Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Tuesday, June 18, 2013

Syahdu Kematian Pesakit

Melihat semula jadual rawatan merupakan tabiatku di setiap awal pagi. Nama pesakit ini tercatat di susunan tengah, iaitu jam 12 tengahari.

Jam 9 pagi aku menerima panggilan telefon dari kakaknya, menyatakan bahawa adiknya telah meninggal dunia jam 8.05 pagi tadi.

Pantas aku membatalkan semua sesi rawatan sebelah pagi agar lebih selesa semasa menziarahi pesakit. Sehingga salah seorang pesakit yang dalam perjalanan ke madrasah terpaksa berpatah balik.

Terdetik di hatiku perasaan gembira, bibirku menguntumkan senyuman, kerana memikirkan penderitaan yang ditanggung arwah sekian lama.

Tetapi tiba-tiba perasaanku sebak bila memikirkan situasi mak dan kakak-kakak si arwah. Teringat bagaimana mereka mengusung arwah ke sana ke mari mencari kesembuhan. Teringat bagaimana kami kelam kabut membawa arwah ke hospital akibat sawan yang menyerang secara tiba-tiba. Teringat senyuman arwah bila dia dalam keadaan sedikit sihat. Teringat ucapan terima kasih arwah kepadaku. Teringat sesi rawatan menggunakan 'skype'. Teringat semua momen-momen lalu...aku menitiskan air mata.

Keluarga arwah, maafkan saya, terpaksa pulang ke madrasah untuk memenuhi temujanji pesakit lain dari jam 3 petang hingga ke jam 630 petang. Semoga pengkebumian selepas waktu Asar tadi berjalan lancar. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Keluarga arwah, tabahkan diri. Redho akan pemergian arwah. Sesungguhnya Allah adalah tempat terbaik untuk dia kembali. Do keep in touch.

2 comments:

Mohd Suadi Chik said...

Assalamualaikum Ustaz...sy sebagai ayah kandung arwah mengucapkan jutaan terima kasih dgn usaha ustaz utk membantu memulihkan arwah! Semoga Allah membalas segla kebaikan ustaz yg sungguh sy hargai! Jika arwahnya masih ada sy pasti beliau juga akan katakan yg sama pd ustaz! Perjuangkan dan teruskan usaha murni ustaz ye....Alhamdullilah semoga ruh arwah Nursyafiqah di cucuri rahmat oleh Allah SWT! Amin...

Abejie said...

Salam Takziah untuk En Mohd Suadi sekeluarga. Al Fatihah untuk Arwah Nursyafiqah. semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT. amin.