Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~

~.~

~.~

Thursday, October 28, 2010

Pengalaman Muallij 45 - Akhirnya Percaya

Suami pesakit berterus-terang kepada saya:

Ramli: “Ustaz, saya datang ni sebenarnya sebab saya tidak ada pilihan lain setelah 3 pakar hospital gagal menyelesaikan masalah pendarahan isteri saya. Mereka juga gagal memberitahu saya punca sebenar penyakit itu. Maafkan saya ustaz, saya sebenarnya tidak berapa gemar untuk datang bertemu orang-orang macam ustaz ni.”

Saya: “Tak pe. Kita cuma ikhtiar, Allah yang memberi kesembuhan.”

Rawatan yang dilakukan terhadap Khadijah, isteri kepada Ramli membuktikan bahawa beliau telah disihir. Sihir tersebut telah dikenakan terus kepadanya Khadijah oleh seseorang yang cemburu dengan kecemerlangan kerjayanya.

Hasil siasatan juga mendapati bahawa sihir ini adalah sihir yang kedua. Sihir yang pertama adalah sihir yang dikenakan ke atas suaminya (Ramli). Gabungan kedua-dua sihir ini telah menyebabkan Khadijah mengalami pendarahan yang kronik.

Walaupun hasil rawatan terhadap Khadijah membuktikan bahawa Ramli juga telah disihir, namun Ramli masih dengan selambanya cuba menafikan perkara tersebut.

Apabila mereka datang untuk rawatan kali kedua, saya bertanya:

Saya: “Macamana Puan Khadijah?”

Khadijah: “Masih ada sikit-sikit (darah).”

Saya: “Kalau Puan kata masih ada sikit-sikit, maknanya keseluruhan sihir ni belum selesai. Sepatutnya pendarahan itu MESTI berhenti serta-merta.”

Khadijah: “Habis tu macamana ustaz?”

Saya: (memandang kepada suaminya) “Encik Ramli…boleh tak bagi kerjasama? Kalau tidak, sampai bila-bila pun masalah ni tak akan selesai.”

Ramli: (dengan berat hati) “Baiklah ustaz.”

Rawatan yang dilakukan terhadap Ramli telah mencungkil satu penemuan yang amat-amat mengejutkan. Ramli memiliki 3 sihir yang berbeza dan 2 saka (sebelah ibu dan ayah). Beliau tercengang dan terkejut.

Ramli: “Ya Allah. Saya sungguh tak sangka. Selama ni saya cuma buat tak tahu aje terhadap simtom-simtom gangguan yang ada pada saya. Bila sakit, telan ubat pastu kalau tak baik pergi hospital.”

Saya: “Itu Encik Ramli bercakap pasal sakit. Padahal dah macam-macam kacau bilau yang lain yang sihir ni dah buat terhadap keluarga Encik Ramli.”

Ramli: “Memang betul pun ustaz. Selama kahwin, wife saya (Khadijah) memang asyik baran aje dengan saya. Tapi nasib baik saya ni penyabar orangnya.”

Saya: “Tak apa lah. Sekarang kita dah tahu, jadi kita cuba selesaikan kesemua masalah gangguan tu.”

Ramli lebih yakin tentang gangguan terhadap dirinya apabila saya menggunakan kaedah gerak tangan untuk mencari dan memusnahkan barang-barang sihir.

Ramli: “SubhanAllah…macam tak percaya…tangan saya tak boleh dikawal…bergerak sendiri.”

Saya: “Sabar ya Encik Ramli, bila kita dapat kutip dan bakar semua barang-barang sihir ni, insyaAllah jin-jin sihir akan mudah dikeluarkan.”

Setelah selesai rawatan, saya beritahu mereka:

Saya: “Ok, alhamdulillah kita dah dapat selesaikan kesemua barang-barang sihir tu. Jin-jin sihir juga mudah dikeluarkan malahan jin-jin saka pun dah dikeluarkan.”

Ramli: “Terima kasih ustaz. Lepas ni macamana, perlu ke kami datang lagi.”

Saya: “Terpulang kepada Encik Ramli. Indikator yang terbaik adalah pendarahan tu. Selepas rawatan ni sepatutnya pendarahan berhenti serta merta. Simple aje, kalau dah tak ada pendarahan dan period dah normal tak perlulah datang untuk rawatan lagi.”

Ramli: “Baiklah ustaz. Terima kasih banyak-banyak.”

Ramli pulang dengan azam untuk membawa kesemua adik beradiknya yang bermasalah. Malahan dari soal-siasat yang dilakukan dalam rawatan terhadapnya menunjukkan bahawa salah satu dari 3 sihir yang dikenakan terhadapnya adalah sihir yang dikenakan terhadap dia dan adik beradiknya.

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

1 comment:

handout said...

terima kasih banyak sudah berbagi,.
moga sukses selalu.
jika ingin tau profil saya silahkan kunjungi..
click this