Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~

~.~

~.~

Wednesday, December 28, 2011

Pengalaman Muallij 56 - Jin Afrika

Setelah melalui beberapa sesi rawatan, Norman berasa amat lega. Kembung perut dan sesak nafasnya hilang dan beliau dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa. Beberapa hari selepas rawatan yang terakhir minggu lepas, beliau menelefon saya.


Norman: "Ustaz, semalam jari telunjuk saya tiba-tiba bergerak-gerak."

Saya: "Norman ada cuba dialog dengan jari tak?"

Norman: "Jin tu sengaja gerak-gerakkan jari saya sebab dia memang nak berdialog dengan saya. Jadi saya tanya dia macam-macam. Mulanya saya keliru sebab dia (jin) kata dia adalah jin sihir. Tapi bila saya tanya nama, dia bagitahu namanya F*dha. Nama yang jarang kita dengar.”

Saya: "Macamana kamu tanya nama dia?"

Norman: "Saya sebut 'alphabet' satu persatu. Kalau sampai kat huruf yang betul, jin tu akan turunkan jari."

Saya: “Wah, pandai ya kamu."

Norman: "Saya tiru ustaz la. He...he...(ketawa)."

Saya: "Lepas tu kamu buat apa?"

Norman: "Saya 'search' nama tu dalam internet. Rupanya nama tu nama orang Afrika."

Saya: “Oh, ye ke. ”

Norman: “Ye ustaz. Tak apa, saya tak boleh lama cakap dengan ustaz ni, nanti saya email ustaz.”

Saya: “Ok.”


*Berikut adalah email yang dihantar Norman kepada saya;

Salam Ustaz,

Saya Norman yang pernah mendapat rawatan dari Ustaz.

Gangguan yang saya dan isteri saya alami ialah saka dan sihir. Memang saya dan isteri ada saka dan telah disihir. Alhamdulillah, kami suami isteri telah sembuh dari kedua penyakit dengan bantuan Ustaz. Apa yang saya dapat membuat analisa, saka dan sihir yang dialami tidak memberi kesan fizikal pada saya. Hanya mengurangkan rezeki sahaja.

Tetapi sejak kebelakangan ini, selepas dirawat oleh Ustaz, saya bertemu pula dengan Jin Afrika yang bernama F*dha. Buat masa kini saya masih mengalami gangguan. Lebih dua tahun yang lepas saya tinggal di Kota Damansara dan jiran sebelah adalah penuntut dari Afrika. Memang kesan fizikal pada diri saya bermula semenjak dua tahun yang lepas. Saya teringat yang pada suatu pagi, saya temui taburan biji-biji plastik berwarna jingga di depan rumah dan pada masa itu saya tidak pedulikan biji-biji tersebut lalu terus sapu ke dalam tong sampah. Kalau tak silap saya, semenjak itu saya mula mendapat gangguan fizikal, termasuk gangguan seperti ‘poltergeist’ di dalam rumah.

Pada mulanya, gangguan tidak begitu ketara. Tetapi sekarang telah bertambah ketara mengganggu fizikal. InsyaAllah, nanti saya akan buat temujanji dengan Ustaz untuk kita selesaikan masalah Jin Afrika ni.

Terima kasih.

No comments: