Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Isnin, 27 Disember 2010

Pengalaman Muallij 49 - Dilema Bau

Senario 1

"Wah, manyak wangi wo!", begitulah tegur seorang kontraktor paip berbangsa Cina apabila saya memulakan pemagaran ke atas sebuah rumah yang masih dalam pembinaan. Teguran itu menyebabkan saya tercengang sebentar.

Saya: "Wangi?"

Kontraktor: "Wah, manyak bagus wo…"

Saya: "Ye ke tauke?"

Kontraktor: "Ya la. Wah, lu selalu bikin ini macam ka?"

Saya: "Sekali sekala saya ada datang bikin ini (pemagaran)."

Kontraktor: "Bagus lo. Nanti kita bikin kerja pun manyak senang. Tada masalah."

Saya: (senyum)

Apabila agak terselindung dari kelibat kontraktor itu saya mula mencari-cari bau wangi yang didakwanya. Malangnya tidak ada bau wangi pun yang dapat saya hidu. Yang pasti, saya tidak memakai sebarang wangi-wangian atau pun sebarang minyak atar dan air yang digunakan untuk spray dinding rumah itu cuma air 'mineral water' yang telah diruqyahkan.

Senario 2

"Wangi…", tegur kanak-kanak yang sedang sibuk belajar. "Minyak wangi ke ustaz?", tegur rakannya pula apabila saya memulakan pemagaran di sebuah tadika.

Saya: "Wangi ke?"

Kanak-kanak: "Mmm…wangi…"

Pening saya memikirkan dari mana datangnya bau wangi yang didakwa mereka kerana ianya juga cuma air 'mineral water' yang telah diruqyah.

Senario 3

"Habis hancing semua bahagian dapur.", kata seorang pengusaha tadika yang mendakwa ada orang telah menyimbah air kencing di kawasan dapur tadikanya.

Saya: "Tak bau pun." Dakwa saya semasa mencuci kawasan tersebut apabila 'bibik' tidak mahu melakukannya kerana bimbang ianya merupakan salah satu daripada kaedah penyihiran terhadap tadika itu.

Puan X: "Kuat betul bau dia kan ustaz?"

Saya: "Apasal saya tak bau apa-apa pun?"

Puan X: "Bau la ustaz. Bukan saya seorang, 'bibik' pun tak tahan dengan bau hancing ni."

Saya: "Oh, ye ke…"

Saya pening memikirkan tentang ketiga-tiga senario 'bau' yang berlaku. Sehingga kini masih belum ada jawapannya.

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

3 ulasan:

orangbaru berkata...

assalamualaikum, jika tidak keberatan, boleh tak kongsikan bacaan rukyah pada air tersebut? insyaallah, boleh di guna untuk pagar rumah sendiri dan keluarga...

Urban Muallij berkata...

wa'alaikumsalam. bacaan dari kitab 'manzil'.

orangbaru berkata...

terima kasih atas perkongsiannya....memang dah amal manzil ni tiap malam, tapi tak terpikir plak kegunaannya yg pelbagai ni...wassalam..