Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Jumaat, 7 Jun 2013

BEDIRI 6 Jun 2013 - Dungun Terengganu





Pengalaman berharga mengadakan BEDIRI di luar Selangor tak akan saya lupakan. Penganjur yang sempoi, nasi ayam, sata, keropok lekor dan pelbagai jenis minuman menjadi penyumbang tenaga kepada kami.

Kami dikunjungi 5 pesakit tempatan yang menelefon setelah mendapat tahu tentang kehadiran saya di Dungun. Bengkel yang sepatutnya berakhir jam 5 petang berlarutan hingga ke azan maghrib.

2 rakan karib sekolah menengah yang mengetahui tentang kehadiran saya di Dungun juga tiba-tiba datang menjengah bagi tujuan menculik saya untuk dibawa 'sembang-sembang cari makan'.

Dungun, saya bersekolah asrama di sana selama 5 tahun. Insya-Allah, suatu masa aku akan kembali lagi :)

Tiada ulasan: