Rabu, 27 Februari 2013
Magik kan?
Walaupun masa rawatan Wawa sedikit kerasukan namun dia tampak segar bugar setelah gangguan itu dikeluarkan. Semasa abangnya Rizal dirawat, beliau ceria sambil tertawa kerana gelihati melihat telatah abangnya yang juga sedikit kerasukan.
Alhamdulillah, setelah selesai sesi rawatan untuk keluarga ini...
Wawa: "Erm..ustaz, berapa harga kasturi ni?"
Saya: "Enam ringgit.."
Wawa: "Ok, saya nak 5 botol."
Tiba-tiba Wawa yang sedang memegang botol-botol kasturi tu terduduk sambil memegang kakinya.
Wawa: "Aduh..kenapa kaki saya tiba-tiba sakit ni ustaz?"
Saya: "Hrmm..sebab pegang botol kasturi tu la. Cuba bagi kakak pegang."
Wawa segera menyerahkan semua botol-botol itu kepada kakaknya dan terus bangun berdiri.
Wawa: "A'ah la. Dah tak sakit. Magik la. Tapi...ye ke sebab pegang botol ni?"
Saya: "Cubalah test sekali lagi. Ambik satu botol aje pun tak pe."
Kakak Wawa menghulurkan 1 botol kepada Wawa dan beliau kembali terduduk...
Saya: "Magik kan?"
Bilik rawatan riuh dengan gelak ketawa kami melihat telatah Wawa.
Selasa, 26 Februari 2013
Imej Pelik Dalam Tangkal
Sejak bernikah 3 bulan lepas, mereka tinggal berasingan. Si isteri tak mahu tinggal bersama si suami. Perilaku pelik si isteri memeningkan kepala si suami. Perawat pun pening jugak.
Tergerak hati si suami nak geledah hand-bag si isteri. Apa yang ditemui ialah tangkal ini. Bila di rungkai, sangkaku ianya dalam bentuk tulisan. Tetapi ianya dalam bentuk chop. Lama-lama tenung akan nampak imej pandangan sisi wajah manusia. Anda nampak tak?
Ahad, 24 Februari 2013
BEBIRI 24 Februari 2013
Peserta BEBIRI pertama
Role-play
Pemagaran: berbelang-belang dinding PLUM
Pemagaran di luar PLUM
Pusing-pusing pagar rumah
Pemagaran berjemaah
Gelagat pesakit dan perawat
Geng muslimah
Sesi praktikal (BEBIRI PRAKTIK)
Jumaat, 22 Februari 2013
Tidak Mengenal Usia
Adik ini berumur 7 tahun...
Khamis, 21 Februari 2013
Rabu, 13 Februari 2013
Bila Jin Melukis (Part 2)
Berikut adalah ilustrasi yang dilukis oleh seorang pesakit yang kerasukan. Setiap coretan menceritakan sesuatu. Panjang ceritanya. Saya pun dah tak ingat.
Isnin, 11 Februari 2013
Bengkel Untuk Para Usahawan - *BEDURI*
Tarikh : AHAD 17
FEBRUARI 2013
Masa: 8.30 pagi
– 5.00 petang
Tempat:
Pusat Latihan Urban Muallij (PLUM), No.
10, Lot 4106, Jalan Haji Hussin,
Kg Jalan Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan
Yuran: RM150
(Nota, jamuan dan sijil)
Sinopsis Pengisian:
· Bisnes dalam
Islam serta etika usahawan Islam
· Perbincangan
tentang pelaris, pendinding dan sihir bisnes
· Pengenalan dan
soal jawab tentang perihal alam ghaib
· Perbincangan
tentang kaitan penyakit dan gangguan makhluk halus
· Perkongsian
kaedah-kaedah rawatan DIY
· Perkongsian
teknik-teknik rawatan asas berkaitan gangguan makhluk halus
Pengijazahan:
· Amalan benteng
diri
· Teknik-teknik
rawatan
|
Penceramah/Pengajar:
Marzuki Ismail
Pengamal Perubatan Urban
Muallij
Naib Pengetua, Darul Tahfiz
Ummul Qura’ Jalan Kebun
|
Untuk Pendaftaran (Secara SMS kepada 0192646944)
Sila Taip NAMA
IC BEDURI
*Tarikh tutup adalah 3 hari sebelum tarikh penganjuran
BEDURI
TEMPAT TERHAD
Bila Jin Melukis (Part 1)
Berikut adalah lakaran-lakaran yang dilukis pesakit yang kerasukan. Jin cuba memberitahu siapa penyihir yang terlibat dalam penyihiran ini. Sungguh kreatif. Sekadar perkongsian sahaja.
Ahad, 3 Februari 2013
Keris Dalam Batu Permata, Biar Benar...
Langgan:
Catatan (Atom)