Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Wednesday, December 28, 2011

Pengalaman Muallij 56 - Jin Afrika

Setelah melalui beberapa sesi rawatan, Norman berasa amat lega. Kembung perut dan sesak nafasnya hilang dan beliau dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa. Beberapa hari selepas rawatan yang terakhir minggu lepas, beliau menelefon saya.


Norman: "Ustaz, semalam jari telunjuk saya tiba-tiba bergerak-gerak."

Saya: "Norman ada cuba dialog dengan jari tak?"

Norman: "Jin tu sengaja gerak-gerakkan jari saya sebab dia memang nak berdialog dengan saya. Jadi saya tanya dia macam-macam. Mulanya saya keliru sebab dia (jin) kata dia adalah jin sihir. Tapi bila saya tanya nama, dia bagitahu namanya F*dha. Nama yang jarang kita dengar.”

Saya: "Macamana kamu tanya nama dia?"

Norman: "Saya sebut 'alphabet' satu persatu. Kalau sampai kat huruf yang betul, jin tu akan turunkan jari."

Saya: “Wah, pandai ya kamu."

Norman: "Saya tiru ustaz la. He...he...(ketawa)."

Saya: "Lepas tu kamu buat apa?"

Norman: "Saya 'search' nama tu dalam internet. Rupanya nama tu nama orang Afrika."

Saya: “Oh, ye ke. ”

Norman: “Ye ustaz. Tak apa, saya tak boleh lama cakap dengan ustaz ni, nanti saya email ustaz.”

Saya: “Ok.”


*Berikut adalah email yang dihantar Norman kepada saya;

Salam Ustaz,

Saya Norman yang pernah mendapat rawatan dari Ustaz.

Gangguan yang saya dan isteri saya alami ialah saka dan sihir. Memang saya dan isteri ada saka dan telah disihir. Alhamdulillah, kami suami isteri telah sembuh dari kedua penyakit dengan bantuan Ustaz. Apa yang saya dapat membuat analisa, saka dan sihir yang dialami tidak memberi kesan fizikal pada saya. Hanya mengurangkan rezeki sahaja.

Tetapi sejak kebelakangan ini, selepas dirawat oleh Ustaz, saya bertemu pula dengan Jin Afrika yang bernama F*dha. Buat masa kini saya masih mengalami gangguan. Lebih dua tahun yang lepas saya tinggal di Kota Damansara dan jiran sebelah adalah penuntut dari Afrika. Memang kesan fizikal pada diri saya bermula semenjak dua tahun yang lepas. Saya teringat yang pada suatu pagi, saya temui taburan biji-biji plastik berwarna jingga di depan rumah dan pada masa itu saya tidak pedulikan biji-biji tersebut lalu terus sapu ke dalam tong sampah. Kalau tak silap saya, semenjak itu saya mula mendapat gangguan fizikal, termasuk gangguan seperti ‘poltergeist’ di dalam rumah.

Pada mulanya, gangguan tidak begitu ketara. Tetapi sekarang telah bertambah ketara mengganggu fizikal. InsyaAllah, nanti saya akan buat temujanji dengan Ustaz untuk kita selesaikan masalah Jin Afrika ni.

Terima kasih.

Tuesday, December 20, 2011

Teen Posts Pix of Friends on FB to Earn Money

A teenager who posted pictures of her beautiful friends on Facebook has been "sweet talking" some 30 men into giving her thousands of ringgit, reported Metro Ahad.

The 17-year-old, who only wanted to be known as Liana, has been running the scam for three years, earning between two and three thousand ringgit a month.

"Initially, I put up sexy photos on my account to attract friends and admirers. Suddenly, I found myself with thousands of acquaintances. I then took photos of my attractive friends and put these on my Facebook account. I'm embarrassed to put up pictures of myself because I'm fat," she said.

Liana would flirt with men who checked out her profile and asked them for money once they became interested in her.

"Once they have deposited the cash into my bank account, I would tell them that the money had not come through and they would transfer more," said the girl, who lives with her mother in Kuala Lumpur after her parents' divorce.

