Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Khamis, 21 Julai 2011

Adakah Video Ini Menjelaskan Isu 'Botol'?


Video ini merupakan rakaman cctv di ruang reception sebuah premis perniagaan. Puan A, pemilik perniagaan ini pernah datang untuk mendapatkan rawatan suatu ketika dulu. Perniagaannya agak maju sekian lama, akan tetapi kali ini beliau datang lagi setelah perniagaannya agak merosot semenjak penemuan rakaman cctv objek bergerak ini.

Analisa ke atas video ini menimbulkan beberapa persoalan:

1) Bentuk - kelihatan ianya berbentuk bulat dan seolah ianya merupakan fenomena 'orb' yang sering menjadi isu di kalangan jurukamera rakaman fotografi (seperti contoh photo di bawah).

2) Pergerakan - ianyanya bergerak meluru menuju ke dinding kaca, tetapi gagal menembusinya. Akhirnya memilih ruang bawah pintu kaca untuk menyusup keluar.

3) Masa - ia mengambil sedikit masa untuk menyusup keluar. Seolah-olah cuba menyesuaikan diri dengan ruang bawah pintu kaca yang sempit itu.

4) Kaca - adakah video ini menjelaskan kepada kita tentang isu penggunaan botol kaca dalam rawatan? Adakah benar jin-jin tidak dapat menembusi botol kaca? Atau hanya botol kaca yang dibacakan ayat-ayat al-Quran padanya?

Lihat, teliti, kaji dan berikan komen anda.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,pada pandangan saya,jin tidak dpt keluar melalui kaca,mungkin kerana jisim kaca padat,tapi sebaliknye jika btol plastik,kemungkinan setengah2 jenis jin atau keilmuannye dapat menebusinya..salam sahabat...

Akademi Keilmuan Karomah berkata...

Assalamualaikum ustaz...kaca adalah medium yg padat...tetapi untuk lebih berhati2 botol kaca juga perlu di pagar...

Tanpa Nama berkata...

BILA SAMPAI giliran foto 'hantu melayang' jenis "Orb" ini, nak pula orang islam ambil-pakai kajian saintifik Mat Salleh yg kafir tentang jin. Yg lain semuanya tak betul, tak kena. Tak ada basis. Had Orb ni, mesti ikut, mesti tabik mat salleh. Mcm tu?

Sri Siantan