Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Monday, May 13, 2013

Bengkel BEDIRI dan BEBIRI Bulan Mei 2013


Maaf lambat kemaskini laman blog ini. Jika ada yang tertunggu-tunggu akan bengkel bulan Mei 2013, di atas ada diletakkan iklannya. Bolehlah kiranya segera untuk SMS kehadiran supaya persediaan/persiapan bengkel dapat diaturkan dengan lancar.
Kepada bekas peserta BEDIRI dan BEBIRI bolehlah kiranya mengwar-warkan iklan ini.
Terima kasih.
*Modul dalam pembinaan adalah:
BELARI dan Modul untuk bekam & rawatan santau (++bonus: rawatan susuk)

Thursday, May 2, 2013

Cedera Lagi


Inilah akibatnya apabila berlaku kerasukan. Lengan saya tergesel dinding semasa memegang pesakit yang kerasukan. Saya sangat bernasib baik kerana tangan tidak seliuh.

Rasa pedih menyebabkan saya menyinsing lengan baju dan dapat lihat darah mulai keluar. Pantas saya buka bicara dengan suaminya;

Saya: "Nanti bila akak dah sedar, abang jangan beritahu dia pasal luka ni ya."
Suami Pesakit: "Kenapa ustaz?"
Saya: "Ingat tak dulu, bila abang beritahu dia yang jin-jin dalam tubuh dia 'warning' saya. Kan dia sedih dan menangis. Jadi kali ni saya tak nak dia sedih lagi."
Suami Pesakit: "Baik, baik ustaz."