24 September 2010
Pengalaman Muallij 42 (Part 4) - Kembara Saka dan Ilmu Salah

Saya: "Macamana?"
Fazilah: "Baby masih tak boleh tidur, tapi bila nak datang jumpa ustaz, malam tadi dia dah boleh tidur dah. Saya pulak rasa semacam aje, rasa macam diperhatikan."
Fikri: "Saya pun rasa macam diperhatikan. Pastu ada suatu masa saya bau benda busuk dalam rumah saya."
Saya: "So macamana? Ingin mengembara?"
Fikri: "Jom...(menunjukkan respon yang bersemangat)."
Pengembaraan TKR bermula...
Saya: "Sekarang Fikri lihat baby dan lakukan scan."
Fikri: "Baby nampak ok. (Melakukan gaya scan dan melakukan gaya buang beberapa spot panas pada badan baby)."
Saya: "Ok sekarang sila blok baby."
Fikri: "Ok dah. Sekarang baby duduk dalam belon."
Saya: "Sekarang sila lihat Fazilah."
Fikri: "Fazilah nampak ok. Tak ada apa-apa disekitar dia. Tapi...belon dia macam dah tembus, berlubang-lubang."
Saya: "Cuba tepuk belakang Fazilah."
Fikri: "Ok. (Menepuk dengan kedua tangan)."
Saya: "Ada apa-apa yang keluar?"
Fikri: "Tak ada apa-apa. Saya cuba scan...ha, macam panas kat tulang rusuk kanan. (Fikri terus melakukan gaya tarik dan buang.)"
Saya: "Sekarang kamu cuba lakukan 'compress'."
Fikri: "Baik. (Melakukan gaya 'compress'). Ha, keluar lembaga hitam. Macam kenal lah lembaga ni."
Saya: "Tanya dia."
Fikri: "Kamu siapa?"
Lembaga hitam(melalui Fikri): "Aku adalah keberanian dan kemarahan."
Saya: "Aik? Kamu bolos dari Darul Islah?"
Lembaga hitam: (Mengangguk-angguk)
Saya: "Sekarang di tangan Fikri ada rantai...sila rantai dia dan campakkan dia ke Darul Islah."
Fikri: "Baik ustaz. (Melakukan gaya rantai, angkat dan baling)."
Saya: "Dah hantar ke Darul Islah?"
Fikri: "Dah...tapi saya nampak tompok darah pada tempat dia (lembaga hitam) berdiri tadi."
Saya: "Tanya darah tu."
Fikri: "Kamu siapa?"
Darah(melalui Fikri): "Aku adalah 'darah yang terdahulu'."
Saya: "Apa kegunaan kamu?"
Darah: "...Perjanjian...(terhadap) kesemua ilmu-ilmu yang dipelajari."
Saya: "Adakah kamu darah manusia?"
Darah: "Ya. Aku adalah darah ayah kepada wanita ini (Fazilah)."
Saya: "Saya menganggap kamu sebagai yang terakhir yang mengikat perjanjian ini."
Darah: "....Mungkin juga yang terakhir...atau mungkin suatu permulaan..."
Saya kemudiannya membacakan ayat-ayat pemutus dan menyuruh Fikri menghembus kepada darah itu dengan niat 'putus ikatan (perjanjian)'.
Fikri: "Darah tu bertukar menjadi air."
Saya: "Sekarang kaut air tu dan hantar ke Darul Islah."
Fikri: "Baik, ustaz."
Saya: "Sekarang lakukan 'compress' kepada Fazilah."
Fikri: "Ustaz, saya nampak air jernih bersemburan keluar dari kedua-dua tangan Fazilah."
Saya: "Air, kamu siapa?" (Soalan saya ajukan kepada air)
Air (melalui Fikri): "Aku adalah air yang diberikan oleh bomoh-bomoh yang telah diminum oleh wanita ini (Fazilah)."
Air ini kemudiannya terpaksa ditukar menjadi ais dan kemudiannya dicampakkan ke Darul Islah.
Fikri: "Eeee...sejuknya ustaz." (Fikri merasakan kesejukan ketulan-ketulan ais yang diangkatnya)
Fazilah kemudiannya di 'blok' dalam peti besi dan Fikri juga kembali kepada babynya bagi menukarkan blok 'belon' kepada blok 'peti besi'.
*Saya meninggalkan Fikri seketika kerana ada seseorang datang mengetuk pintu bilik rawatan. Selepas urusan itu, saya kembali kepada Fikri.
Saya: "Ok, macamana sekarang?"
Fikri: "Tadi masa ustaz tinggalkan saya, tiba-tiba ada bau busuk la."
Saya: "Bau tu sama tak macam yang kamu hidu dekat rumah kamu dulu?"
Fikri: "Ya. Tapi sekarang bila ustaz datang, bau tu dah hilang."
Saya: "Cepat, sekarang tengok peti besi baby dan Fazilah."
Fikri: "Ada makhluk macam kelawar tengah mengetuk-ngetuk (guna kedua-dua tangan) peti besi Fazilah."
Saya: "Hoi jin! Kamu suka kat Fazilah ke?"
Fikri: "Dia angguk la ustaz."
Saya: "Dah la busuk, pastu berangan nak rampas isteri orang."
Fikri: "Ya la, dah la kurus keding, badan tak tough langsung!" (Saya dan Fikri tersenyum sambil Fazilah ketawa).
Jin kelawar itu kemudiannya dirantai dan dihantar ke Darul Islah.
Saya: "Cuba Fikri tengok nasib jin kelawar tu kat Darul Islah."
Fikri: "Saya nampak ada ramai orang berbaris dan ada macam kaunter-kaunter pendaftaran."
Saya: "Wah...nak masuk Darul Islah kena ikut prosedur pendaftaran dulu..."
(Kami semua tersenyum)
...bersambung...
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam ustaz marzuki: Darul Islah tu dimane ye ustaz?
Catat Komen