Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Sunday, October 24, 2010

Pengalaman Muallij 44 - Tahu Tak Pe

"Wah, banyaknya tanda-tanda gangguan". Itulah kata-kata saya bila melihat kepada borang yang telah diisi oleh pesakit. Dia hanya tersenyum.

Saya: "Saya rasa kamu mudah kerasukan, betul tak?"
Pesakit: (mengangguk)
Saya: "Saya tidak suka kerasukan dan saya tak mahu kamu kerasukan dalam rawatan ni."
Pesakit: "Boleh ke macam tu ustaz. Selama saya dirawat di pusat-pusat rawatan lain, saya mesti kerasukan."
Saya: "Boleh, insyaAllah."

Saya kemudian memulakan rawatan dengan meminimakan bacaan ruqyah sekadar tubuh pesakit memberi respon kepada bacaan tersebut. Saya juga melakukan blok kepada bahagian dada dan kepala pesakit.

Saya: "Wahai sekelian makhluk halus. Sila taat, patuh, tunduk akan semua arahan yang saya akan berikan. Saya tidak mahu kamu menguasai dia (pesakit) dan tidak akan ada sebarang kerasukan pada rawatan kali ni. Saya arahkan kesemua jin-jin sihir, sila berkumpul di tangan kanan dan kesemua jin-jin saka, keturunan, warisan sila berkumpul di tangan kiri."

Kesemua makhluk halus menurut semua arahan tersebut. Kedua-dua tangan digunakan dalam dialog pergerakan jari dan juga proses pencarian dan pemusnahan barang sihir. Ianya dapat dilakukan dengan mudah kerana kesemua jin-jin sihir memberi sepenuh kerjasama disebabkan mereka tidak lagi suka untuk terus menjadi hamba kepada manusia (tukang sihir).

Barang-barang sihir dikesan berada di luar dan juga di beberapa bahagian pada badan pesakit. Terdapat juga beberapa barang sihir yang diletakkan pada suaminya.

Rawatan diakhiri dengan keghairahan jin sihir dan saka keluar meninggalkan pesakit.

Pesakit: "Ustaz, saya rasa macam nyawa saya pun nak ikut keluar sekali la."
Saya: "Mana ada lah. Mengarut aje. Saya cuma mengeluarkan jin dengan kaedah tarik serban ni, nyawa kamu tak akan ikut keluar sekali. Kamu rasa begitu mungkin juga disebabkan mereka (jin-jin) begitu sebati dengan tubuh badan kamu."

Setelah kesemua jin-jin dikeluarkan;

Pesakit: "Ajaib la ustaz."
Saya: "Apa yang ajaib."
Pesakit: "Saya tak pernah melalui cara rawatan sebegini. Saya seronok sebab saya dalam keadaan sedar dan melihat serta mendengar segala-galanya."
Saya: "Ala, itu biasa la."
Pesakit: "Tak biasa ustaz. Saya dah banyak kali pergi rawatan, semuanya ruqyah...ruqyah...pastu dialog...pastu pukul dan macam-macam lagi. Sakit hilang sekejap, pastu datang lagi. Baru saya faham..."
Saya: "Apa yang kamu faham."
Pesakit: "Barang sihir perlu dicari dan dimusnahkan, barulah jin-jin boleh dikeluarkan dengan mudah."
Saya: "Tahu tak pe..."

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

1 comment:

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Salam Ustaz..
Apa tujuan block kat bahagian dada dan kepala pesakit?

Untuk mengelakkan rasukan ker?