Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Sabtu, 8 Jun 2013

Rawatan di Dungun, Terengganu




Atas permintaan pesakit, hari ini saya kembali berkelana ke Dungun, Terengganu. Perjalanan sejam yang ditempuhi dirasakan tidak jauh lagi.

Kawan karibku, Encik Azhar menyediakan sebuah rumah untuk rawatan. Sesi pagi berakhir dengan 7 orang pesakit termasuk seorang pesakit melakukan kaedah tepuk santau.

Sesi petang pula rawatan kepada 2 orang pesakit dilakukan di rumah kediaman Muhammad Faiz (Penganjur BEDIRI yang sempoi).

Sedikit kelainan dirasakan pabila berstatus 'perawat musafir'. Kelainan apa? ...doa sang musafir...

Tiada ulasan: