Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Jumaat, 19 Julai 2013

Kaedah Buang Jin Guna Kuasa Minda II


Ini adalah contoh macamana teknik yang sama digunakan ke atas pesakit lain.

Ayuh mencuba dan komen di sini!

Kaedah Buang Jin Guna Kuasa Minda


Pesakit mengalami sakit kepala, sakit belakang dan sakit pinggang pada tahap yang sangat kronik. Rawatan mendapati bilangan jin yang terlalu ramai menginap di kawasan-kawasan tersebut. Proses mengeluarkan jin terpaksa mengambil masa yang agak lama sehinggalah saya mencadangkan agar beliau melakukan teknik seperti di dalam video.
 
Tatacara:
1) Pesakit memejamkan mata.
2) Pesakit membayangkan seolah dia melihat apa sahaja bentuk gangguan pada point sakit dan menolaknya ke kaki. (Pada tahap ini kaki akan memberi respon, kebiasaannya bergerak dan tegang)
3) Pesakit buka mata dan meniatkan untuk menarik gangguan pada kaki dengan menggunakan tangan sebagai medium.
4) Tarikan dilakukan dan jin dihantar ke 'destinasi pilihan'. (Kaki yang tegang mulai kendur).
 
Alhamdulillah selepas proses itu, pesakit mulai merasa lega dan selesa dari kesakitan.
 
Ayuh cuba dan komen di sini!

Isnin, 8 Julai 2013

BEBIRI 7 Julai 2013

Terima kasih semua
 
Tok bomoh sedang beraksi :)
 
Pertama kali merawat
 
Belum habis baca tangan dah turun
 
Bersungguh-sungguh peserta kali ni
 
Melahirkan lebih ramai perawat wanita
 
Tenung apa tu?
 
Haji sedang tabur garam
 
Terima kasih sebab tolong pagarkan rumah kami

Sabtu, 6 Julai 2013

Kenali Jin: Jantan dan Betina


Apabila kaki kanan dan kiri seolah cenderung untuk bersentuhan satu sama lain, maka jin itu merupakan jin-jin yang berpasangan. Jin-jin ini sangat takut jika kita pisahkan mereka. Tetapi keluarkanlah mereka dengan janji yang mereka tidak akan dipisahkan.