Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~

~.~

~.~

Sunday, October 23, 2011

Pengalaman Muallij 54 - Saka Mewah Permata


Norman berkahwin dengan seorang wanita yang berasal dari negara yang memiliki 4 musim. Hasil perkahwinan pasangan dari 2 benua yang berbeza ni, mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata.


Norman tidak pernah sangka yang isterinya juga bersaka. Namun apabila hidup bersama barulah Norman tahu keadaan sebenarnya.


Hampir setiap hari mereka akan menemui beberapa bentuk batu permata diletakkan di beberapa lokasi di dalam rumah mereka. Muak dan jemu dengan penemuan batu-batu permata tersebut, seringkali ianya dicampak dan dibuang begitu sahaja.


Pernah suatu ketika Norman membawa salah satu dari batu-batu permata itu ke sebuah kedai emas. "Ayo...ini bukan manusia bikin wo...", perkataan yang pernah terpacul keluar dari mulut taukeh kedai emas tersebut. Namun bagi Norman dan isteri, mereka tetap tidak menganggap batu-batu permata itu berharga.


Mungkin sikap Norman dan isterinya yang tidak langsung menghargai pemberian saka telah menyebabkan rawatan hari ini menjadi amat mudah dan ringkas sehinggalah kesemua saka-saka itu bersetuju untuk dipindahkan.


Kini Norman dan isterinya bebas dari saka. Foto di atas merupakan 2 biji batu permata (baris kiri) yang dibawa oleh Norman untuk ditunjukkan kepada saya. Manakala 2 biji batu permata (baris kanan) merupakan batu-batu permata yang tiba-tiba muncul dalam bilik rawatan semasa rawatan dijalankan ke atas Norman.

2 comments:

Zahryl said...

As salam,

Bayangkan kalau saka tu bawak emas... :)

Urban Muallij said...

MasyaAllah,
Zahryl, saya pun ada terfikir macam tu jugak :)