Sabtu, 24 Mei 2014
Jumaat, 23 Mei 2014
Usaha Tangga Kejayaan
Sudah lama saya tidak bertemu beliau. Kali ini dia datang berkereta baru, berpakaian korporat dan berkasut jenama Alain Delon.
Terimbas kembali semasa beliau datang bertemu saya 3 tahun lepas. Penampilan seluar jeans serba lusuh, t-shirt dan selipar jepun. Mengadu masalah gagal mendapatkan kerjaya dan juga tertekan dengan kehendak menikahi wanita idaman.
Alhamdulillah sekarang sudah memiliki isteri dan seorang anak. Juga sedang sabar menunggu kelahiran yang baru.
Kali ini datang kerana mengalami sakit kepala yang berpanjangan. Bila diperiksa, ada gangguan lagi. Semoga beliau sembuh dan terus berjaya dalam hidup.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.
Khamis, 22 Mei 2014
Tangan Lumpuh Bergerak
Alangkah terkejutnya saya selepas 2 kali rawatan, pesakit datang sendiri untuk rawatan kali ketiga dengan menaiki motosikal. Sebelumnya pesakit datang dibantu adiknya.
Ahad, 18 Mei 2014
Khamis, 15 Mei 2014
Ikat Kaki dan Ikat Lengan
Hobinya selalu keluar rumah dan ramai teman lelaki. Ibubapa berjumpa bomoh dan bomoh suruh bawa pakaian anaknya. Lihatlah apa yang bomoh buat. Simpul kat kaki seluar (supaya kurang keluar rumah). Juga simpul lengan baju bapa dengan baju anak (supaya dengar cakap bapa).
Ibubapa cakap, lepas buat macam ni, lagi ligat anaknya keluar rumah.
BEBIRI 13 Mei 2014
Role play.
Take five.
Penyediaan air ruqyah.
Demo mandi garam.
Ustazah melakukan pemagaran.
Pemagaran dalam rumah dilakukan muslimat.
Pemagaran luar rumah oleh Team 1.
Pemagaran luar rumah oleh Team 2.
Solat berjemaah.
Mengisi borang sebelum rawatan dimulakan.
Khusyuk isi borang rawatan.
Temuduga pesakit.
Mengesan lokasi gangguan.
Teknik gantung tangan. Ramai yang respon.
Mengeluarkan gangguan.
Menggunakan botol.
Giliran ustazah merawat suaminya.
Giliran pesakit merawat perawat.
Scan lokasi gangguan.
Teknik vacuum.
Ahad, 11 Mei 2014
Selamat Hari Ibu
Sepasang suami isteri datang ke pusat rawatan membawa bersama-sama mereka sepasang anak yang masih bersekolah rendah. Si isteri mengalami masalah gangguan yang agak kronik.
Rawatan kali ini menyebabkan dia kerasukan.
Saya menghadapi masalah bila berdepan dengan kerasukan ini kerana gangguan ini sangat degil dan kasar.
Anak-anak mula menangis terisak-isak melihat keadaan ibunya.
"Ibu...ibu...ibu..." tangis si anak.
Si ayah cuba menenangkan keadaan.
Saya buntu dengan keadaan ini. Sehinggalah mendapat ilham supaya menyandarkan doa ini kepada anak-anak kecil yang sedang menangis dengan lafaz ini:
"Ya Allah, binasalah jin ini. Aku sandarkan doa kebinasaan ini kepada doa-doa dan tangisan anak-anak beliau untuk meraih maqbulMu ya Allah."
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat makhluk ini menggelupur kesakitan dan binasa dalam masa yang sangat singkat. Tidak berapa lama kemudian si ibu sedar dari kerasukannya.
Sungguh doa anak-anak sangat maqbul untuk ibunya...
Selamat hari ibu...
Jumaat, 2 Mei 2014
BEDIRI 1 Mei 2014
Separuh adalah keluarga Ustaz Subari
Asyik tonton video
Makan tengahari
Solat berjemaah
Teknik tikam
Tiada yang tertikam kali ni
Teknik gantung tangan
Teknik jari telunjuk
Surprise birthday treat untuk Ustaz Subari
Kata-kata yang indah
Langgan:
Catatan (Atom)