Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~

~.~

~.~

Wednesday, October 6, 2010

Pengalaman Muallij 43 - Don't Play Play

Tiba-tiba kedengaran pintu rumah saya diketuk seseorang. Saya terus melihat jam dinding yang menunjukkan jam 11 malam. Kedengaran suara yang agak jelas dan lantang. Saya menjawab salam tu sambil membuka pintu.
Di hadapan saya kelihatan 7 orang pelajar belasan tahun. Kelihatan 2 orang pelajar madrasah yang tidak tinggal di asrama, bersama-sama dengan mereka.
Saya: "Ha, apahal malam-malam ni."
Ahmad: "Ustaz kena tolong kami."
Saya: "Tolong apa? Emergency ke?"
Ahmad: "Kami nak lawan dengan hantu."
Saya: "Lawan dengan hantu? (tersenyum) Siapa yang nak lawan dengan hantu?"
Ahmad: "Saya, dia dan dia..." (menunding jari ke arah kedua rakannya)
Saya: "Kenapa nak lawan dengan hantu?"
Ahmad: "Dia dah ganggu keluarga kawan saya."
Saya: "Okay...apa rancangan kamu sebenarnya."
Ahmad: "Macam ni...kita pergi ke tempat tu, pastu kami bertiga berada di depan dan ustaz tolong cover kami kat belakang."
Saya mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh Ahmad dan rakan-rakannya tentang rancangan 'lawan hantu'.
Saya: "Hmmm...macam mana kita nak lawan? Kamu nampak dia ke?"
Ahmad: "Kami tak nampak tapi kami tahu dia ada kat situ."
Saya: "Habis, kalau tak nampak macamana nak lawan?"
Ahmad dan rakan-rakan mula terkebil-kebil bila pelbagai penerangan yang saya berikan tentang alam ghaib serta risiko-risiko yang akan kita hadapi. Saya juga menceritakan tentang adanya pelbagai cara mudah dalam rawatan berkenaan makhluk halus.
Saya: "Ok, kalau dah bersedia jom kita pergi lawan sekarang. Kalau kamu sanggup terima risiko serang balas mereka terhadap ahli keluarga kamu...jom."
Mereka semua mula rasa takut dan membatalkan hasrat mereka.
Saya: "Kalau kawan kamu tu bermasalah, ajak dia jumpa saya di madrasah untuk rawatan. Kamu semua tak payah campur urusan keluarga mereka. Don't play play dengan jin."
Ahmad: "Ok nanti kami bawa kawan kami tu jumpa ustaz."
Saya: "Ok, dah lewat malam ni, sekarang terus balik rumah. Jangan buat hal lagi. Banyak jin-jin kat sekitar kita tengah marah dengan kesombongan korang ni."
Mereka bersalaman dengan saya dan beredar dengan wajah kecewa.
Tidak berapa lama kemudian, pintu rumah saya diketuk lagi. Laungan salam yang saya kenali. Mata saya terus menoleh ke dinding melihat jam.
Saya: "Huh, 11.30 malam." (bisik hati saya sambil membuka pintu)
Kelihatan Ahmad dan seorang rakannya dalam keadaan gelabah.
Ahmad: "Ustaz...tolong saya..."
Saya: "Apahal?"
Ahmad: "Masa kami balik rumah tadi, kami dapat tahu yang mak dan adik perempuan kawan saya (yang volunteer nak lawan hantu tadi) terus meracau-racau."
Saya: "Apa yang korang buat...tadi kan saya suruh terus balik rumah, jangan pergi tempat tu."
Ahmad: "Kita orang pergi lepak sekejap aje kat tempat tu."
Saya: "Hish...tu la tak dengar cakap saya."
Ahmad: "Ustaz boleh tolong kami tak?"
Saya: "Tolong apa, dah lewat malam ni."
Ahmad: "Kami berdua risau. Kot-kot kami balik nanti, keluarga kami pulak yang kena."
Saya: "Hmm...tunggu sekejap."
Saya masuk ke rumah mengambil kasturi kijang dan membawanya kepada mereka.
Saya: "Nah, tadah tangan. (menyapu kasturi kijang ke tapak tangan mereka). Sapu seluruh badan."
Ahmad: "Ini aje ke ustaz?"
Saya: "Ya. Satu lagi pesan saya, balik rumah terus ke bilik air. Mandi dan salin pakaian."
Ahmad: "Ok ustaz...terima kasih banyak-banyak. Maaf sebab ganggu ustaz."
Saya: "Tak pe...saya dah biasa."


*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

2 comments:

syafiqah said...

nakal jgk bdk2 ni..

مَعهَدين الُمعلمْ said...

MasyaAllah.. Banyak yang saya belajar daripada blog ini..

Syurkan Ustaz.. Teruskan berkongsi.

Ustaz tolong ajar saya cara nak pagar rumah. Saya tak sempat untuk tanya Ustaz Majid dalam kursus tempoh hari..

Untuk pengetahuan Ust rumah kawan saya selalu digangu oleh makhluk yang suka melompat di atas bumbung rumah. Kedengaran berlari-lari di atas bumbung rumah. Bila di tengok bumbung ruman(zink) tidak ada kesan-kesan lekukan..