Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Thursday, July 12, 2012

Pengalaman Muallij 57 - Jin Ular 'Frust Gila'

Pesakit ini kerasukan sejak awal dia duduk untuk rawatan.

Saya: "Kenapa kamu muncung-muncung mulut kamu tu? Takut nak keluarkan suara ke?"
Jin: (Mengangguk-anggukkan kepala)
Saya: "Oh kamu tahu polisi bilik rawatan ni ya...tak boleh bercakap tanpa kebenaran. Oklah, sekarang saya benarkan kamu bercakap."

Maka mulalah jin ini bercakap-cakap tak henti-henti. Bercerita itu dan ini yang saya malas nak ambil kesah sangat. Tetapi saya mula tertarik dengan satu percakapan:

Jin: "Aku kecewa betullah dengan budak ni (pesakit)."
Saya: "Tadi bukan main seronok kamu bercerita, sekarang tiba-tiba kecewa pulak. Kenapa?"
Jin: "Ni aku nak cerita ni. Suatu masa dulu aku pernah menjelma jadi ular. Aku pun muncullah depan budak ni (pesakit). Niat aku nak takutkan dia lah. Tapi alangkah kecewanya aku..."
Saya: "Kenapa, dia tak takut?"
Jin: "Dia nampak macam takut. Tapi yang tak 'best'nya bila dia cakap, 'hei ular, jika engkau jin, baik kau beredar dari rumah ni, kalau tak aku akan bunuh kau.'"
Saya: "Habis tu, apa kau buat?"
Jin: "Dia ulang cakap macam tu 3 kali. Aku terus rasa kecewa sangat. Aku mula lemah semangat dan aku pun beredarlah."
Saya: "Wah, ayat macam tu pun boleh menyebabkan kau rasa kecewa melampau."
Jin: "Memang kecewa melampau. 'Frust' gila."
Saya: "Adakah disebabkan 'frust gila' kau beredar tinggalkan dia?"
Jin: "Ya lah!"

Saya tersenyum sambil mengenangkan beberapa potong hadis yang berkaitan dengan isu ini:

Mafhum Hadis 1: "Jin itu ada 3 golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan yang berpindah-randah." (Riwayat al-Hakim di dalam Al-Mustadrak)

Mafhum Hadis 2: "Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barang siapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir (jin yang tinggal di rumah) maka hendaklah mengarahkan ia keluar (sebanyak 3 kali). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan." (Riwayat Abi Said al-Khudri di dalam Sahih Muslim)

Mafhum Hadis 3: "Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (dalam perut) dan menghilangkan penglihatan oleh itu bunuhlah mereka." (Riwayat Imam Bukhari)

Mafhum Hadis 4: "Ular itu adalah jin yang diubah bentuknya sebagaimana kera dan babi yang diubah daripada kaum Bani Israil yang ingkar." (Riwayat al-Tabarani)

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

No comments: