Jumaat, 19 Julai 2013
Kaedah Buang Jin Guna Kuasa Minda
Pesakit mengalami sakit kepala, sakit belakang dan sakit pinggang pada tahap yang sangat kronik. Rawatan mendapati bilangan jin yang terlalu ramai menginap di kawasan-kawasan tersebut. Proses mengeluarkan jin terpaksa mengambil masa yang agak lama sehinggalah saya mencadangkan agar beliau melakukan teknik seperti di dalam video.
Tatacara:
1) Pesakit memejamkan mata.
2) Pesakit membayangkan seolah dia melihat apa sahaja bentuk gangguan pada point sakit dan menolaknya ke kaki. (Pada tahap ini kaki akan memberi respon, kebiasaannya bergerak dan tegang)
3) Pesakit buka mata dan meniatkan untuk menarik gangguan pada kaki dengan menggunakan tangan sebagai medium.
4) Tarikan dilakukan dan jin dihantar ke 'destinasi pilihan'. (Kaki yang tegang mulai kendur).
Alhamdulillah selepas proses itu, pesakit mulai merasa lega dan selesa dari kesakitan.
Ayuh cuba dan komen di sini!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Assalam, Ustaz. Destinasi Pilihan tu contohnya nak hantar ke mana ya?
Serambi madinah
Asalamu'alaikum,
Menolak ke kaki maksudnya menolak dengan bayangan minda ye Ustaz. Manakala menarik di tangan, tapi niat untuk tarik yang di kaki? Betul ke pemahaman saya ni... :)
salam schanizan,
lebih kurang macam tu la tuan..
selamat bereksperimen :)
Assalamualaikum..
Sebenarnya kaedah minda tu sama dgn kaedah makrifat@niat. Semakin kuat/jelas bayangan yg difokuskan semakin berkesan sesi rawatannya.
Insya Allah akan sy cuba... satu perkongsian yg baik...
Catat Ulasan