Ahad, 30 Jun 2013
BEDIRI 30 Jun 2013 + Versi Skype
Peserta di Columbus, OH, USA tiada dalam photo
Melakukan presentation secara skype merupakan pengalaman baru bagi saya
Kekok bila bercakap sambil memakai headphone+mic
Demo rawatan sambil di tonton secara live oleh peserta di Columbus, OH, USA
Selasa, 25 Jun 2013
Bengkel Bekam Sunnah Rawatan Santau (+bonus+ Rawatan Susuk) 23 Jun 2013
Selasa, 18 Jun 2013
Syahdu Kematian Pesakit
Melihat semula jadual rawatan merupakan tabiatku di setiap awal pagi. Nama pesakit ini tercatat di susunan tengah, iaitu jam 12 tengahari.
Jam 9 pagi aku menerima panggilan telefon dari kakaknya, menyatakan bahawa adiknya telah meninggal dunia jam 8.05 pagi tadi.
Pantas aku membatalkan semua sesi rawatan sebelah pagi agar lebih selesa semasa menziarahi pesakit. Sehingga salah seorang pesakit yang dalam perjalanan ke madrasah terpaksa berpatah balik.
Terdetik di hatiku perasaan gembira, bibirku menguntumkan senyuman, kerana memikirkan penderitaan yang ditanggung arwah sekian lama.
Tetapi tiba-tiba perasaanku sebak bila memikirkan situasi mak dan kakak-kakak si arwah. Teringat bagaimana mereka mengusung arwah ke sana ke mari mencari kesembuhan. Teringat bagaimana kami kelam kabut membawa arwah ke hospital akibat sawan yang menyerang secara tiba-tiba. Teringat senyuman arwah bila dia dalam keadaan sedikit sihat. Teringat ucapan terima kasih arwah kepadaku. Teringat sesi rawatan menggunakan 'skype'. Teringat semua momen-momen lalu...aku menitiskan air mata.
Keluarga arwah, maafkan saya, terpaksa pulang ke madrasah untuk memenuhi temujanji pesakit lain dari jam 3 petang hingga ke jam 630 petang. Semoga pengkebumian selepas waktu Asar tadi berjalan lancar. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Keluarga arwah, tabahkan diri. Redho akan pemergian arwah. Sesungguhnya Allah adalah tempat terbaik untuk dia kembali. Do keep in touch.
Ahad, 16 Jun 2013
Kerasukan: Cara Buka Tangan Yang Menggenggam
Jangan paksa. Sentuh setiap ruas-ruas jari dengan menyebut "Yaasin". Insya-Allah jari-jari akan terlerai dari genggaman. Teknik yang sama boleh juga digunakan ke atas mereka yang tidak boleh menggenggam tangan.
Selasa, 11 Jun 2013
BENGKEL BEKAM SUNNAH & RAWATAN SANTAU (+bonus RAWATAN SUSUK)
TARIKH: Ahad 23 Jun 2013
MASA: 830 pagi - 5 petang
TEMPAT: Pusat Latihan Urban Muallij (PLUM), Lot 4106 Jalan Hj Hussin, Kg Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor
YURAN: RM250 (Nota, Jamuan, Sijil)
PERCUMA: 1 set bekam 12 cup
PENDAFTARAN SMS (019-2646944): NAMA PENUH + NO. KAD PENGENALAN
TARIKH TUTUP: 20 Jun 2013
-TEMPAT TERHAD-
Sabtu, 8 Jun 2013
Rawatan di Dungun, Terengganu
Atas permintaan pesakit, hari ini saya kembali berkelana ke Dungun, Terengganu. Perjalanan sejam yang ditempuhi dirasakan tidak jauh lagi.
Kawan karibku, Encik Azhar menyediakan sebuah rumah untuk rawatan. Sesi pagi berakhir dengan 7 orang pesakit termasuk seorang pesakit melakukan kaedah tepuk santau.
Sesi petang pula rawatan kepada 2 orang pesakit dilakukan di rumah kediaman Muhammad Faiz (Penganjur BEDIRI yang sempoi).
Sedikit kelainan dirasakan pabila berstatus 'perawat musafir'. Kelainan apa? ...doa sang musafir...
Jumaat, 7 Jun 2013
BEDIRI 6 Jun 2013 - Dungun Terengganu
Pengalaman berharga mengadakan BEDIRI di luar Selangor tak akan saya lupakan. Penganjur yang sempoi, nasi ayam, sata, keropok lekor dan pelbagai jenis minuman menjadi penyumbang tenaga kepada kami.
Kami dikunjungi 5 pesakit tempatan yang menelefon setelah mendapat tahu tentang kehadiran saya di Dungun. Bengkel yang sepatutnya berakhir jam 5 petang berlarutan hingga ke azan maghrib.
2 rakan karib sekolah menengah yang mengetahui tentang kehadiran saya di Dungun juga tiba-tiba datang menjengah bagi tujuan menculik saya untuk dibawa 'sembang-sembang cari makan'.
Dungun, saya bersekolah asrama di sana selama 5 tahun. Insya-Allah, suatu masa aku akan kembali lagi :)
Sabtu, 1 Jun 2013
BEDIRI di Terengganu Darul Iman
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi peserta BEDIRI yang akan diadakan di Dungun, Terengganu pada Khamis 6 Jun 2013 bersamaan cuti Israk Mikraj.
TARIKH: 6 JUN 2013
MASA: 8.30 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN KAFA MASJID SURA LAMA, 23000 DUNGUN, TERENGGANU
YURAN: RM 100 (NOTA,JAMUAN DAN SIJIL)
UNTUK PENDAFTARAN:
SILA SMS NAMA PENUH & NO.IC HANTAR KEPADA 014-5145728.
*TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 3 HARI SEBELUM BERMULA BEDIRI.
*TERBUKA KEPADA LELAKI & PEREMPUAN
SEBARANG PERTANYAAN: SILA HUBUNGI KE NO. 014-5145728 (FAIZ)
.:: 1 KELUARGA, 1 PERAWAT ::.
Langgan:
Catatan (Atom)