Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~

~.~

~.~

Thursday, January 5, 2012

Email Pesakit 3 (Part 2) - Kembara Pelajar Universiti

Aku merasakan perubahan yang amat ketara pada mukaku setelah melakukan teknik TKR. Walaupun tidak lagi menggunakan apa-apa ubatan, keadaan mukaku seolah-olah beransur pulih.

2 minggu berlalu, aku telah melakukan TKR buat kali kedua. Sama seperti rawatan pada kali pertama, aku mula membayangkan asramaku, rumahku dan tempat belajarku. Pada peringkat awal rawatan, aku sekali lagi dibawa ke tempat-tempat yang berlainan dan apabila aku menoleh ke belakang, sekali lagi kelihatan seekor makhluk yang seakan-akan ‘elf’ berada di belakangku. Lalu tanpa membuang masa, makhluk itu aku hantar ke Serambi Madinah. Setelah itu, menggunakan tangan kananku yang telah dibacakan ayat-ayat tertentu aku mula mengenalpasti jika terdapat sebarang bentuk gangguan yang berada di dalam rumahku. Selesai sudah ternyata tiada apa-apa lagi di dalam rumahku dan aku meneruskan perbuatan yang sama terhadap asramaku, tempat belajarku dan ahli-ahli keluargaku. Walaupun aku berjaya membayangkan tempat-tempat tersebut berbeza dengan sesi terdahulu, gambaran yang aku lihat pada kali ini tidak sejelas seperti mana yang aku lihat dahulu. Boleh dikatakan gambaran tersebut sekejap timbul dan sekejap tenggelam.

Setelah itu, Ustaz Marzuki mengarahkan agar aku memeriksa fizikal diriku bagi mengenalpasti jika terdapat sebarang gangguan. Aku menggunakan tangan kananku dan meletakkannya di hadapan tubuhku. Bermula dari atas kepala hingga ke hujung kaki. Setibanya di muka, aku menarik sesuatu di mukaku dan dengan izin Allah, aku melihat di atas tapak tangan kananku kini terdapat api yang sedang menyala. Aku mengulangi lagi perbuatanku dan kali ini aku berjaya menarik keluar kaca dan gasing di mukaku. Setelah itu aku menarik seekor makhluk kecil yang mana badannya bergumpal-gumpal dan setelah berdialog dengan Ustaz Marzuki, ternyata makhluk kecil inilah yang telah mengakibatkan penglihatanku terhadap tempat-tempat yang aku bayang tadi menjadi samar-samar. Makhluk ini telah ditugaskan untuk mengganggu sesi TKR pada kali ini. Ustaz Marzuki kemudiannya telah mengarahkan agar makhluk ini membawa ketuanya agar sesi dialog dapat dilakukan bersama ketuanya. Pada mulanya makhluk ini seakan membantah kerana tiada respon yang diberikan.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba aku melihat diriku berada di dalam bulatan api dan dengan bantuan Allah S.W.T., api tersebut berjaya dipadamkan. Setelah diugut untuk dipancung, tangan kiriku mula bergerak seolah-olah sedang mencari barang sihir bagi menangkap ketua kepada makhluk ini. Beberapa minit kemudian, di atas tangan kiriku kelihatan seperti kerusi kayu lalu kerusi itu berubah menjadi sepotong kayu, kemudiannya terbelah dua di tengahnya dan akhirnya di depanku kini berada seekor jin yang besar dengan susuk tubuhnya bergumpal-gumpal, berwarna hijau dan bermata satu. Jin ini duduk di atas kayu yang aku nampak sebentar tadi. Ustaz Marzuki mula bertanyakan beberapa soalan kepada jin tersebut namun jin ini diam membisu dan hanya mengelipkan matanya seolah-olah sedang memerhatikan kami.

Makhluk kecil yang berada di atas tapak tanganku telah aku hantar ke Serambi Madinah dan kini di tangan kananku telah didoakan sebilah pedang yang amat tajam untuk aku memancung jin yang besar ini. Walaubagaimanpun, aku tidak sampai hati untuk memancung jin tersebut lalu jin tersebut juga telah di hantar ke Serambi Madinah. Aku kembali mencari jika terdapat lagi sesuatu di mukaku dan kali ini di tangan kananku terdapat sebiji telur yang saiznya sederhana besar. Saiznya boleh aku katakan seakan-akan besarnya telur dinasor dan setelah ditanya gerangan siapa empunya telur ini, di tangan kiriku kini terdapat seorang perempuan yang amat pelik kepalanya. Kepala perempuan tersebut bercabang dan rambutnya adalah kulit kepala itu sendiri. Perempuan ini mengaku bahawa telur itu adalah kepunyaannya namun apabila ditanya adakah dia bertelur, perempuan itu hanya mendiamkan diri. Perempuan tersebut juga mengaku bahawa telur tersebut adalah makanannya dan tujuan telur itu berada di mukaku adalah sebagai umpan bagi memanggil jin sepertinya. Ditanya berapakah bilangan jin sepertinya yang sekarang berada di mukaku, perempuan itu kembali mendiamkan dirinya tetapi apabila ditanya adakah telur seperti yang di dalam genggamanku itu banyak lagi di mukaku, dia hanya tersenyum sinis. Setelah dibacakan ayat-ayat tertentu, aku menarik sekali lagi ‘benda’ tersebut dan kali ini di atas tanganku terdapat telur yang amat banyak beserta jin-jin yang amat banyak seakan-akan wanita sebentar tadi. Setelah itu, aku melihat api di tanganku dan kini 3 ekor jin gemuk mengaku bahawa api tersebut merupakan makanan mereka. Seterusnya, aku melihat serpihan kaca dan kali ini seekor jin yang amat kurus dan tinggi mengaku bahwa itu adalah makanannya. Aku kemudian melihat benda-benda kotor seperti gula-gula, gula getah dan lipas dan seekor jin gemuk pula mengaku bahawa itu adalah makanannya.

Aku mula merasakan sakit seperti sedang mencucuk-cucuk di telinga kananku dan setelah aku ambil ‘benda’ tersebut, aku melihat beberapa bilah pisau berada di atas tapak tanganku. Dengan izin Allah, pisau tersebut berubah menjadi makhluk seperti jin yang besar tadi cuma saiznya kali ini agak kecil. Makhluk ini juga telah diberi arahan untuk memanggil ketuanya namun tangan kiriku hanya digerak-gerakkan dan ketua makhluk ini tidak dipanggil. Ustaz Marzuki kemudian telah memutuskan untuk menghantar sahaja makhluk ini ke Serambi Madinah dan aku diberi arahan agar menyedut kesemua bentuk gangguan yang berada di tubuhku setelah dibacakan ayat-ayat tertentu. Ayat ini dibacakan agar aku boleh menarik segala bentuk gangguan yang berada di tubuhku. Semasa proses ini dijalankan, dengan izin Allah aku telah berjaya menarik keluar beberapa bentuk gangguan. Antaranya, sekumpulan jin, paku, tayar, cecair hijau dan sampah sarap. Kesemuanya dihantar ke Serambi Madinah.

Ustaz Marzuki menghentikan TKR setelah tanganku tidak lagi menyedut apa-apa makhluk halus. Aku merasakan tubuhku bersih. Ditanya oleh Ustaz Marzuki, "rasa bersih macamana?". Aku jawab, "rasa seperti selepas kita selesai mandi."

1 comment:

Zahryl said...

Assalamualaikum,

Ini adalah satu pengalaman yang hebat. Mungkin anak saya perlu juga melalui TKR memandangkan perubatan moden masih tidak berkesan sejak 13 tahun yang lalu dan kaedah scan biasa yang Ustaz buat masih tidak dapat menentukan bentuk gangguan yang menyebabkan sakit kulit anak saya selama ini.

Wassalam.