Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Thursday, October 28, 2010

Pengalaman Muallij 45 - Akhirnya Percaya

Suami pesakit berterus-terang kepada saya:

Ramli: “Ustaz, saya datang ni sebenarnya sebab saya tidak ada pilihan lain setelah 3 pakar hospital gagal menyelesaikan masalah pendarahan isteri saya. Mereka juga gagal memberitahu saya punca sebenar penyakit itu. Maafkan saya ustaz, saya sebenarnya tidak berapa gemar untuk datang bertemu orang-orang macam ustaz ni.”

Saya: “Tak pe. Kita cuma ikhtiar, Allah yang memberi kesembuhan.”

Rawatan yang dilakukan terhadap Khadijah, isteri kepada Ramli membuktikan bahawa beliau telah disihir. Sihir tersebut telah dikenakan terus kepadanya Khadijah oleh seseorang yang cemburu dengan kecemerlangan kerjayanya.

Hasil siasatan juga mendapati bahawa sihir ini adalah sihir yang kedua. Sihir yang pertama adalah sihir yang dikenakan ke atas suaminya (Ramli). Gabungan kedua-dua sihir ini telah menyebabkan Khadijah mengalami pendarahan yang kronik.

Walaupun hasil rawatan terhadap Khadijah membuktikan bahawa Ramli juga telah disihir, namun Ramli masih dengan selambanya cuba menafikan perkara tersebut.

Apabila mereka datang untuk rawatan kali kedua, saya bertanya:

Saya: “Macamana Puan Khadijah?”

Khadijah: “Masih ada sikit-sikit (darah).”

Saya: “Kalau Puan kata masih ada sikit-sikit, maknanya keseluruhan sihir ni belum selesai. Sepatutnya pendarahan itu MESTI berhenti serta-merta.”

Khadijah: “Habis tu macamana ustaz?”

Saya: (memandang kepada suaminya) “Encik Ramli…boleh tak bagi kerjasama? Kalau tidak, sampai bila-bila pun masalah ni tak akan selesai.”

Ramli: (dengan berat hati) “Baiklah ustaz.”

Rawatan yang dilakukan terhadap Ramli telah mencungkil satu penemuan yang amat-amat mengejutkan. Ramli memiliki 3 sihir yang berbeza dan 2 saka (sebelah ibu dan ayah). Beliau tercengang dan terkejut.

Ramli: “Ya Allah. Saya sungguh tak sangka. Selama ni saya cuma buat tak tahu aje terhadap simtom-simtom gangguan yang ada pada saya. Bila sakit, telan ubat pastu kalau tak baik pergi hospital.”

Saya: “Itu Encik Ramli bercakap pasal sakit. Padahal dah macam-macam kacau bilau yang lain yang sihir ni dah buat terhadap keluarga Encik Ramli.”

Ramli: “Memang betul pun ustaz. Selama kahwin, wife saya (Khadijah) memang asyik baran aje dengan saya. Tapi nasib baik saya ni penyabar orangnya.”

Saya: “Tak apa lah. Sekarang kita dah tahu, jadi kita cuba selesaikan kesemua masalah gangguan tu.”

Ramli lebih yakin tentang gangguan terhadap dirinya apabila saya menggunakan kaedah gerak tangan untuk mencari dan memusnahkan barang-barang sihir.

Ramli: “SubhanAllah…macam tak percaya…tangan saya tak boleh dikawal…bergerak sendiri.”

Saya: “Sabar ya Encik Ramli, bila kita dapat kutip dan bakar semua barang-barang sihir ni, insyaAllah jin-jin sihir akan mudah dikeluarkan.”

Setelah selesai rawatan, saya beritahu mereka:

Saya: “Ok, alhamdulillah kita dah dapat selesaikan kesemua barang-barang sihir tu. Jin-jin sihir juga mudah dikeluarkan malahan jin-jin saka pun dah dikeluarkan.”

Ramli: “Terima kasih ustaz. Lepas ni macamana, perlu ke kami datang lagi.”

Saya: “Terpulang kepada Encik Ramli. Indikator yang terbaik adalah pendarahan tu. Selepas rawatan ni sepatutnya pendarahan berhenti serta merta. Simple aje, kalau dah tak ada pendarahan dan period dah normal tak perlulah datang untuk rawatan lagi.”

Ramli: “Baiklah ustaz. Terima kasih banyak-banyak.”

Ramli pulang dengan azam untuk membawa kesemua adik beradiknya yang bermasalah. Malahan dari soal-siasat yang dilakukan dalam rawatan terhadapnya menunjukkan bahawa salah satu dari 3 sihir yang dikenakan terhadapnya adalah sihir yang dikenakan terhadap dia dan adik beradiknya.

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Sunday, October 24, 2010

Pengalaman Muallij 44 - Tahu Tak Pe

"Wah, banyaknya tanda-tanda gangguan". Itulah kata-kata saya bila melihat kepada borang yang telah diisi oleh pesakit. Dia hanya tersenyum.

Saya: "Saya rasa kamu mudah kerasukan, betul tak?"
Pesakit: (mengangguk)
Saya: "Saya tidak suka kerasukan dan saya tak mahu kamu kerasukan dalam rawatan ni."
Pesakit: "Boleh ke macam tu ustaz. Selama saya dirawat di pusat-pusat rawatan lain, saya mesti kerasukan."
Saya: "Boleh, insyaAllah."

Saya kemudian memulakan rawatan dengan meminimakan bacaan ruqyah sekadar tubuh pesakit memberi respon kepada bacaan tersebut. Saya juga melakukan blok kepada bahagian dada dan kepala pesakit.

Saya: "Wahai sekelian makhluk halus. Sila taat, patuh, tunduk akan semua arahan yang saya akan berikan. Saya tidak mahu kamu menguasai dia (pesakit) dan tidak akan ada sebarang kerasukan pada rawatan kali ni. Saya arahkan kesemua jin-jin sihir, sila berkumpul di tangan kanan dan kesemua jin-jin saka, keturunan, warisan sila berkumpul di tangan kiri."

Kesemua makhluk halus menurut semua arahan tersebut. Kedua-dua tangan digunakan dalam dialog pergerakan jari dan juga proses pencarian dan pemusnahan barang sihir. Ianya dapat dilakukan dengan mudah kerana kesemua jin-jin sihir memberi sepenuh kerjasama disebabkan mereka tidak lagi suka untuk terus menjadi hamba kepada manusia (tukang sihir).

Barang-barang sihir dikesan berada di luar dan juga di beberapa bahagian pada badan pesakit. Terdapat juga beberapa barang sihir yang diletakkan pada suaminya.

Rawatan diakhiri dengan keghairahan jin sihir dan saka keluar meninggalkan pesakit.

Pesakit: "Ustaz, saya rasa macam nyawa saya pun nak ikut keluar sekali la."
Saya: "Mana ada lah. Mengarut aje. Saya cuma mengeluarkan jin dengan kaedah tarik serban ni, nyawa kamu tak akan ikut keluar sekali. Kamu rasa begitu mungkin juga disebabkan mereka (jin-jin) begitu sebati dengan tubuh badan kamu."

Setelah kesemua jin-jin dikeluarkan;

Pesakit: "Ajaib la ustaz."
Saya: "Apa yang ajaib."
Pesakit: "Saya tak pernah melalui cara rawatan sebegini. Saya seronok sebab saya dalam keadaan sedar dan melihat serta mendengar segala-galanya."
Saya: "Ala, itu biasa la."
Pesakit: "Tak biasa ustaz. Saya dah banyak kali pergi rawatan, semuanya ruqyah...ruqyah...pastu dialog...pastu pukul dan macam-macam lagi. Sakit hilang sekejap, pastu datang lagi. Baru saya faham..."
Saya: "Apa yang kamu faham."
Pesakit: "Barang sihir perlu dicari dan dimusnahkan, barulah jin-jin boleh dikeluarkan dengan mudah."
Saya: "Tahu tak pe..."

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Wednesday, October 6, 2010

Pengalaman Muallij 43 - Don't Play Play

Tiba-tiba kedengaran pintu rumah saya diketuk seseorang. Saya terus melihat jam dinding yang menunjukkan jam 11 malam. Kedengaran suara yang agak jelas dan lantang. Saya menjawab salam tu sambil membuka pintu.
Di hadapan saya kelihatan 7 orang pelajar belasan tahun. Kelihatan 2 orang pelajar madrasah yang tidak tinggal di asrama, bersama-sama dengan mereka.
Saya: "Ha, apahal malam-malam ni."
Ahmad: "Ustaz kena tolong kami."
Saya: "Tolong apa? Emergency ke?"
Ahmad: "Kami nak lawan dengan hantu."
Saya: "Lawan dengan hantu? (tersenyum) Siapa yang nak lawan dengan hantu?"
Ahmad: "Saya, dia dan dia..." (menunding jari ke arah kedua rakannya)
Saya: "Kenapa nak lawan dengan hantu?"
Ahmad: "Dia dah ganggu keluarga kawan saya."
Saya: "Okay...apa rancangan kamu sebenarnya."
Ahmad: "Macam ni...kita pergi ke tempat tu, pastu kami bertiga berada di depan dan ustaz tolong cover kami kat belakang."
Saya mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh Ahmad dan rakan-rakannya tentang rancangan 'lawan hantu'.
Saya: "Hmmm...macam mana kita nak lawan? Kamu nampak dia ke?"
Ahmad: "Kami tak nampak tapi kami tahu dia ada kat situ."
Saya: "Habis, kalau tak nampak macamana nak lawan?"
Ahmad dan rakan-rakan mula terkebil-kebil bila pelbagai penerangan yang saya berikan tentang alam ghaib serta risiko-risiko yang akan kita hadapi. Saya juga menceritakan tentang adanya pelbagai cara mudah dalam rawatan berkenaan makhluk halus.
Saya: "Ok, kalau dah bersedia jom kita pergi lawan sekarang. Kalau kamu sanggup terima risiko serang balas mereka terhadap ahli keluarga kamu...jom."
Mereka semua mula rasa takut dan membatalkan hasrat mereka.
Saya: "Kalau kawan kamu tu bermasalah, ajak dia jumpa saya di madrasah untuk rawatan. Kamu semua tak payah campur urusan keluarga mereka. Don't play play dengan jin."
Ahmad: "Ok nanti kami bawa kawan kami tu jumpa ustaz."
Saya: "Ok, dah lewat malam ni, sekarang terus balik rumah. Jangan buat hal lagi. Banyak jin-jin kat sekitar kita tengah marah dengan kesombongan korang ni."
Mereka bersalaman dengan saya dan beredar dengan wajah kecewa.
Tidak berapa lama kemudian, pintu rumah saya diketuk lagi. Laungan salam yang saya kenali. Mata saya terus menoleh ke dinding melihat jam.
Saya: "Huh, 11.30 malam." (bisik hati saya sambil membuka pintu)
Kelihatan Ahmad dan seorang rakannya dalam keadaan gelabah.
Ahmad: "Ustaz...tolong saya..."
Saya: "Apahal?"
Ahmad: "Masa kami balik rumah tadi, kami dapat tahu yang mak dan adik perempuan kawan saya (yang volunteer nak lawan hantu tadi) terus meracau-racau."
Saya: "Apa yang korang buat...tadi kan saya suruh terus balik rumah, jangan pergi tempat tu."
Ahmad: "Kita orang pergi lepak sekejap aje kat tempat tu."
Saya: "Hish...tu la tak dengar cakap saya."
Ahmad: "Ustaz boleh tolong kami tak?"
Saya: "Tolong apa, dah lewat malam ni."
Ahmad: "Kami berdua risau. Kot-kot kami balik nanti, keluarga kami pulak yang kena."
Saya: "Hmm...tunggu sekejap."
Saya masuk ke rumah mengambil kasturi kijang dan membawanya kepada mereka.
Saya: "Nah, tadah tangan. (menyapu kasturi kijang ke tapak tangan mereka). Sapu seluruh badan."
Ahmad: "Ini aje ke ustaz?"
Saya: "Ya. Satu lagi pesan saya, balik rumah terus ke bilik air. Mandi dan salin pakaian."
Ahmad: "Ok ustaz...terima kasih banyak-banyak. Maaf sebab ganggu ustaz."
Saya: "Tak pe...saya dah biasa."


*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Monday, October 4, 2010

Pengalaman Muallij 42 (Part 8) - Kembara Saka dan Ilmu Salah

Fikri dan Fazilah hadir untuk rawatan susulan. Kali ni mereka mengadu baby tak boleh tidur dari malam hingga ke pagi. Malahan setiap malam baby juga kelihatan seperti bermain dengan sesuatu.

Fikri memulakan TKR seperti biasa...
Fikri: "Tak nampak apa-apa...gelap, tapi kadang-kadang kelihatan seperti benda bergerak ke sana-sini."
Saya: "Seperti ada halangan. Ok, sekarang saya akan tarik ke depan kesemua gangguan tu." (mendepa kedua belah tangan dan menolak ke depan Fikri)
Fikri: "Ha, sekarang ada beberapa jin di depan saya. Salah satu dari mereka, berpakaian putih."
Saya: "Yang berpakaian putih, sila ke depan. Kamu siapa?"
Fikri: "Katanya dia datang dari Darul Islah sebagai pemerhati sahaja."
Saya: "Ok, terima kasih. Sila tinggalkan tempat ni."
Fikri: "Dia dah hilang..."
Saya: "Fikri, sekarang ikat kesemua mereka yang lain dan hantar ke Darul Islah."
Fikri: (melakukan gaya tangkap, ikat dan baling). "Ok, sekarang baru saya nampak baby. Dekat tepi dia ada 6 jin. 2 dari mereka macam monyet"
Saya: "Jin, kamu siapa?"
Fikri: "Katanya mereka adalah musuh kepada ayah Fazilah...datang untuk balas dendam."
Saya: "Fikri, nampaknya bila kita dah selesaikan ilmu-ilmu salah, sekarang muncul pula banyak jin-jin yang balas dendam. Tak pe, pindahkan mereka."
Fikri: (melakukan gaya tangkap, ikat dan baling). "Sekarang kat tepi baby ada 1 jin muka macam Fazilah. Sama...sebijik macam Fazilah."
Saya: "Saya rasa dia lah yang selalu ganggu tidur baby kot. Jadi mungkin baby ingat jin ni adalah Fazilah."
Fikri: "Dia angguk."
Saya: "Jin, apa masalah kamu ni."
Fikri: "Katanya dia suka sangat kat baby. Dia pun suka kat saya jugak."
Saya: "Jin, tak payah la ganggu rumah tangga orang."
Fikri: "Dia menangis, katanya dia sayang sangat kat baby. Tak nak lepas."
Saya: "Jin, kamu kahwin la...nanti kamu akan ada anak sendiri."
Fikri: "Dia kata, tak ada orang nak kat dia."
Saya: "Ok, kalau macam tu apa kata saya panggil 'abang' Darul Islah tadi."
Fikri: "Jin tadi (dari Darul Islah) dah sampai la ustaz."
Saya: "Tuan, saya ada satu tugasan penting ni. Adakah kamu bersedia untuk ambil wanita ni jadi isteri kamu? Atau kamu boleh sediakan jin lain untuk dijodohkan kepada wanita ni?"
Fikri: "Dia kata, dia sudi terima wanita ni, tetapi katanya eloklah dia bawa wanita ni ke Darul Islah dulu untuk perbincangan."
Saya: "Silakan."
Fikri: "Ustaz, dia tak bawa wanita tu."
Saya: "Ye la, bukan muhrim...Maknanya kamu la yang kena hantar dia ke sana."
Fikri: (melakukan gaya ambil dan baling)
Setelah selesai scan, baby kemudiannya di blok dengan 'peti besi'. Fikri mula mengalihkan fokus kepada Fazilah.
Fikri: "Ada kambing hitam dalam badan Fazilah!"
Saya: "Kambing hitam? Dalam badan?"
Fikri: "Ya."
Saya: "Keluarkan."
Fikri: (melakukan gaya tarik dan menggenggam tangannya ke atas). "Sekarang saya tengah pegang tanduknya."
Saya: "Kambing, kamu ni kenapa?"
Fikri: "Katanya dia adalah sihir."
Saya: "Sihir? Dari manusia?"
Fikri: "Dia tak tahu."
Saya: (membacakan doa, melakukan gaya tarik)
Fikri: "Ustaz, sekarang kat depan saya ada 1 jin."
Saya: "Jin, adakah kamu telah di upah."
Fikri: "Dia kata, 'tak'. Katanya dia adalah tukang sihir."
Saya: "Kamu adalah tukang sihir? Maknanya ada jin-jin lain datang kepada kamu dan mengupah kamu untuk menyihir?"
Fikri: "Dia angguk. Katanya dia telah diupah oleh jin-jin yang dendam dengan ayah Fazilah."
Saya: "Jin, rasanya kerjaya kamu dah berakhir hari ni. Mungkin ilmu yang ada pada kamu dapat memberi manafaat kepada Darul Islah."
Fikri: "Dia tunduk aje."
Fikri kemudiannya memindahkan kambing dan tukang sihir itu ke Darul Islah.
Fikri: "Aduh...ada orang tampar saya. Aduh...sakitnya (memegang belakang bahu dan bahagian dada)
Saya: (melakukan gaya tarik pada bahu dan dada Fikri dan campak ke depan)
Fikri: "Ada anak panah depan saya."
Saya: (melakukan gaya depa tangan dan tarik ke depan Fikri)
Fikri: "Sekarang ada 6 jin dan salah satu dari mereka memegang busar panah."
Saya: "Mereka ni lah yang tampar dan panah kamu tadi."
Fikri: (tanpa membuang masa, terus melakukan gaya ikat dan baling)
Fikri terus melakukan scan kepada Fazilah dan setelah berpuas hati, beliau melakukan blok 'peti besi'.
Fikri: "Ustaz. Jin perempuan yang berwajah Fazilah tu muncul lagi. Tersipu-sipu."
Saya: "Ha, bila nak nikah?
Fikri: "Katanya malam ni. Dia nak jemput ustaz datang."
Saya: "Terima kasih la sebab sudi jemput saya. Maaf ya, saya tak dapat hadir majlis perkahwinan kamu."
Fikri: "Hmm...dia ucap terima kasih pada ustaz."
Saya: "Sama-sama. Eh, lupa nak tanya, kamu nikah dengan siapa ya?"
Fikri: "Ustaz, lelaki dari Darul Islah tu dah muncul."
Saya: "Ooo...saya doakan kamu berdua berbahagia."
Fikri: "Dia orang dah hilang ustaz."
Semasa Fikri scan dirinya sendiri, dia melihat banyak api mengelilinginya. Kami menganggap bahawa Fikri telah terkena banyak serangan dari jin-jin yang cuba menghalang kembara nya.
Fikri: "Ustaz, dalam bilik ni bersepah la ustaz."
Saya: "Maksud kamu bilik rawatan ni?"
Fikri: "Ya. Bersepah. Macam-macam...ada najis, air kencing, kasut, selipar, bulu-bulu dan macam-macam la...hish."
Saya: "Kenapa boleh jadi macam tu ya?"
Fikri: "Semasa ustaz kumpulkan jin-jin tadi, macam-macam mereka tinggalkan. Tak pe ustaz, biar saya bersihkan." (melakukan gaya kaut dan baling)
Saya: "Terima kasih."
*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Sunday, October 3, 2010

Pengalaman Muallij 42 (Part 7) - Kembara Saka dan Ilmu Salah

Fazilah dan Fikri datang untuk rawatan susulan. Kini mereka mengadu, tangan baby ada kesan gigitan.
Kembara bermula...
Fikri: "Sekarang di hadapan saya ada 3 peti besi...yang saya punya, Fazilah dan baby."
Saya: "Ada apa-apa di luar peti besi?"
Fikri: "Tak ada apa-apa. Aman aje."
Saya: "Sila masuk ke dalam peti besi baby."
Fikri: (terdiam seketika). "Ada 2 jin dalam peti besi baby."
Saya: "Aik? Macamana mereka masuk."
Fikri: "Mereka kata, mereka boleh tembus besi."
Saya: "Ok jin, antara kamu berdua, siapa yang gigit baby?"
Fikri: "Mereka buat muka tak bersalah, pandang satu sama lain."
Saya: (membaca selawat tarfijiah)"
Fikri: "Sekarang salah satu dari mereka menggigil-gigil."
Saya: "Ha, sekarang ngaku aje la."
Fikri: "Dia angguk, katanya bos dalam badan mak baby(Fazilah) yang suruh."
Saya: "Ok sekarang ikat dan pindahkan dia."
Fikri: "Baik." (melakukan gaya ikat, angkat dan baling)"

Fikri kemudiannya beralih ke peti besi Fazilah."

