Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Selasa, 23 November 2010

Pengalaman Muallij 46 - Tangkal Internal


Pesakit ini gundah gelana dan sedikit beresmosi bila saya menanyakan kepada beliau tentang masalah gangguan yang dialaminya. Beliau mula menitiskan air mata bila menyebut tentang kematian bapanya yang dikaitkan dengan sihir.

Saya: “Betul ke ayah kamu kena sihir?”
Ayu: “Ya ustaz. Kematian dia sangat misteri.”
Saya: “Siapa sihir dia?”
Ayu: “Orang dekat ***** kami. Saya pun kena jugak.”
Saya: “Ye ke? Mana kamu tahu?”
Ayu: “Bomoh yang bagitahu saya.”
Saya: “Jadi, kamu percaya?”
Ayu: (diam)

Sungguh menghairankan kerana kaedah gantung tangan tidak menunjukkan sebarang petanda-petanda sihir. Kaedah ini cuma menunjukkan kehadiran saka sebelah mak dan sebelah ayahnya. Kaedah gerak jari juga merungkaikan dengan lebih jelas perihal saka-saka tersebut.

Saya: “Tak de sihir pun?”
Ayu: (diam)
Saya: “Yang pastinya kamu ada saka. Saka sebelah mak dan ayah. Dan yang pastinya kedua-dua saka ini bergaduh antara satu sama lain. Mereka dari spesis binatang. Harimau dan saka satu lagi adalah mawas.”
Ayu: “Habis tu macamana dengan sihir, ustaz?”
Saya: “Itulah yang saya hairan tu. Sekarang kamu pakai tangkal ke?”
Ayu: “Tak. Saya tak pakai apa-apa tangkal.”
Saya: “Kamu memang pernah jumpa ramai bomoh ke?”
Ayu: “Memang pun. Kat tempat saya memang tak ada perawat Islam.”

Saya kemudiannya memanggil kesemua jin-jin bomoh yang berada dalam tubuh Ayu untuk berkumpul di kaki kiri dan diasingkan dari campur tangan dalam urusan rawatan.

Saya: “Ha, sekarang tengok…baru muncul jin-jin sihir.”
Ayu: “Ooo ye la ustaz.” (melihat kepada hasil dari kaedah gantung tangan)
Saya: “Nampaknya kehadiran jin-jin tok bomoh telah menghalang jin-jin sihir untuk muncul.”
Ayu: “Kenapa boleh jadi macam tu ye, ustaz?”
Saya: “Cuba lihat atas borang rawatan yang kamu isi tadi. Cuba baca ayat ni (menunding kepada ayat yang tertera di bahagian atas borang rawatan)”.
Ayu: (membaca dengan suara yang kuat) “TANGGALKAN SEBARANG TANGKAL/AZIMAT/PENDINDING (JIKA ADA)”.
Saya: “Ianya (jin-jin bomoh dalam badan) ibarat seperti kamu memakai tangkal, tetapi ianya berbentuk tangkal ‘INTERNAL’.”
Ayu: (mengangguk-angguk)
Saya: “Dan kamu kena ingat ye cik Ayu, jangan mudah untuk tuduh sana sini yang buat sihir ni, sebab dari dialog jari tadi dan ujian-ujian yang kita buat ianya merupakan sihir keturunan dan bukannya seperti yang kamu dakwa.”
Ayu: “Baik, ustaz.”
Saya: “So lepas ni nak pergi jumpa bomoh lagi?”
Ayu: “Uh, tak mau dah. Taubat…tak nak dah…”

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Tiada ulasan: