Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Thursday, August 9, 2012

Coretan Luahan Perasaan Jin



Seorang pesakit memberikan kepada saya 2 keping kertas ini. Tertera di atas kertas ini luahan rasa jin yang mendiami tubuhnya. Tulisan tersebut adalah seperti berikut:

"Saya tak suka awak baca-baca. Saya sakit, awak tau tak? Saya tak nak keluar. Saya sayang awak. Awak baik. Awak tak nak ke kawan dengan saya? Awak ni memang sombong. Kenapa tak nak layan saya. Saya benci awak. Awak sakitkan saya. Berkali-kali awak jahat. Kenapa layan saya macam ni. Say tak faham awak. Saya tak mengerti akan awak. Saya tak nak awak tahu siapa saya. Kalau awak tetap dengan cara awak, saya akan terus sakitkan awak. Biar awak terseksa. Awak tak pernah buat tak baik. Tapi ada orang tak suka awak sebab tu saya nak jaga awak. Saya memang tinggal kat rumah awak. Kenapa nak buang saya. Saya suka awak. Dalam ramai-ramai yang ada kat rumah awak, awak yang saya pilih. Rasanya tak perlu awak tanya siapa saya. Sebenarnya banyak dah benda yang orang lain tak nampak dan tak tahu, awak dah tahu. Jangan tanya lagi soalan ni. Sebenarnya ada orang tak suka mak awak. Tetapi orang tu 'attack' awak. Orang tu tak puas lagi. Lepas di 'attack' mak awak, awak pula yang seterusnya sebab jenis melawan, tak suka menerima. Afiqah tu saya tak suka. Jangan jumpa atau bercakap dengan dia. Ini hal kami. Jangan masuk campur. Nak saya sakitkan awak ke, baru nak faham hah? Tak payah. Kalau engkau pergi jugak, teruk kan aku kerjakan. Aku nak kau duduk diam-diam, jangan buat apa-apa. Banyak benda lagi tak 'settle' di antara aku dan engkau. Aku tak habis lagi. Aku tak akan lepaskan kau sewenang-wenangnya. Aku tak nak keluar. Engkau tak reti-reti ke nak faham bahasa mudah ni. Dah la. 'Point'nya aku tak keluar. Full stop."


*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

2 comments:

Anonymous said...

Hebat juga bahasa jin ni...

Zahryl.

Anonymous said...

Hebat juga bahasa jin ni...

Zahryl.