Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~

~.~

~.~

Monday, April 1, 2013

Pengorbanan Anak


Asri dan Asrul merupakan adik beradik yang sudah lama kehilangan ibu. Kini mereka menjaga ayahnya yang lumpuh akibat serangan 'stroke'.

Asri merupakan seorang guru. Sedangkan adiknya Asrul tidak lagi bekerja setelah mengambil keputusan untuk berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ayahnya sepenuh masa.

Musim cuti sekolah merupakan musim cuti buat Asrul kerana ianya menjadi giliran Asri untuk menjaga ayahnya.

Sepanjang cuti sekolah, Asri dan isterinya akan membawa ayahnya bertemu saya untuk rawatan. Untung Asri dapat isteri yang sangat-sangat memahami dan mengambil berat tentang ayah mertuanya.

Apa yang saya nak katakan di sini ialah, SAYA KAGUM DENGAN MEREKA. Semoga Allah memberi yang terbaik buat kalian. Amin.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz..saya baru baca blog ni...untuk pengerahuan ustaz, ayah kami (berbaju biru dalam gambar kat atas)dah kembali ke rahmatullah pada 8.4.2013 lalu..doakan arwah ditempatkan bersama kekasih Allah..terima kasih banyak2 ustaz atas bantuan yang pernah diberikan