Fikri: "Tak ada apa-apa makhluk. Tapi ada beberapa tompok najis."
Saya: "Maknanya dah berlaku pencerobohan. Cuba compress."
Fikri: (melakukan gaya compress dari arah kaki ke kepala) "Ada keluar asap kat mulut."
Fazilah: "Ustaz, saya rasa macam nak muntah." (Fazilah tiba-tiba mencelah)
Saya: "Asap, adakah kamu jin?"
Asap (melalui Fikri): "Ya, aku adalah jin asap. Aku telah digunakan dalam ritual asap keris, pedang dan lain-lain."
Saya: "Ok, Fikri sekarang pindahkan dia."
Fikri kemudiannya minta kebenaran untuk kembara ke dalam badan Fazilah.
Fikri: "Ustaz, boleh saya masuk dalam badan Fazilah."
Saya: "Silakan."
Di dalam badan Fazilah...
Fikri: "Ustaz, saya nampak banyak bekas-bekas luka dan darah di kebanyakan bahagian di kawasan dada. Kat jantung ada darah hitam. Katanya ianya adalah darah kebanyakan jin-jin yang telah ditewaskan oleh bapa fazilah."
Saya: "Lakukan pembersihan."
Fikri: (melakukan gaya sapu, ambil dan buang)
Saya: "Cuba 'explore' tempat lain."
Fikri: "Dekat bahagian belakang Fazilah ada 2 ekor lipan, siap ada sarangnya sekali."
Fazilah: "Ustaz, sebenarnya memang dari tadi saya rasa macam ada benda gerak-gerak kat bahagian belakang ni." (Fazilah tiba-tiba mencelah)
Saya: "Hey lipan, engkau siapa?"
Lipan (melalui Fikri): "Aku lah yang suruh jin tadi gigit baby."
Saya: "Ooo...engkau punya angkara la ya."
Fikri: "Mereka gelak la ustaz."
Saya: "Apa kena mengena engkau dengan wanita ni?"
Lipan: "Aku adalah 'ilmu bisa' ayah dia."
Saya: "Dah la Fikri, tak payah layan dia. Tangkap dan buang aje."
Fikri: "Diaorang ketawa besar, katanya bukannya senang nak merawat Fazilah." (melakukan gaya tangkap dan buang)
Fikri kemudiannya mengalihkan fokusnya ke tempat lain dalam badan Fazilah.
Fikri: "Sekarang saya nampak ada ular melilit-lilit kat bahagian kepala. Ekor dia panjang ke bawah, sampai ke peranakan Fazilah."
Saya: "Ok apa Fikri nak buat dengan ular ni."
Fikri: (melakukan gaya tarik dan tikam) "Saya dah cuba tarik tapi tak boleh. Akhirnya saya tikam barulah ular tu menggelupur. Pastu saya dah bakar dia sebab degil tak nak tinggalkan tempat tu."
Fazilah: "Aduh...sakitnya leher saya." (tiba-tiba Fazilah merungut)
Fikri: "Jap saya keluar (dari dalam badan)."
Saya: "Ada apa kat leher?"
Fikri: "Ada seekor beruk tengah cekik leher Fazilah." (melakukan gaya tarik dan baling)
Fikri kemudiannya masuk kembali ke dalam tubuh Fazilah. Beliau lihat pelbagai kerosakan dan kecederaan anggota dalaman Fazilah. Fikri mengambil inisiatif sendiri bagi memulihkan keadaan tersebut.
Saya: "Fikri, kamu dah jelajah semua tempat?"
Fikri: "Dah. Cuma ada satu tempat di belakang yang tak boleh di explore, gelap."
Saya: "Cuba bakar tempat tu."
Fikri: (melakukan gaya hembus) "Sekarang saya lihat ada kain kuning."
Saya: "Kain kuning, apa kegunaan kamu?"
Kain Kuning (melalui Fikri): "Kebal!"
Saya: "Fikri, pindahkan kain kuning tu."
Fikri: (melakukan gaya ambil dan buang)
Sebelum saya menamatkan sesi kembara tersebut, saya lihat Fikri melakukan suatu gaya yang jarang saya lihat.
Saya: "Buat apa tu?"
Fikri: "Vacuum..."
Saya: "Ooo...ingatkan buat apa tadi."
Setelah beberapa minit...
Fikri: "Ok, saya dah vacuum semuanya. Dah bersih. Tadi pada awalnya bunyi vacuum cleaner tu kuat sangat. Lepas tu semakin perlahan dan perlahan bunyinya. Saya dah campak vacuum cleaner tu ke Darul Islah."
...bersambung...
*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.