Di Urban Muallij, kami berpegang dengan polisi "zero-kerasukan". Apa yang dimaksudkan dengan polisi tersebut ialah, pesakit akan dirawat tanpa sebarang kerasukan dan dialog hanya akan dilakukan dengan menggunakan kaedah dialog jari telunjuk. Berikut dinukilkan beberapa perbualan saya dengan pesakit:
Pesakit 1:
Saya: "Kenapa kamu senyum je."
Pesakit: "Saya senyum sebab saya sangat gembira. Saya tidak kerasukan."
Saya: "Kamu selalu kerasukan ke?"
Pesakit: "Saya selalu kerasukan di hampir semua pusat-pusat rawatan yang saya kunjungi. Ini pertama kali saya tidak kerasukan."
Saya: "Apa perasaan kamu jika kamu kerasukan."
Pesakit: "Ya Allah ustaz, mestilah malu. Kalau tempat rawatan tu public (awam/umum) tak ada privasi, tersangatlah malunya. Kalau dah pergi sekali, tak mahu pergi lagi."
Saya: "Jadi apa yang kamu rasa sekarang?"
Pesakit: "Rawatan ni rileks dan santai. Saya tak rasa penat pun. Malahan rasa lega sangat."
Pesakit 2:
Pesakit: "Ustaz, baru-baru ni abang saya ada bawa seorang perawat datang rumah."
Saya: "So, macamana?"
Pesakit: "Saya kerasukan ustaz."
Saya: "Ha? Ye ke?"
Pesakit: "A'ah. Jin yang muncul adalah saka sebelah ayah."
Saya: "Teruk ke?"
Pesakit: "Teruk jugak. Tapi yang paling teruk adalah bila jin saka ini berleter kepada semua orang termasuk tunang saya."
Saya: "Eh, bukan ke kamu nak kawin tengah bulan ni?"
Pesakit: "Itulah yang saya risau sangat tu. Tunang saya seharian merajuk sebab dia sangka leteran itu sebenarnya datang dari saya, bukannya jin. Susah payah saya terangkan, tapi dia masih tak berapa percaya."
Saya: "Itulah bahana kerasukan."
Petikan Nota Dalam Modul BEBIRI:
Info Berkenaan Kerasukan:
Kerasukan
terbahagi kepada 3 tahap:
a)
Kerasukan Penuh
Pesakit
tidak sedar sepenuhnya. Fizikal dan mental pesakit dikawal sepenuhnya oleh jin.
b)
Kerasukan Separuh
Pesakit
dikawal sepenuhnya tetapi sedar dan menyaksikan perlakuan dirinya.
c)
Kerasukan Anggota
Beberapa
anggota badan seperti jari, tangan, bahu, kaki dan kepala digerakkan secara
spontan apabila dibacakan ayat-ayat ruqyah atau bergerak sebagai respons kepada
arahan perawat. Pesakit sedar sepenuhnya dan mampu mengawal anggota tubuhnya.
Prinsip Berkenaan Kerasukan:
Perawat
dinasihatkan supaya mengelakkan daripada berlaku kerasukan samada ‘kerasukan
penuh’ atau ‘kerasukan separuh’. Bila pesakit kerasukan, banyak perkara
berkaitan prosedur rawatan akan terganggu.
Beberapa
keburukan rawatan dalam keadaan kerasukan ‘penuh’ atau ‘separuh’:
a)
Aib
Ianya
akan menjatuhkan maruah pesakit.
b)
Syok Sendiri
Perawat
akan membuang masa melayan kerenah 1 jin yang muncul untuk bercakap, padahal di
dalam tubuh pesakit memiliki ratusan jin yang lain.
c)
Kecederaan
Kerasukan
yang melibatkan pergerakan fizikal yang ketara akan mengundang risiko
kecederaan samada kepada perawat mahupun pesakit.
d)
Penipuan
Perawat
akan leka dan terbawa-bawa dengan watak yang dilakonkan jin akan mudah
diperdayakan jin. *Seperti watak cerita 'upin dan ipin'. Seorang perempuan memain peranan 2 watak lelaki.
e)
Bising
Jeritan
dan ketawa yang kuat akan mengganggu keharmonian bilik rawatan.
f)
Faktor masa
Jin
akan cuba untuk mencuri masa perawat dengan melayan kerenahnya dan akan
menggangu sesi rawatan berikutnya.
Perawat perlu memilih ‘kerasukan anggota’ dalam
rawatan kerana:
a)
Konsep Majoriti dan Minoriti
Pergerakan
anggota bagi respons kepada soalan yang ditanyakan kepada jin adalah
berdasarkan majoriti dan minoriti terhadap jumlah keseluruhan jin di dalam
tubuh pesakit.
b)
Pemisahan
Mudah
untuk memisahkan kategori jin-jin di dalam tubuh tersebut, samada saka, sihir,
asyik dan sebagainya.
c)
Arahan
Jin
akan mudah untuk taat kepada arahan yang diberikan perawat.
d)
Tenang
Suasana
akan jadi lebih tenang dan tenteram.
e)
Fobia
Pesakit
tidak lagi fobia terhadap kerasukan yang sering berlaku kepadanya.
f)
Masa
Rawatan
akan mudah dikendalikan, tepat waktu dan tidak akan mengganggu sesi rawatan
yang berikutnya.
Jika berlaku kerasukan, apa perlu perawat lakukan:
a)
Tenang
Perawat
perlu tenang, tidak gelabah dan tidak beremosi.
b)
Bersedia
Perawat
dalam keadaan bersedia jika ada tindakan melulu dari pesakit.
c)
Tidak Melakukan Provokasi
Perawat
tidak sepatutnya meneruskan ancaman terhadap jin.
d)
Mengikat Jin Dengan Ayat
Menghembus
pada kaki pesakit ayat “Yaasin” berulang kali dengan niat jin diikat. Pesakit
tidak perlu dipegang oleh sesiapa.
f)
Dakwah
Berbicara
dengan hikmah dan mendakwahkan kebenaran.
g)
Menjaga Aib Pesakit
Pesakit
perlu disedarkan dari kerasukan jika ianya telah menjatuhkan maruah pesakit
dengan perbuatan tidak senonoh seperti membuka aurat, mengeluarkan kata-kata
lucah dan kesat, bertindak terlalu agresif dan sebagainya.
h)
Tidak Terpengaruh Dengan Jin
Dialog
yang terlalu lama akan mengundang fitnah. Perawat mungkin terbawa-bawa dengan
celoteh jin.
Tiada ulasan:
Catat Komen