Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Wednesday, February 27, 2013

Magik kan?


Walaupun masa rawatan Wawa sedikit kerasukan namun dia tampak segar bugar setelah gangguan itu dikeluarkan. Semasa abangnya Rizal dirawat, beliau ceria sambil tertawa kerana gelihati melihat telatah abangnya yang juga sedikit kerasukan.

Alhamdulillah, setelah selesai sesi rawatan untuk keluarga ini...

Wawa: "Erm..ustaz, berapa harga kasturi ni?"
Saya: "Enam ringgit.."
Wawa: "Ok, saya nak 5 botol."

Tiba-tiba Wawa yang sedang memegang botol-botol kasturi tu terduduk sambil memegang kakinya.

Wawa: "Aduh..kenapa kaki saya tiba-tiba sakit ni ustaz?"
Saya: "Hrmm..sebab pegang botol kasturi tu la. Cuba bagi kakak pegang."

Wawa segera menyerahkan semua botol-botol itu kepada kakaknya dan terus bangun berdiri.

Wawa: "A'ah la. Dah tak sakit. Magik la. Tapi...ye ke sebab pegang botol ni?"
Saya: "Cubalah test sekali lagi. Ambik satu botol aje pun tak pe."

Kakak Wawa menghulurkan 1 botol kepada Wawa dan beliau kembali terduduk...

Saya: "Magik kan?"

Bilik rawatan riuh dengan gelak ketawa kami melihat telatah Wawa.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.