Khamis, 2 Mei 2013
Cedera Lagi
Inilah akibatnya apabila berlaku kerasukan. Lengan saya tergesel dinding semasa memegang pesakit yang kerasukan. Saya sangat bernasib baik kerana tangan tidak seliuh.
Rasa pedih menyebabkan saya menyinsing lengan baju dan dapat lihat darah mulai keluar. Pantas saya buka bicara dengan suaminya;
Saya: "Nanti bila akak dah sedar, abang jangan beritahu dia pasal luka ni ya."
Suami Pesakit: "Kenapa ustaz?"
Saya: "Ingat tak dulu, bila abang beritahu dia yang jin-jin dalam tubuh dia 'warning' saya. Kan dia sedih dan menangis. Jadi kali ni saya tak nak dia sedih lagi."
Suami Pesakit: "Baik, baik ustaz."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
ganas ye jin tu.
abejie, takde la ganas sangat tapi disebabkan kesilapan teknikal...
nanti kene cari assistant tu masa merawat.
cepat2 sape nk jadi assistant Ustaz sila lapor diri...hehe..
Catat Komen