Liana, who said she did not regret her actions, targets up-and-coming artistes, siblings of celebrities, engineers and corporate executives. She said she spent the money on shopping, karaoke sessions and overseas trips.

The Star, Monday 19 December 2011

Saturday, December 17, 2011

Video Panduan Dialog Jari dan Merungkai Ikatan Sihir

Video ini berkenaan rawatan menggunakan dialog jari dan kaedah menyelesaikan masalah ikatan sihir.

Sila klik pada link ini untuk melihat video:

Friday, December 16, 2011

Pengalaman Muallij 55 - Bomoh Muda di Facebook

Puan L tak henti-henti berceloteh sambil tangannya bergerak mengisi borang rawatan. Suaminya, Encik A diam membisu. Tonasi suaranya seolah-olah seperti membebel dan sekali-sekala secara sinis memerli suaminya.

Bila Puan L puas membebel, saya memberi peluang kepada suaminya untuk bersuara. Namun Encik A tidak banyak bercakap malah hanya menunjukkan kepada saya kesan-kesan kecederaan akibat amukan isterinya. Kepalanya koyak dan berjahit, terdapat juga beberapa tanda-tanda lebam di tangan dan badannya. Kejadian pukul memukul ini berlaku hampir setiap hari.

Kenapa Puan L pukul suaminya? Adakah Encik A didera isterinya? Tidak…semuanya berpunca dari Facebook. Katanya Encik A mengenali seorang wanita (Cik X) di Facebook secara tidak sengaja. Perkenalan ini telah menyebabkan beliau terjebak dalam ‘hubungan sulit alam maya’ (cyber affairs). Hubungan ini berlarutan sehingga beberapa bulan sehinggalah hubungan ini dapat dihidu oleh isterinya.

Rawatan yang dilakukan ke atas Puan L mendapati bahawa dia bersaka. Sakanya amat-amat memarahi suaminya dan mengambil kesempatan untuk mempengaruhi Puan L supaya bertindak di luar kawalan dan membantu Puan L untuk memperolehi kekuatan tenaga yang luar biasa.

Rawatan yang dilakukan ke atas Encik A pula mendapati bahawa beliau telah disihir. Sihir ini pula bukan calang-calang sihir. Bukan sekadar bacaan mentera sahaja, malah terdapat pelbagai penggunaan barangan sihir. Malah diketahui juga bahawa penyihir itu sebenarnya adalah Cik X.

Beberapa perkara yang dapat dibongkar dari insiden ini ialah:

1) Cik X mahir ilmu sihir. Beliau sendiri melakukan sihir ini. Persoalannya, adakah Cik X merupakan seorang bomoh sihir?

2) Encik A seperti hilang pedoman dan seolah-olah dipukau setiap kali berkomunikasi dengan Cik X.

3) Cik X pernah meminta Encik A untuk menghadiahkannya pelbagai barangan. Daripada apa yang diminta, bolehlah dikatakan bahawa Cik X masih muda. Bomoh muda.

4) Cik X bertindak menukar profilnya sebaik mengetahui dirinya terancam.

5) Pakej sihir ini melibatkan sihir pukau, sihir pengasih dan sihir pemisah.

Kesimpulannya, berhati-hatilah apabila ber’facebook’. Cik X masih berusaha mencari mangsa-mangsa yang baru untuk dikikis. Beginilah cara beliau cari makan…

Sunday, October 23, 2011

Pengalaman Muallij 54 - Saka Mewah Permata


Norman berkahwin dengan seorang wanita yang berasal dari negara yang memiliki 4 musim. Hasil perkahwinan pasangan dari 2 benua yang berbeza ni, mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.


Norman tidak pernah sangka yang isterinya juga bersaka. Namun apabila hidup bersama barulah Norman tahu keadaan sebenarnya.


Hampir setiap hari mereka akan menemui beberapa bentuk batu permata diletakkan di beberapa lokasi di dalam rumah mereka. Muak dan jemu dengan penemuan batu-batu permata tersebut, seringkali ianya dicampak dan dibuang begitu sahaja.


Pernah suatu ketika Norman membawa salah satu dari batu-batu permata itu ke sebuah kedai emas. "Ayo...ini bukan manusia bikin wo...", perkataan yang pernah terpacul keluar dari mulut taukeh kedai emas tersebut. Namun bagi Norman dan isteri, mereka tetap tidak menganggap batu-batu permata itu berharga.


Mungkin sikap Norman dan isterinya yang tidak langsung menghargai pemberian saka telah menyebabkan rawatan hari ini menjadi amat mudah dan ringkas sehinggalah kesemua saka-saka itu bersetuju untuk dipindahkan.


Kini Norman dan isterinya bebas dari saka. Foto di atas merupakan 2 biji batu permata (baris kiri) yang dibawa oleh Norman untuk ditunjukkan kepada saya. Manakala 2 biji batu permata (baris kanan) merupakan batu-batu permata yang tiba-tiba muncul dalam bilik rawatan semasa rawatan dijalankan ke atas Norman.

Tuesday, September 13, 2011

Pengalaman Muallij 53 - Sihir Bazar Ramadan

Nazim tersenyum lebar bila mendapat pulangan yang agak lumayan pada hari pertama perniagaannya di sebuah lokasi bazar Ramadan. Dengan hanya 5 gerai yang menjual air minuman daripada keseluruhan 160 gerai, beliau optimis hasil jualannya akan terus meningkat untuk hari-hari yang mendatang.


Sangkaannya meleset apabila pada hari kedua perniagaan, gerai minumannya dikunjungi oleh hanya oleh beberapa orang pembeli sahaja dan beliau mendapat kutipan jualan yang amat sedikit. Keadaan ini juga dialami oleh kedua jiran niaga yang menjual makanan di sebelah kiri dan kanan gerainya.


Hari demi hari berlalu namun Nazim masih bersabar dan tidak ambil kesah tentang apa yang berlaku terhadap perniagaannya. Hampir setiap hari kenderaannya rosak dan beliau sering lewat memulakan perniagaannya. Sering juga berlaku perselisihan dan pertelingkahan di antara beliau dan pembantunya. Tubuh badannya juga terasa kurang bermaya, lenguh dan sakit-sakit. Lebih menghairankan ialah apabila secara tiba-tiba kedua-dua jiran niaganya tutup kedai dan berhenti berniaga bermula pada hari ketiga puasa.


Hampir lebih dari seminggu Nazim bertahan dengan pendapatan yang sedikit, beliau mula didatangi mimpi. Dalam mimpi itu beliau telah didatangi oleh 3 wanita yang tiba-tiba datang menyerangnya. Pergaduhan telah berlaku dengan dahsyatnya sehingga beliau telah dikejutkan oleh isterinya.


Isteri: "Teruknya abang ngigau. Macam tengah berlawan dengan sesuatu."

Nazim: "Abang mimpi berlawan dengan tukang sihir la."

Isteri: "Ish, abang ni merepek la. Penat sangat la tu."

Nazim: "Iya, betul...mimpi ni macam betul-betul berlaku."


Semenjak dari peristiwa itu, Nazim kemudiannya mengambil keputusan untuk datang menemui saya bagi mendapatkan rawatan. Rawatan yang dilakukan terhadapnya mendapati bahawa beliau telah disihir. Beberapa pertanyaan menggunakan kaedah dialog jari yang dilakukan terhadap jin-jin sihir tersebut mendapat 'respond' seperti berikut:


1) Jin-jin sihir memunculkan diri mereka dalam mimpi Nazim mempunyai tujuan untuk menakut-nakutkan Nazim kerana marahkan Nazim yang masih meneruskan perniagaan tanpa putus asa.

2) Sihir telah dilakukan oleh salah seorang daripada 5 pengusaha gerai minuman di bazar Ramadan tersebut. Sihir persaingan ini hanya dilakukan ke atas pengusaha gerai minuman sahaja.

3) Bahan sihir telah ditabur di lokasi tapak bazar perniagaan Nazim dan kesan dari aura sihir tersebut telah menyebabkan kedua-dua jiran niaga Nazim gulung tikar.


Syukur alhamdulillah perniagaan Nazim pulih seperti biasa selepas rawatan dilakukan terhadapnya. Badannya terasa selesa, urusan perniagaannya juga lancar dan hasil jualannya meningkat secara mendadak. Sehinggalah ke akhir Ramadhan beliau berjaya mengumpulkan pulangan yang cukup lumayan yang membuatkan beliau berasa amat-amat gembira dan tenang ketika menyambut hari raya Aidilfitri.

Thursday, July 21, 2011

Adakah Video Ini Menjelaskan Isu 'Botol'?

video

Video ini merupakan rakaman cctv di ruang reception sebuah premis perniagaan. Puan A, pemilik perniagaan ini pernah datang untuk mendapatkan rawatan suatu ketika dulu. Perniagaannya agak maju sekian lama, akan tetapi kali ini beliau datang lagi setelah perniagaannya agak merosot semenjak penemuan rakaman cctv objek bergerak ini.

Analisa ke atas video ini menimbulkan beberapa persoalan:

1) Bentuk - kelihatan ianya berbentuk bulat dan seolah ianya merupakan fenomena 'orb' yang sering menjadi isu di kalangan jurukamera rakaman fotografi (seperti contoh photo di bawah).

2) Pergerakan - ianyanya bergerak meluru menuju ke dinding kaca, tetapi gagal menembusinya. Akhirnya memilih ruang bawah pintu kaca untuk menyusup keluar.

3) Masa - ia mengambil sedikit masa untuk menyusup keluar. Seolah-olah cuba menyesuaikan diri dengan ruang bawah pintu kaca yang sempit itu.

4) Kaca - adakah video ini menjelaskan kepada kita tentang isu penggunaan botol kaca dalam rawatan? Adakah benar jin-jin tidak dapat menembusi botol kaca? Atau hanya botol kaca yang dibacakan ayat-ayat al-Quran padanya?

Lihat, teliti, kaji dan berikan komen anda.

Monday, February 14, 2011

Email Pesakit 2: Dilema Kehidupan Dibelenggu Saka

Salam Ustaz,

Di pagi hari ni terpanggil pulak nak hantar email kat ustaz.

Seperti yang ustaz sedia maklum, saya ni tengah berperang habis-habisan dgn saki baki jin-jin saka keturunan saya. Alhamdulillah, situasi dalam keadaan terkawal. Walau pun begitu, hampir sebulan saya diserang batuk, selepas 2 minggu sudah elok, tapi saya perasan lepas saya nekad nak perang habis-habisan ni, batuk saya berulang kembali 10 hari lepas, kali ni dengan lebih teruk sekali...dry cough, dengan batuk yang amat kuat sehingga menyesakkan nafas saya dan menyakitkan kepala. Walaupun begitu saya redho dan sentiasa berdoa kepada Allah. Saya berjumpa doktor dan saya diberi ubat semput sebab dah terlampau teruk. Seumur hidup saya, tak pernah kena semput ni, dan ini lah pengalaman batuk yang teramat teruk dan menyakitkan pernah saya alami. Kadang-kadang ada harinya ok, tapi saya perasan setiap hari isnin aje menjadi teruk, nak pengsan pun ada. Saya tak tahu lah kalau-kalau sakit ni ada kena mengena dengan jin-jin saka yang nak kenakan saya ke, waAllahua'lam.

Dalam masa itu juga, kemasukkan jin-jin dalam badan saya masih dapat dikawal, better dari dululah. Alhamdulillah syukur sangat kepada Allah, kerana Dia telah mengizinkan dan memakbulkan doa-doa saya...syukur. Disebabkan saya sudah lama sakit ni, jadi setiap kemasukkan jin-jin tersebut ke dalam badan saya, dapat saya rasakan secara instant/secara terus, alhamdulillah dengan ayat Kursi, dan niat membakar dan menghalau, jin-jin tersebut berjaya dikeluarkan.

