Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Tuesday, September 13, 2011

Pengalaman Muallij 53 - Sihir Bazar Ramadan

Nazim tersenyum lebar bila mendapat pulangan yang agak lumayan pada hari pertama perniagaannya di sebuah lokasi bazar Ramadan. Dengan hanya 5 gerai yang menjual air minuman daripada keseluruhan 160 gerai, beliau optimis hasil jualannya akan terus meningkat untuk hari-hari yang mendatang.


Sangkaannya meleset apabila pada hari kedua perniagaan, gerai minumannya dikunjungi oleh hanya oleh beberapa orang pembeli sahaja dan beliau mendapat kutipan jualan yang amat sedikit. Keadaan ini juga dialami oleh kedua jiran niaga yang menjual makanan di sebelah kiri dan kanan gerainya.


Hari demi hari berlalu namun Nazim masih bersabar dan tidak ambil kesah tentang apa yang berlaku terhadap perniagaannya. Hampir setiap hari kenderaannya rosak dan beliau sering lewat memulakan perniagaannya. Sering juga berlaku perselisihan dan pertelingkahan di antara beliau dan pembantunya. Tubuh badannya juga terasa kurang bermaya, lenguh dan sakit-sakit. Lebih menghairankan ialah apabila secara tiba-tiba kedua-dua jiran niaganya tutup kedai dan berhenti berniaga bermula pada hari ketiga puasa.


Hampir lebih dari seminggu Nazim bertahan dengan pendapatan yang sedikit, beliau mula didatangi mimpi. Dalam mimpi itu beliau telah didatangi oleh 3 wanita yang tiba-tiba datang menyerangnya. Pergaduhan telah berlaku dengan dahsyatnya sehingga beliau telah dikejutkan oleh isterinya.


Isteri: "Teruknya abang ngigau. Macam tengah berlawan dengan sesuatu."

Nazim: "Abang mimpi berlawan dengan tukang sihir la."

Isteri: "Ish, abang ni merepek la. Penat sangat la tu."

Nazim: "Iya, betul...mimpi ni macam betul-betul berlaku."


Semenjak dari peristiwa itu, Nazim kemudiannya mengambil keputusan untuk datang menemui saya bagi mendapatkan rawatan. Rawatan yang dilakukan terhadapnya mendapati bahawa beliau telah disihir. Beberapa pertanyaan menggunakan kaedah dialog jari yang dilakukan terhadap jin-jin sihir tersebut mendapat 'respond' seperti berikut:


1) Jin-jin sihir memunculkan diri mereka dalam mimpi Nazim mempunyai tujuan untuk menakut-nakutkan Nazim kerana marahkan Nazim yang masih meneruskan perniagaan tanpa putus asa.

2) Sihir telah dilakukan oleh salah seorang daripada 5 pengusaha gerai minuman di bazar Ramadan tersebut. Sihir persaingan ini hanya dilakukan ke atas pengusaha gerai minuman sahaja.

3) Bahan sihir telah ditabur di lokasi tapak bazar perniagaan Nazim dan kesan dari aura sihir tersebut telah menyebabkan kedua-dua jiran niaga Nazim gulung tikar.


Syukur alhamdulillah perniagaan Nazim pulih seperti biasa selepas rawatan dilakukan terhadapnya. Badannya terasa selesa, urusan perniagaannya juga lancar dan hasil jualannya meningkat secara mendadak. Sehinggalah ke akhir Ramadhan beliau berjaya mengumpulkan pulangan yang cukup lumayan yang membuatkan beliau berasa amat-amat gembira dan tenang ketika menyambut hari raya Aidilfitri.