Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~

~.~

~.~

Monday, December 20, 2010

Pengalaman Muallij 47 - Wind Chime?

Puan F menegur jirannya:

Puan F: “Assalamualaikum kak.”

Jiran: “Waalaikumsalam…”

Puan F: “Minta maaf nak tegur sikit pasal ‘wind chime’ tu.” (menunding jari ke arah salah satu dari ‘wind chime’ yang bergantungan di hadapan rumah jirannya)

Jiran: “Ha, tak ada masalah…saya ok aje.”

Puan F: “Ustaz saya beritahu bunyian-bunyian seperti ‘wind chime’ ni akan menarik perhatian jin-jin.”

Jiran: “Oh ye ke…maafkan saya. Tak apa, nanti saya suruh suami saya tanggalkan semuanya.”

“Aduh!” kata hati Puan F. Tiba-tiba kaki kirinya terasa sakit sebaik meninggalkan jirannya.

Keadaan sakit itu berlarutan sehinggalah beliau datang mendapatkan rawatan.

“Ustaz, kaki kiri saya rasa agak tidak selesa. Tak tahulah kenapa. Dah cuba macam-macam tapi sakitnya tak reda-reda.” Puan F mengadu kepada saya.

Agak mengejutkan saya, apabila dilakukan rawatan ianya mengesahkan bahawa kesakitan yang dialami Puan F berpunca dari ‘wind chime’. Jin-jin itu agak marah kepada Puan F kerana menegur jirannya tentang ‘wind chime’ tersebut.

Hari ini saya menerima SMS dari Puan F berbunyi:

“Salam Ustaz, syukur ke hadrat Allah, lepas buat rawatan semalam saya dah segar semula, sebab dah seminggu penat badan dan asyik nak tidur aje. Tapi yang hairannya ‘wind chime’ kat rumah jiran saya tu dah tak menggila bunyinya…kalau tak riuh rendah. Tu aje nak beritahu…terima kasih.”

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

No comments: