Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Tuesday, December 21, 2010

Pengalaman Muallij 48 – Ular atau Jin?

Mudir menelefon saya sebaik saja saya sampai ke rumah selepas solat Asar di madrasah:

Mudir: "Dimana?"

Saya: "Baru aje jejak kaki di rumah ni."

Mudir: "Boleh pergi balik ke madrasah? Ada budak kena patuk ular la. Aku kat luar ni."

Saya: "Oh ye ke. Jap, saya ke sana sekarang."

Setibanya saya di madrasah, kelihatan beberapa orang pelajar mengerumuni seorang pelajar yang bernama Ali. Kelihatan tangannya dijerut dengan tali.

Saya: "Masuk." (memberi arahan supaya dia cepat-cepat masuk ke kereta)

Kawan Ali: "Ni ha ustaz…" (menyerahkan kepada saya botol plastic yang berisi seekor anak ular yang masih hidup).

Kami bergegas ke sebuah klinik berdekatan, namun doctor klinik itu terus menyuruh kami ke hospital kerana patukan ular (tedung) itu amat merbahaya. Tanpa membuang masa kami terus meredah kesibukan jalanraya menuju ke hospital yang mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan.

Setibanya di hospital, Ali terus diletakkan di bahagian kecemasan kritikal. Pekerja hospital termasuklah para doktor mengerumuni ular itu kerana katanya baru pertama kali pesakit datang ke hospital membawa ular hidup. Kebiasaannya pesakit membawa ular yang dah mati.

Ali diberi suntikan anti-venom setelah mendapat persetujuan ibubapa Ali yang tiba sejam kemudian. Ali kelihatan tenang walaupun dia mula merasai kebas dan pening.

Ali ditempatkan di wad selama beberapa hari sebelum dia dibawa pulang oleh ibubapanya ke rumah.

Hampir 2 minggu saya tidak menemui Ali. Setelah dia pulih, ibubapanya menghantar dia kembali ke madrasah.

Saya: "Ha, Ali. Apa khabar?"

Ali: "Baik…dah baik dah."

Saya: "Alhamdulillah syukurlah kamu selamat."

Sebenarnya sebelum Ali dipatuk ular, dia pernah beberapa kali mendesak saya merawatnya kerana katanya dia menghadapi masalah gangguan. Cuma pada ketika itu saya tidak ada peluang masa yang sesuai untuk merawatnya.

Kali ini Ali mengemukakan permintaan yang sama, lalu saya terpaksa menunaikannya dengan kadar segera.

Teknik gantung tangan jelas membuktikan bahawa beliau bersaka.

Saya: "Kamu ada saka?"

Ali: "Ya. Saya memang tahu pasal tu."

Saya: "Habis tu tak pergi berubat ke?"

Ali: "Tak. Kami buat tak endah aje."

Teknik gantung tangan juga menunjukkan ada jin-jin lain selain saka.

Saya: "Aik? Jin apa pulak ni?"

Ali: "Entahlah ustaz."

Saya menggunakan pergerakan jari telunjuk untuk mengetahui latar belakang jin-jin tersebut. Jari telunjuk akan diangkat dan jika jin itu menjawab persoalan yang diajukan kepada mereka, maka jari tersebut akan dijatuhkan.

Saya: "Adakah kamu jin sihir?"

Jin: (Jari diam) – "Tidak."

Saya: "Adakah kamu jin yang suka dengan dia (Ali)?"

Jin: (Jari diam) – "Tidak."

Saya: "Adakah kamu jin yang marah dengan dia (Ali)?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Saya: "Kamu bukan jin saka, bukan jin sihir, bukan jin asyik. Tapi kamu adalah jin yang marah dengan dia (Ali)?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Saya: "Adakah kamu marah sebab dia pernah menyakiti kamu atau ahli keluarga kamu?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Melihatkan gerak jari yang agak melilau-lilau seperti pergerakan ular, saya mula menyoal:

Saya: "Adakah kamu binatang?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Saya: "Adakah kamu ular?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Teringat kembali kisah Ali dipatuk ular saya terus menyoal:

Saya: "Adakah kamu marah sebab anak kamu dibunuh?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Saya: "Adakah jin yang mematuk dia (Ali) adalah anak kamu?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Saya: "Anak kamu dibunuh? Kamu pasti?"

Jin: (Jari jatuh) - "Ya."

Dialog gerak jari itu kemudiannya telah menjelaskan kedudukan sebenar antara Ali dan jin ular tersebut. Di dalam tubuh Ali didiami oleh ibubapa kepada ular yang mematuk Ali. Pasangan ini (jin) memiliki 6 ekor anak yang tinggal bersama-sama mereka dan mereka masuk ke dalam tubuh Ali demi untuk menuntut bela atas kematian anaknya yang sebenarnya telah dibunuh oleh Jabatan Perhilitan (setelah diserahkan hidup-hidup kepada pihak hospital).

1 comment:

Anonymous said...

salam. syukran ustaz. lpas rawatan isnin lepas, saya dah semakin sihat dan segar..kalu x rase nak tdurrr je n x larat. t.kasih