Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Thursday, October 11, 2012

Tangkal Moden


Bila pesakit menyerahkan kepada saya tangkal ini, saya terkejut kerana bentuk asalnya merupakan sebuah 'key-chain' plastik yang telah dimampat dengan rapi. Kalau dibuat penelitian, ianya seolah-olah disediakan dengan menggunakan acuan atau 'mould'. Plastik keras warna hitam gelap yang menyebabkan kita tidak boleh melihat isi kandungannya. Ianya padat dan mampat, tidak ada apa-apa bunyi kalau digoncangkan dan ianya tidak ruang cantum yang boleh dicungkil.

Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk membakar 'key-chain' plastik ini.

Nyalaan api yang berasap hitam mencairkan plastik itu yang kemudiannya memperlihatkan isi kandungannya berwarna 'silver'. Ianya merupakan kertas timah.

Setelah membuka lipatan rapi kertas timah itu saya ditemukan dengan lipatan rapi kepingan timah. Setelah membuka lipatan kepingan timah barulah saya bertemu dengan kertas yang dilipat rapi tertera tulisan seperti foto di atas.

Kalau dulu kita lihat tangkal disediakan dengan hanya menggunakan balutan kain. Tapi kini ianya disediakan begitu rapi dan di balut dengan beberapa balutan, plastik keras, kertas timah dan kepingan timah.

*Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.

2 comments:

Zahryl said...

Assalam,

Pesakit membeli 'key chain' ini atau diberi oleh bomoh?

Zahryl said...

Assalam,

Pesakit membeli 'key chain' ini atau diberi oleh bomoh?