Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Monday, February 14, 2011

Email Pesakit 2: Dilema Kehidupan Dibelenggu Saka

Salam Ustaz,

Di pagi hari ni terpanggil pulak nak hantar email kat ustaz.

Seperti yang ustaz sedia maklum, saya ni tengah berperang habis-habisan dgn saki baki jin-jin saka keturunan saya. Alhamdulillah, situasi dalam keadaan terkawal. Walau pun begitu, hampir sebulan saya diserang batuk, selepas 2 minggu sudah elok, tapi saya perasan lepas saya nekad nak perang habis-habisan ni, batuk saya berulang kembali 10 hari lepas, kali ni dengan lebih teruk sekali...dry cough, dengan batuk yang amat kuat sehingga menyesakkan nafas saya dan menyakitkan kepala. Walaupun begitu saya redho dan sentiasa berdoa kepada Allah. Saya berjumpa doktor dan saya diberi ubat semput sebab dah terlampau teruk. Seumur hidup saya, tak pernah kena semput ni, dan ini lah pengalaman batuk yang teramat teruk dan menyakitkan pernah saya alami. Kadang-kadang ada harinya ok, tapi saya perasan setiap hari isnin aje menjadi teruk, nak pengsan pun ada. Saya tak tahu lah kalau-kalau sakit ni ada kena mengena dengan jin-jin saka yang nak kenakan saya ke, waAllahua'lam.

Dalam masa itu juga, kemasukkan jin-jin dalam badan saya masih dapat dikawal, better dari dululah. Alhamdulillah syukur sangat kepada Allah, kerana Dia telah mengizinkan dan memakbulkan doa-doa saya...syukur. Disebabkan saya sudah lama sakit ni, jadi setiap kemasukkan jin-jin tersebut ke dalam badan saya, dapat saya rasakan secara instant/secara terus, alhamdulillah dengan ayat Kursi, dan niat membakar dan menghalau, jin-jin tersebut berjaya dikeluarkan.

Kisah yang nak diceritakan ini berlaku pada malam tadi...kerana serangan migraine yang teruk di pejabat, dan batuk-batuk yang membuatkan saya semput dan lemah, saya merasa ada percubaan kemasukkan jin-jin ke dalam badan saya (as usual lah)...depends lah kadang-kadang masuk tu secara halus, kadang-kadang kasar, itu semua dari pergerakan mereka...saya tahu apabila badan lemah dan tenaga kurang, semangat kurang, dan masa ini lah jin-jin tersebut akan cuba masuk juga dalam badan. Alhamdulillah saya masih mendapat kekuatan untuk melawan...semasa saya hendak tidur saya rasakan kemasukan secara kasar dari arah kaki kanan, saya halau dengan ayat Kursi, kemudian rasa pulak sebelah kiri, sama juga style nya...selepas itu saya rasakan pulak dari arah belakang...alhamdulillah saya dapat menolaknya dengan izin Allah.

Nak jadikan cerita, malam tadi saya bermimpi. Saya berjumpa seorang lelaki bertubuh sasa tapi mempunyai rupa paras seperti arwah bapa saya. Walaupun begitu, saya sangsi melihatnya, sebab saya jarang bermimpikan arwah bapa saya, cuma kalau saya bermimpi keadaan beliau tidak begitu.

Dalam mimpi tersebut, makhluk yang berupa arwah bapa saya mempunyai rupa yang bengis dan dalam keadaan marah, lalu dia berkata

Jin: "Aku tahulah, kau tak suka aku...tapi susah sangat nak masuk ni...arah bawah tak boleh, kiri dan kanan tak boleh, arah belakang pun tak boleh!!!"

Dia terus-menerus merungut...saya tak berapa ingat butir yang dicakapkan tapi saya tahu yang dia cuba memberi ancaman kepada saya.

Dalam mimpi itu, saya menjawab dengan ringkas;

Saya: "Kau ingat aku takut dengan kau! Aku hanya takut kepada Allah sahaja!"

Terus makhluk tersebut menghilangkan diri dan dengan serta-merta saya terus terjaga dari mimpi...ketika itu jam di dinding tepat pukul 1 pagi. Saya terus beristighfar dan membaca ayat Kursi lagi dan sambung tidur. Tak kuasa lah ustaz nak layan! Dah tahu tak boleh masuk, ada hati pulak nak marahkan saya! Blah aje lah...tak reti-reti bahasa...agaknya dah tunggu turn dia lama kot nak mengisi kekosongan tapi sampai masa tak boleh masuk dan kena halau pulak, so member bengang lah agaknya.

Saya ambik kesempatan nak mengucapkan terima kasih kepada ustaz, banyak yang saya pelajari dari ustaz, dalam berdoa, dalam mempertahankan diri dan lain-lain. Walau kadang-kadang kecundang jua dalam mempertahankan diri...tapi itu adalah 'part of life'...setiap kali kecundang tu kita belajar dari kesilapan...insyaAllah.

Saya paling suka bab tazkirah ustaz selepas menjalani rawatan. Keluarga saya pun suka bab tazkirah ini. Mungkin bagi ustaz benda ini simple aje, tapi bagi orang pernah sakit teruk suatu masa dulu macam saya ni, setiap kata-kata yang berunsur nasihat itu ada lah menjadi 'morale support' untuk melawan, menjadi kekuatan untuk menambah semangat dalam mengharungi cubaan yang Allah beri.

Sebahagian kawan-kawan saya yang mengetahui keadaan saya ni akan memberi 'respond' yang berbeza;

1) "Issh...kau ni percaya lah benda-benda macam ni, tak masuk di akal, pelik betul lah kau ni!"

Tindakan - Biarkan aje lah...nak buat macamana, esok dah kena batang hidung sendiri, pandai-pandai lah.

2) "Kau ni berani betul lah...kuat betul semangat kau, melawan, mendinding dan macam-macam, kalau aku, takut..."

Jawapan - Kalau tak berani dan tak kuat semangat, macam mana nak sembuh, macamana nak lawan dan halau makhluk-makhluk halus itu...buat apa nak takut...kita ni patutnya takut kepada Allah sahaja...mereka semua itu makhluk Allah jua, macam manusia tapi mempunyai kelebihan-kelebihan lain yang Allah beri, tetapi tetap Manusia itu Allah jadikan sebaik-baik kejadian.

3) (yang ni saya suka) - "Untungnya kau, Allah beri dugaan yang sebegini rupa, tentu ada banyak hijab yang Allah bukakan untuk kau. Jadi kau dapat melihat, mengetahui keadaan dan perangai makhluk halus tersebut dan yang paling bagus, kau dapat menghafal macam-macam ayat untuk jadi pendinding diri dan keluarga. Sedangkan orang yang macam kami ni, tak ada pendinding...tak ada apa, kalau terjadi apa-apa kepada kami tak tahu nak buat macam mana."

Komen saya - Dalam ramai kawan-kawan, seorang aje yang berpendapat sebegini tapi cukup saya berasakan bersyukur kerana ada juga yang melihat ianya satu kelebihan buat saya.

Memang saya akui, selepas melalui bermacam-macam rintangan untuk menyahkan saka-saka ini, saya bersyukur kerana Allah memilih saya. Allah telah memberi dugaan yang sebegini dan saya redho, seredho redhonya. Mungkin orang lain melihat sebagai satu malapetaka tapi bagi saya, ini hadiah istimewa dari Allah kepada saya, kerana saya dapat bermacam-macam iktibar dan hikmah dari segala yang berlaku. Yang paling utama, saya lebih mengenali Allah, memang saya akui banyak hijab yang Allah bukakan, untuk saya melihat dari 'different angle' kehidupan di dunia ini. Dan saya rasakan antaranya, pintu-pintu doa dibukakan dan menjadi terlalu dekat dengan Allah. Syukur alhamdulillah. Dan semua ini bukannya boleh dapat sebab saya sakit, tetapi daripada menghayati hikmah disebalik dugaan tersebut. Dan nak dapat hikmah-hikmah ini kenalah korban tidur untuk bangun tengah malam untuk solat taubat, tahajud dan sebagainya. Zikir beribu kali setiap hari, dan selebihnya Allah akan membimbing kita ke arah kehidupan yang lebih baik, bersih, jujur dan tawaddu’, insyaAllah.

Wassalam

2 comments:

Akrine Putrajaya said...

alhamdulillah, tahniah syeh... bagusnya dapat pesakit sebegini, mengingati perawat dan mengucapkan jutaan terima kasih... semoga Allah memberikan kesembuhan untuknya..amien

Anonymous said...

As-Salam.....seronok sy membaca cerita ni krn ianya juga satu motivasi utk saya melawan serangan2 yg boleh dikatakan serupa.....kalau tidak sblm ni sy lemah....tp lama-kelamaan dgn bimbingan Utz Marzuki dan beberapa surah dan ayat2 yg diajar....sy mampu melawan serangan dgn sendiri....yg boleh dikatakan diserang setiap hari.....tp sy berserah pada Allah dan semakin mendekatkan diri kepadanya.....terima kasih pada Utz yg telah banyak membantu saya....semoga Allah shj yg dapat membalasnya.....tk