Kisah yang nak diceritakan ini berlaku pada malam tadi...kerana serangan migraine yang teruk di pejabat, dan batuk-batuk yang membuatkan saya semput dan lemah, saya merasa ada percubaan kemasukkan jin-jin ke dalam badan saya (as usual lah)...depends lah kadang-kadang masuk tu secara halus, kadang-kadang kasar, itu semua dari pergerakan mereka...saya tahu apabila badan lemah dan tenaga kurang, semangat kurang, dan masa ini lah jin-jin tersebut akan cuba masuk juga dalam badan. Alhamdulillah saya masih mendapat kekuatan untuk melawan...semasa saya hendak tidur saya rasakan kemasukan secara kasar dari arah kaki kanan, saya halau dengan ayat Kursi, kemudian rasa pulak sebelah kiri, sama juga style nya...selepas itu saya rasakan pulak dari arah belakang...alhamdulillah saya dapat menolaknya dengan izin Allah.

Nak jadikan cerita, malam tadi saya bermimpi. Saya berjumpa seorang lelaki bertubuh sasa tapi mempunyai rupa paras seperti arwah bapa saya. Walaupun begitu, saya sangsi melihatnya, sebab saya jarang bermimpikan arwah bapa saya, cuma kalau saya bermimpi keadaan beliau tidak begitu.

Dalam mimpi tersebut, makhluk yang berupa arwah bapa saya mempunyai rupa yang bengis dan dalam keadaan marah, lalu dia berkata

Jin: "Aku tahulah, kau tak suka aku...tapi susah sangat nak masuk ni...arah bawah tak boleh, kiri dan kanan tak boleh, arah belakang pun tak boleh!!!"

Dia terus-menerus merungut...saya tak berapa ingat butir yang dicakapkan tapi saya tahu yang dia cuba memberi ancaman kepada saya.

Dalam mimpi itu, saya menjawab dengan ringkas;

Saya: "Kau ingat aku takut dengan kau! Aku hanya takut kepada Allah sahaja!"

Terus makhluk tersebut menghilangkan diri dan dengan serta-merta saya terus terjaga dari mimpi...ketika itu jam di dinding tepat pukul 1 pagi. Saya terus beristighfar dan membaca ayat Kursi lagi dan sambung tidur. Tak kuasa lah ustaz nak layan! Dah tahu tak boleh masuk, ada hati pulak nak marahkan saya! Blah aje lah...tak reti-reti bahasa...agaknya dah tunggu turn dia lama kot nak mengisi kekosongan tapi sampai masa tak boleh masuk dan kena halau pulak, so member bengang lah agaknya.

Saya ambik kesempatan nak mengucapkan terima kasih kepada ustaz, banyak yang saya pelajari dari ustaz, dalam berdoa, dalam mempertahankan diri dan lain-lain. Walau kadang-kadang kecundang jua dalam mempertahankan diri...tapi itu adalah 'part of life'...setiap kali kecundang tu kita belajar dari kesilapan...insyaAllah.

Saya paling suka bab tazkirah ustaz selepas menjalani rawatan. Keluarga saya pun suka bab tazkirah ini. Mungkin bagi ustaz benda ini simple aje, tapi bagi orang pernah sakit teruk suatu masa dulu macam saya ni, setiap kata-kata yang berunsur nasihat itu ada lah menjadi 'morale support' untuk melawan, menjadi kekuatan untuk menambah semangat dalam mengharungi cubaan yang Allah beri.

Sebahagian kawan-kawan saya yang mengetahui keadaan saya ni akan memberi 'respond' yang berbeza;

1) "Issh...kau ni percaya lah benda-benda macam ni, tak masuk di akal, pelik betul lah kau ni!"

Tindakan - Biarkan aje lah...nak buat macamana, esok dah kena batang hidung sendiri, pandai-pandai lah.

2) "Kau ni berani betul lah...kuat betul semangat kau, melawan, mendinding dan macam-macam, kalau aku, takut..."

