Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Khamis, 6 Januari 2011

Pengalaman Muallij 51 - Welcoming Doctors

Saya pernah dikunjungi oleh beberapa orang pengamal perubatan. Kebanyakan daripada mereka menjadi mangsa sihir yang lebih berkaitan dengan usaha perniagaan mereka. Tetapi kali ini saya dikunjungi seorang doktor pakar sebuah hospital swasta yang mengadu sakit-sakit badan yang amat ketara sejak kebelakangan ni. Pelbagai kaedah dilakukan serta pelbagai ubat-ubatan yang diambil gagal meredakan kesakitannya itu.

Kaedah gantung tangan menunjukkan bahawa Doktor S telah disihir. Teknik itu kemudiannya diperhalusi sehinggalah menemukan jawapan bahawa Doktor S tidak disihir tetapi menerima serangan sihir daripada pesakit-pesakitnya yang telah disihir.

Saya: "Ada infection la doktor. Black-magic infection."

Doktor S: "Ustaz, kenapa saya pulak yang kena?"

Saya: "Ianya bergantung kepada 'tugasan' yang diberi oleh tukang sihir kepada jin-jin sihir. Kebiasaannya tukang sihir akan menyuruh jin-jin sihir itu menyakiti pesakit dan juga menyakiti sesiapa sahaja yang menolongnya. Dan inilah yang telah berlaku kepada doktor."

Doktor S: "La, teruklah macam ni. Maknanya ramailah rakan-rakan saya yang lain pun turut kena ya, ustaz?"

Saya: "Inilah yang dikatakan sebagai pengorbanan…"

Rawatan ini juga mendapati bahawa Doktor S bebas dari saka. Bila ditanya tentang salasilah keturunan, memang Doktor S memiliki salasilah keturunan yang baik.

Persoalan mula timbul dalam fikiran saya tentang nasib doktor-doktor lain yang mengalami masalah yang sama yang berkaitan dengan makhluk halus. Adakah mereka hanya bertahan dengan ubat-ubatan klinikal sahaja? Kesian…poor them.

Nota: Jika Perawat sakit, jumpalah Doktor. Jika Doktor sakit, jumpalah Perawat...kerana...

"Dan apabila daku sakit, DIA lah Yang Menyembuhkan (Yasyfin) daku." (Surah Asy-Syu'ara 26:80)

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam encik marzuki.

saya terjumpa blog encik ketika mecari tentang Rawatan dalam google.com.

saya ingin bertanya lebih lanjut tentang jin pendamping. adakah kesemua jin pendamping adalah jahat atau kafir?

Urban Muallij berkata...

Wkumsalam,
Tidak semua jahat dan tidak semua kafir. Sebenarnya agak susah untuk memberi penilaian kepada sifat jahat dan sifat baik apa-apa makhluk. Manusia pun sama, kelihatan baik tetapi jahat, dan sebaliknya kelihatan jahat tetapi sebenarnya baik. Apa yang paling parah dalam umat manusia adalah kelihatan kafir...tetapi rupanya Islam.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih encik marzuki atas infomasi yang encik berikan.

sebenarnya saya ada jin pendamping yang sentiasa bersama saya sejak kecil lagi. adakah ia tergolong dalam saka?