Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Isnin, 22 April 2013

Aktiviti Pemagaran Restoran - Para Peserta BEBIRI 21 April 2013

Penyediaan air ruqyah 

Seronok! 

Mengisi air ruqyah ke dalam spray 

Penerangan sebelum memulakan pemagaran di luar restoran 

Tabur-tabur sekitar luar restoran 

Macam nak buat pest-control 

Happy hour 

Oklah tu. Kira lulus lah!

Penerangan demi penerangan

BEBIRI 21 April 2013

Bakal-bakal perawat 

 Tikam jangan tak tikam

Tikam pun tak lut 

Ganas peserta kali ni. Rotan pun patah :)

Slide presentation di awal BEBIRI

Semoga apa yang disampaikan memberi manafaat

Rabu, 17 April 2013

Bila Perawat Kena Warning

"Jaga kau ustaz! Aku tak kacau kau. Kau kacau aku ye. Jaga kau ustaz!"

Ungkapan ini sering saya terima bila berdepan dengan mana-mana jin yang marah dan terdesak. Biasanya saya akan diamkan diri tetapi adakalanya saya membalas dengan ungkapan dalam nada keras: "Memanglah kau tak kacau aku. Tapi kau kacau dia (pesakit)!"

Kami perawat, dah biasa menerima kata-kata amaran sebegitu. Boleh dikatakan 'hati kering'. Tetapi ungkapan amaran sebegini akan memberi kesan mendalam kepada pesakit. Sebagaimana yang berlaku petang tadi kepada seorang pesakit saya yang kerasukan:

Pesakit ini setelah sedar dari pengsan;
Pesakit: "Apa yang berlaku? Tak sedar langsung."
Saya: "Akak kerasukan tadi."
Pesakit: "Teruk ke ustaz?"
Suami pesakit: "Teruk jugak. Sampai bagi 'warning' kat ustaz."
Pesakit: "Eh, ye ke?"

Pesakit menangis teresak-esak:
Pesakit: "Maaf ya ustaz. Saya ni selalu menyusahkan orang..."
Saya: "Akak jangan la risau pasal saya. Kami perawat, walaupun nampak berseorangan, tetapi di belakang kami ada Allah s.w.t., Raja segala raja."

Ahad, 7 April 2013

BEDIRI 7 APRIL 2013

Sama tinggi 

Peserta BEBIRI tunjuk skil 

Manual jadi bahan rujukan

Jumaat, 5 April 2013

Objek Bergerak Dirakam CCTV


Kembara Adik Beradik

Salam Ustaz. 

Sampai aje kat rumah, Adik mengadu badan dia panas sangat-sangat. Lepas salinkan baju Adik, Adik mengadu mata dia pedih. Angah nampak kat kelopak mata kanan Adik macam ada bentuk yang menyerupai ekor ular atau cacing kecil. Mula-mula saya dan ibu tak nampak, tapi lepas saya cuba baca al-fatihah, ayat kursi dan 3 qul, barulah saya nampak gelembung yang terbentuk dekat kelopak mata adik menyerupai cacing halus. Saya cuba tarik dengan botol. Angah kata dia nampak 3, 4 ekor anak ular yang kemudiannya ditarik masuk ke dalam botol. 

Angah tengok kat perut adik ada 1 spot macam lebam warna biru gelap. Angah kata, itu tempat ular-ular tu hisap darah. Saya tarik ular-ular tu ke dalam botol. Angah kata, ia berupa ular-ular yang halus macam lidi. Entah macamana, saya pun ternampak benda yang sama. Kali ke-3, saya tarik ular-ular dari tangan kiri Adik, kaki dan sisi badan Adik ke tengah-tengah perut dan tarik semua masuk ke dalam botol. Saya dan Angah nampak macam-macam variasi ular yang ada. Ada yang gemuk, halus, tapi kebanyakannya yang berwarna hitam, tak ada mata dan ada jalur kuning. Habis aje saya tarik kali-3, tiba-tiba Angah kata, ketua jin tu datang dan nak bercakap dengan Angah. Susuk tubuh dia macam manusia, tapi kaki ular. Saya dan Angah baca al-fatihah, ayat kursi, 3 qul, surah yasin ayat 9 sebagai pedinding diri. Saya minta Angah jangan pejam mata, sebab takut dia tak dapat kawal diri. 

Ketua jin tu ada bercakap melalui mulut Angah sekejap dalam bahasa Jawa. Yang pelik tu, saya bercakap balik dengan jin tu macam bahasa Jawa juga. Adoiyai..Menurut dia, Adik adalah waris terakhir yang dia tunggu selama 32 tahun. Saya cakap pada dia, Adik bukan waris terakhir. Waris terakhir ada kat JB, sebab ayah ada lagi 2 orang anak kat JB. Tapi jin tu cakap, waris terakhir dia yang sebenar adalah lelaki (saya suspek ayah), tapi waris tu suruh dia mendatangi Adik. Jin tu cakap, kami dah lama lupakan dia. Penat dia tunggu untuk jaga kami selama 32 tahun. Saya cakap kat dia yang kami tak perlukan sesiapa untuk jaga kami kecuali Allah dan saya bagitahu dia yang dia pun patut tahu yang tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah. Saya bagitahu yang saya nak putuskan apa-apa perjanjian atau hubungan dengan dia. Dia kata, dia hanya akan terlepas sekiranya kami dapat cari kulit dia di atas gunung dan bakar di bawah unggun api. Selepas tu, dia terus menghilang. Tapi adik mula kerasukan. Badan dan kepala dia meliuk-lintuk.

Selepas tu, saya buat keputusan untuk buat kembara. Saya minta Angah bantu tengokkan keadaan sekeliling memandangkan saya biasanya tak boleh nampak apa-apa kecuali rasa. Saya baca al-fatihah, ayat kursi, 3 qul dan surah yassin ayat 9. Saya buat kembara ni dengan buka mata sebab takut tak boleh kawal diri. Saya nampak diri saya kat tepi pantai. Pasirnya halus putih dan airnya biru terang jernih. Ada pokok kelapa kat tepi pantai tu. Dari jauh saya nampak ada gunung berwarna hijau seolah-olah di tengah-tengah lautan dan ditutupi oleh kabus. Saya niat berjalan atas air dan bergerak cepat. Sekelip mata saya dah berada di kaki gunung. Saya dongak dan nampak gunung tu tinggi sangat-sangat dan sejuk. Saya niat terbang sampai ke atas puncak. Kat atas puncak tu gelap, penuh dengan kabus. Saya cuma nampak bayangan tanah. Saya doa pada Allah supaya bantu saya supaya saya jumpa kulit-kulit ular dan apa-apa jua barangan yang berbentuk perjanjian keturunan saya dengan jin tu. Tiba-tiba saya rasa tangan kanan saya bergerak sendiri dan mula mengaut benda-benda dari sebelah kanan dan belakang ke hadapan saya. Saya niat tarik dan kumpul semua kulit-kulit ular dan perjanjian tu guna angin yang kuat. Akhirnya semua dah ada kat depan mata. Angah kata, saya sedang pegang macam skrol. Saya cuba tarik untuk buka dan skrol rupanya sangat panjang. Panjangnya skrol tu ada dalam ketinggian saya. Saya dan Angah nampak tulisan kat dalam tu macam tulisan jawi tapi tak berbaris dan susah nak dibaca. Saya terus isytiharkan bahawa saya ingin memutuskan apa-apa perjanjian yang ada di antara mana-mana keturunan saya dengan mana-mana keturunan jin saka ini. Saya haramkan segala bentuk hubungan, pengaruh dan ikatan antara mana-mana keturunan saya dengan mana-mana keturunan jin saka ini. Saya mula membaca al-fatihah, ayat kursi, 3 qul dan hembus ke hadapan saya. Angah kata, bila saya mula baca je, terus semua mula terbakar. Kulit-kulit ular tu, ketua jin, ada makhluk berbentuk puteri menaiki kuda 2 kepala, pontianak, perempuan penari, perempuan yang mengengsot, toyol, makhluk berupa tali yang mengikat benda-benda (Angah suspek sihir. Angah kata macam tangan yang pegang benda macam-macam) dan terakhir sekali skrol perjanjian yang saya pegang tu pun terbakar. Peliknya tangan saya yang terangkat ke atas seolah-olah membuka skrol tu makin lama turun ke bawah. Angah kata semua dah terbakar. 

Lepas sesi kembara tu, saya mengimamkan solat zuhur. Tengah saya solat tu, masa saya baca al-fatihah rakaat terakhir tu, saya rasa seolah-olah diri saya ditarik semula ke tepi pantai tu tadi. Saya nampak macam ada angin berupa asap keluar dari lohong gunung tu berupa macam wajah orang yang marah datang menghadap saya, macam marahkan saya. Saya terus kuatkan bacaan al-fatihah saya dan niatkan supaya hancurkan makhluk tu. Terus saya nampak gunung tu macam meletus dan terbakar. Yang tinggal cuma asap dan kabus. Masa tahiyyat akhir, saya rasa badan saya lemah sangat-sangat. Saya panggil Angah. Angah cakap selesai kembara yang mula-mula tadi, rupa-rupanya saya tak balik sepenuhnya. Saya masih terapung-apung di antara dunia realiti dan dunia jin tu. Mungkin 'benda' tu tarik saya semula masa saya solat tu.Tapi angah kata, gunung tu pun dah tak ada. Yang tinggal cuma asap dan debu.

Insya Allah mudah-mudahan masalah saka keluarga saya ni dah selesai. Harap-harap Adik akan sembuh sepenuhnya dengan izin Allah. Amin. Terima kasih ustaz sebab syorkan tentang teknik botol tu. Lepas tarik jin dari badan tu lah yang ketua jin tu datang berdialog. 


P.S.: Ketua jin tu ada pesan untuk berhati-hati dengan seorang sahaya. Dia penyebab semua jin saka ni kembali kepada keluarga saya. Ustaz tahu apa maksud 'sahaya' tak? 

Isnin, 1 April 2013

Pengorbanan Anak


Asri dan Asrul merupakan adik beradik yang sudah lama kehilangan ibu. Kini mereka menjaga ayahnya yang lumpuh akibat serangan 'stroke'.

Asri merupakan seorang guru. Sedangkan adiknya Asrul tidak lagi bekerja setelah mengambil keputusan untuk berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ayahnya sepenuh masa.

Musim cuti sekolah merupakan musim cuti buat Asrul kerana ianya menjadi giliran Asri untuk menjaga ayahnya.

Sepanjang cuti sekolah, Asri dan isterinya akan membawa ayahnya bertemu saya untuk rawatan. Untung Asri dapat isteri yang sangat-sangat memahami dan mengambil berat tentang ayah mertuanya.

Apa yang saya nak katakan di sini ialah, SAYA KAGUM DENGAN MEREKA. Semoga Allah memberi yang terbaik buat kalian. Amin.