Jawapan - Kalau tak berani dan tak kuat semangat, macam mana nak sembuh, macamana nak lawan dan halau makhluk-makhluk halus itu...buat apa nak takut...kita ni patutnya takut kepada Allah sahaja...mereka semua itu makhluk Allah jua, macam manusia tapi mempunyai kelebihan-kelebihan lain yang Allah beri, tetapi tetap Manusia itu Allah jadikan sebaik-baik kejadian.

3) (yang ni saya suka) - "Untungnya kau, Allah beri dugaan yang sebegini rupa, tentu ada banyak hijab yang Allah bukakan untuk kau. Jadi kau dapat melihat, mengetahui keadaan dan perangai makhluk halus tersebut dan yang paling bagus, kau dapat menghafal macam-macam ayat untuk jadi pendinding diri dan keluarga. Sedangkan orang yang macam kami ni, tak ada pendinding...tak ada apa, kalau terjadi apa-apa kepada kami tak tahu nak buat macam mana."

Komen saya - Dalam ramai kawan-kawan, seorang aje yang berpendapat sebegini tapi cukup saya berasakan bersyukur kerana ada juga yang melihat ianya satu kelebihan buat saya.

Memang saya akui, selepas melalui bermacam-macam rintangan untuk menyahkan saka-saka ini, saya bersyukur kerana Allah memilih saya. Allah telah memberi dugaan yang sebegini dan saya redho, seredho redhonya. Mungkin orang lain melihat sebagai satu malapetaka tapi bagi saya, ini hadiah istimewa dari Allah kepada saya, kerana saya dapat bermacam-macam iktibar dan hikmah dari segala yang berlaku. Yang paling utama, saya lebih mengenali Allah, memang saya akui banyak hijab yang Allah bukakan, untuk saya melihat dari 'different angle' kehidupan di dunia ini. Dan saya rasakan antaranya, pintu-pintu doa dibukakan dan menjadi terlalu dekat dengan Allah. Syukur alhamdulillah. Dan semua ini bukannya boleh dapat sebab saya sakit, tetapi daripada menghayati hikmah disebalik dugaan tersebut. Dan nak dapat hikmah-hikmah ini kenalah korban tidur untuk bangun tengah malam untuk solat taubat, tahajud dan sebagainya. Zikir beribu kali setiap hari, dan selebihnya Allah akan membimbing kita ke arah kehidupan yang lebih baik, bersih, jujur dan tawaddu’, insyaAllah.

Wassalam

Friday, February 11, 2011

Alhamdulillah


Alhamdulillah, akhirnya 'bilik islah' siap dibaik-pulih.

TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua PARA PENYUMBANG yang ikhlas membantu pihak madrasah sehinggalah 'bilik islah' kembali beroperasi seperti biasa. Kami meniatkan PAHALA BERTERUSAN kepada para penyumbang bagi setiap aktiviti yang melibatkan bilik ini.

Berikut adalah beberapa foto 'bilik islah' yang berwajah baru:

Unit Aircond 1.5hp baru berubah lokasi

Pendawaian serta cat baru

Tingkap/cermin dan karpet baru

Thursday, January 20, 2011

Bilik Rawatanku Terbakar

Kejadian berlaku petang tadi. Kebakaran berkemungkinan berpunca dari kerja-kerja 'welding' bagi menyiapkan tempat wuduk (bagi wanita) yang dilakukan di luar bilik ini. Ianya mungkin bermula dari percikan api 'welding' yang terkena langsir dan kemudiannya membakar unit aircond.

Bilik yang dinamakan 'Bilik Islah' ini adalah bilik serbaguna yang digunakan untuk pelbagai urusan madrasah seperti mesyuarat, kelas Al-Quran (dewasa), tempat solat wanita, tempat singgah tetamu wanita, bilik rehat jemaah (luar) ustaz-ustaz, bilik kaunseling pelajar dan termasuklah sebagai bilik rawatan.

Mulai hari ini bilik ini tidak lagi boleh digunakan langsung. Kesemua aktiviti yang berkaitan bilik ini akan terhenti sehinggalah ianya dibaikpulih sepenuhnya.

Barang-barang rawatan tidak langsung dijilat api

Tingkap terpaksa dipecahkan bagi tujuan memadam api

Bilik dipenuhi debu alat pemadam api, seakan selepas kejadian letusan gunung berapi

Zink biru adalah tempat wuduk wanita yang sedang dibina

Barang-barang rawatan berada hanya beberapa inci dari api

Unit aircond yang hangus terbakar

Kitab-kitab Al-Quran berada di sudut ini

Ruang menunggu dipenuhi debu pemadam api

Anggota bomba tiba setelah api dipadamkan sepenuhnya

Pegawai bomba sedang melakukan tinjauan

Para pembaca budiman, saya mengalu-alukan sumbangan anda bagi membaikpulih bilik ini. InsyaAllah proses baikpulih akan dilaksanakan dengan kadar segera bagi memastikan semua aktiviti bilik ini kembali seperti biasa.

Segala sumbangan bolehlah disalurkan kepada:

Urban Muallij Enterprise - Maybank 562786015464

Dari Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Jika seorang menggembirakan seorang yang ditimpa musibah, dia akan diberi pahala sama dengan (yang diberi kepada) orang yang ditimpa musibah. (HR Tirmizi)

Terima kasih.

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Thursday, January 13, 2011

Pengalaman Muallij 52 - Rakaman Perbualan Telefon Dengan Jin Saka

Pesakit ini kerasukan dan jin itu telah meminta ahli keluarganya supaya menghubungi saya. Perbualan itu telah dirakam menggunakan function 'voice recorder' dalam handphone saya. Beginilah hasil rakaman tersebut:

video

Ianya kemudiannya di'edit' dengan memadam dan memasukkan 'censor beep' pada perbualan yang mendedahkan identiti pesakit.

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

Thursday, January 6, 2011

Pengalaman Muallij 51 - Welcoming Doctors

Saya pernah dikunjungi oleh beberapa orang pengamal perubatan. Kebanyakan daripada mereka menjadi mangsa sihir yang lebih berkaitan dengan usaha perniagaan mereka. Tetapi kali ini saya dikunjungi seorang doktor pakar sebuah hospital swasta yang mengadu sakit-sakit badan yang amat ketara sejak kebelakangan ni. Pelbagai kaedah dilakukan serta pelbagai ubat-ubatan yang diambil gagal meredakan kesakitannya itu.

Kaedah gantung tangan menunjukkan bahawa Doktor S telah disihir. Teknik itu kemudiannya diperhalusi sehinggalah menemukan jawapan bahawa Doktor S tidak disihir tetapi menerima serangan sihir daripada pesakit-pesakitnya yang telah disihir.

Saya: "Ada infection la doktor. Black-magic infection."

Doktor S: "Ustaz, kenapa saya pulak yang kena?"

Saya: "Ianya bergantung kepada 'tugasan' yang diberi oleh tukang sihir kepada jin-jin sihir. Kebiasaannya tukang sihir akan menyuruh jin-jin sihir itu menyakiti pesakit dan juga menyakiti sesiapa sahaja yang menolongnya. Dan inilah yang telah berlaku kepada doktor."

Doktor S: "La, teruklah macam ni. Maknanya ramailah rakan-rakan saya yang lain pun turut kena ya, ustaz?"

Saya: "Inilah yang dikatakan sebagai pengorbanan…"

Rawatan ini juga mendapati bahawa Doktor S bebas dari saka. Bila ditanya tentang salasilah keturunan, memang Doktor S memiliki salasilah keturunan yang baik.

Persoalan mula timbul dalam fikiran saya tentang nasib doktor-doktor lain yang mengalami masalah yang sama yang berkaitan dengan makhluk halus. Adakah mereka hanya bertahan dengan ubat-ubatan klinikal sahaja? Kesian…poor them.

Nota: Jika Perawat sakit, jumpalah Doktor. Jika Doktor sakit, jumpalah Perawat...kerana...

"Dan apabila daku sakit, DIA lah Yang Menyembuhkan (Yasyfin) daku." (Surah Asy-Syu'ara 26:80)

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.