Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~

~.~

~.~

Thursday, January 20, 2011

Bilik Rawatanku Terbakar

Kejadian berlaku petang tadi. Kebakaran berkemungkinan berpunca dari kerja-kerja 'welding' bagi menyiapkan tempat wuduk (bagi wanita) yang dilakukan di luar bilik ini. Ianya mungkin bermula dari percikan api 'welding' yang terkena langsir dan kemudiannya membakar unit aircond.

Bilik yang dinamakan 'Bilik Islah' ini adalah bilik serbaguna yang digunakan untuk pelbagai urusan madrasah seperti mesyuarat, kelas Al-Quran (dewasa), tempat solat wanita, tempat singgah tetamu wanita, bilik rehat jemaah (luar) ustaz-ustaz, bilik kaunseling pelajar dan termasuklah sebagai bilik rawatan.

Mulai hari ini bilik ini tidak lagi boleh digunakan langsung. Kesemua aktiviti yang berkaitan bilik ini akan terhenti sehinggalah ianya dibaikpulih sepenuhnya.

Barang-barang rawatan tidak langsung dijilat api

Tingkap terpaksa dipecahkan bagi tujuan memadam api

Bilik dipenuhi debu alat pemadam api, seakan selepas kejadian letusan gunung berapi

Zink biru adalah tempat wuduk wanita yang sedang dibina

Barang-barang rawatan berada hanya beberapa inci dari api

Unit aircond yang hangus terbakar

Kitab-kitab Al-Quran berada di sudut ini

Ruang menunggu dipenuhi debu pemadam api

Anggota bomba tiba setelah api dipadamkan sepenuhnya

Pegawai bomba sedang melakukan tinjauan

Para pembaca budiman, saya mengalu-alukan sumbangan anda bagi membaikpulih bilik ini. InsyaAllah proses baikpulih akan dilaksanakan dengan kadar segera bagi memastikan semua aktiviti bilik ini kembali seperti biasa.

Segala sumbangan bolehlah disalurkan kepada:

Urban Muallij Enterprise - Maybank 562786015464

Dari Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Jika seorang menggembirakan seorang yang ditimpa musibah, dia akan diberi pahala sama dengan (yang diberi kepada) orang yang ditimpa musibah. (HR Tirmizi)

Terima kasih.

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

3 comments:

Abdul Majid Hasan said...

Salam,

Saya tumpangdengan simpati dengan kejadian ini innaliLLAHI wa inna ilaihi raji'un

Saya menyeru rakan perawat khususnya dari Angkatan Perawat Islam Nur Ehsan, AKRINE, agar sama-sama menghulurkan bantuan bagi membangunkan semula bilik rawatan ini.

Wassalam

zila said...

Assalamualaikum utz...

Saya juga turut bersimpati dgn kejadian ini....innaLILLAHI wa inna ilaihi raji'un....

Wasalam....

Kurast said...

Salam,

Saya sedih dengan kejadian ini innaliLLAHI wa inna ilaihi raji'un

Saya sebagai penerima rawatan begitu terkejut bile mana ustaz marzuki menghantar mesej tentang kejadian ni. Insyaallah, ade rezeki lebih sya cuba utk menghulurkan sumbangan...

Saya harap agar bilik rawatan dapat dibangunkan semula

Wassalam